Followers

Thursday, June 21, 2012

PKR: Belum Lagi Ke Putrajaya Tapi Sudah Berebut Kuasa

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini meletak jawatan dalam kerajaan negeri Selangor, atas alasan beliau perlu berehat.

Mengumumkannya di Twitter, Rafizi berkata keputusannya untuk
meletak jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif di pejabat penasihat ekonomi Selangor "tiada sebarang dimensi politik".

"Semua pertanyaan selepas ini hendaklah ditujukan kepada kerajaan negeri atau (penasihat ekonomi Selangor), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

"Letak Jawatan adalah perkara biasa. Saya perlu berehat. Sekarang saya buat dua tugas, siang di kerajaan negeri malam parti.

"Penat Ramadan juga sudah berhampiran, (saya mahu) memberi tumpuan kepada ibadat," kata Rafizi.

Rafizi menambah beliau pada mulanya merancang untuk memegang jawatan tersebut selama dua tahun sahaja, dan kini adalah "masa untuk melangkah ke hadapan".

Bagaimanapun, waktu Rafizi memilih untuk mengumumkan keputusannya meletak jawatan tersebut menarik perhatian ramai.

Mereka yang mendakwa ahli PKR yang melancarkan perang terbuka terhadap Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin berpandanga bahawa ianya ada kaitan dengan kemelut tersebut.

Malah, Twitter @PecatFaekah, yang dikendalikan oleh mereka yang menyokong Pengerusi Perhubungan Majlis Pimpinan Negeri, Azmin Ali menganggap peletakan jawatan itu mungkin disebabkan wujud perbezaan Rafizi dengan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Thursday, June 14, 2012

Percaya lah kpd Nabi saw Jangan percaya kepada Pas

TAKWA DAN PERPADUAN ASAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMAN

Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."
H.R. Abu Daud dan Tirmizi

Keterangan
Hadis diatas mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga daripada Rasulullah saw. bagi umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan iaitu seperti zaman yang sedang kita hadapi sekarang ini. Oleh itu sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. dalam hadis, iaitu:

Pertama: Hendaklah ia menlazimi takwa kepada Allah dalam keadaan apa jua dengan mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.

Kedua: Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupun seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang dengan Al Quran dan sunnah Nabi saw. dan sunnah-surmah kulafa Ar Rasyidin, kerana patuh kepada penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini bererti patuh kepada Al Quran dan Hadis Nabi saw.

Ketiga: Berpegang teguh kepada sunnah Nabi saw. dan sunnah para kulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Abu Bakar, 0mar, Osman dan Ali r.a.) yang mana mereka telah mendapat petunjuk daripada Allah Taala, iaitulah berpegang kepada fahaman dan amalan ahli sunnah waljamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapat jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada hari kiamat nanti.

Keempat: Menjauhi perkara-perkara bid'ah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil atau asal dan contoh dari agama. Sekiranya ada asal atau dalil, maka tidaklah perkara-perkara yang baru itu dikatakan bid'ah menurut pengertian syarak (bukan bid'ah dholalah) tetapi hanya dinamakan bid'ah menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja (jaitulab bid'ah hasanah).

Sunday, June 10, 2012

Kaum India Semakin Yakin Dengan Najib

Bekas Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu yakin kepimpinan dinamik dan dasar afirmatif yang dilaksanakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mampu menawan hati dan minda rakyat serta merintis jalan kepada kemenangan kepada BN pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya aliran baru politik yang diperkenalkan Najib melalui dasar transformasinya serta konsep 1Malaysia, yang mengajak rakyat supaya menerima kepelbagaian sebagai alat untuk meningkatkan perpaduan sesama mereka, membuktikan bahawa beliau (Najib) 'adalah pemimpin untuk semua masyarakat.'

Dalam temu bual dengan Bernama, pemimpin politik veteran kaum India Malaysia ini berkata melalui program mendampingi semua kelompok masyarakat serta pendirian sederhana atau 'wassatiyah' yang beliau anjurkan melalui dialog dan kehidupan bersama secara aman, Najib berjaya menawan hati dan minda ramai daripada mereka yang meninggalkan BN pada 2008.

Samy mendakwa kemampuan parti Pembangkang memenangi banyak kerusi pada pilihan raya umum 2008 sebenarnya bukan kerana mereka bijak, tetapi kerana "kami (BN) tidak menjaga rakyat dan mereka meninggalkan kami kerana marah."

Bagaimanapun, kata beliau, sebahagian besar kemarahan itu kini telah lenyap berikutan pelbagai dasar inklusif dan penerangan yang dilaksanakan Najib seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, pemberian biasiswa kepada pelajar yang patut menerimanya, program tinjuan mesra untuk mendengar keluhan rakyat dan menggunakan media digital untuk mendampingi golongan muda.

"Keistimewaan Datuk Seri Najib ialah beliau bersedia mendengar pendapat rakyat, menganalisis (isu) dan menyelami perasaan rakyat kerana pemimpin yang baik perlu mendengar pendapat orang lain (juga). Banyak perkara yang telah beliau lakukan untuk menarik kembali sokongan kepada BN kerana beliau juga meluahkan segala apa yang terkandung dalam fikiran dan mindanya tentang apa yang beliau ingin lakukan untuk rakyat.

"Saya berada dalam politik selama lebih 30 tahun dan saya tahu apa yang difikirkan oleh masyarakat India sekarang. Sebelum ini, mereka tidak pernah melihat seorang pemimpin seperti ini yang begitu baik hati terhadap mereka. (Majoriti) masyarakat India kini sudah kembali ke pangkuan BN kerana keluh kesah mereka mendapat perhatian," kata Samy, yang menyandang jawatan menteri mulai 1979 hingga 2008.

Beliau berkata masyarakat India gembira kerana kini mereka mempunyai perdana menteri yang bersedia mendengar keluhan mereka dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Samy berkata sebelum ini, agak ramai anggota masyarakat India yang menyertai demonstrasi Bersih 1.0 dan Bersih 2.0, tetapi jumlah mereka yang menyertai Bersih 3.0 amat sedikit dan ini menunjukkan bahawa kini mereka berasa "mereka mempunyai kerajaan yang bersedia mendengar sungutan mereka."

Apabila anda mempunyai kerajaan yang bersedia mendengar, anda tak perlu turun ke jalan raya," katanya.

Samy berkata Najib dipandang lebih tinggi oleh masyarakat India, terutama yang beragama Hindu, selepas beliau mengunjungi Kuil Sri Subramaniya di Batu Caves ketika sambutan Thaipusam.

"Perdana menteri sebelum ini yang pergi ke sana ialah Tun Hussein Onn. Selepas itu, tiada perdana menteri yang pergi ke sana, sehinggalah Datuk Seri Najib berbuat demikian. Beliau ke sana bukan untuk bersembahyang, tetapi untuk mengunjungi rakyat atas kedudukan beliau sebagai pemimpin mereka dan bapa kepada negara ini," katanya.

Samy berkata pendekatan Najib memberi kesan terhadap minda masyarakat India kerana "ia membuat mereka berasa dihargai, dan kami (pemimpin) mengambil peduli tentang mereka serta mengambil berat tentang mereka".

Hasil daripada set minda positif sedemikian yang menjadi amalan pentadbiran Najib, bukan saja terhadap masyarakat India, tetapi juga terhadap masyarakat lain seperti Melayu, Cina, Sikh, Orang Asli, Iban, Bidayuh, Kelabit dan Kadazan, maka kata Samy, "Najib akan mempunyai peluang yang amat cerah untuk memenangi pilihan raya umum akan datang."

Samy, yang dilantik sebagai duta khas Malaysia bertaraf menteri bagi infrastruktur ke India dan Asia Selatan pada Januari 2011, berkata beliau gembira kerana berpeluang menggunakan pengalamannya selama hampir 30 tahun dalam kerajaan untuk memberi sokongan kepada syarikat Malaysia yang ingin meluaskan operasi masing-masing berkaitan projek infrasturuktur ke luar negara.

Wednesday, May 30, 2012

UFB Cabar Hj Hadi

Raja Petra punyai dokumen sulit Azmin Ali

Penulis pujaan mereka, Raja Petra Kamarudin bikin panas lagi apabila mendakwa memiliki dokumen sulit BPR (sekarang dikenali SPRM) berkaitan dengan dakwaan salah guna kuasa membabitkan timbalan presiden PKR Azmin Ali.

Blogger yang satu ketika dulu cukup terkenal dengan cerita-cerita sensasi itu kerap menjadi rujukan pembangkang khususnya PKR apabila ada pendedahan membabitkan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional.

Selalunya, apa saja tulisan Raja Petra, penyokong pembangkang terima bulat-bulat tanpa usul periksa, tetapi apa macam kali ini...

Dalam tulisan terbaru bertajuk "MACC 'Deep Throat' comes out of the closet" Raja Petra yang tinggal di luar negara menulis dan menunjukkan dokumen-dokumen siasatan BPR terhadap Azmin pada tahun 1995, semasa beliau menjadi setiausaha sulit kepada TPM ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Raja Petra dedahkan perkara tersebut dalam blognya Malaysia Today pada Selasa bahawa beliau diberi pelbagai fail dan dokumen oleh seorang pegawai BPR yang sudah bersara baru-baru ini.

Menurutnya, fail tersebut menunjukkan dakwaan pelbagai transaksi saham, hartanah dan kenderaan bernilai jutaan ringgit hasil siasatan BPR 17 tahun lepas.

Jelas beliau, fail yang tebal dengan beratus-ratus dokumen yang mengandungi cukup bukti untuk mendakwa Azmin, bagaimanapun dakwanya, telah diklasifikasikan sebagai "tiada tindakan lanjut" atas arahan Anwar.

Antara dakwaan di dalam tulisan tersebut adalah Azmin dikatakan menerima elaun bulanan iaitu sebanyak RM15, 000 daripada taikun Tan Sri Vincent Tan.

Manakala dokumen siasatan yang disiarkan biarpun mempunyai cop rahsia itu juga termasuk dakwaan Ahli Parlimen Gombak itu memiliki saham, rumah dan kereta yang berjumlah kira-kira RM1.5 juta dengan hampir RM10 juta dalam bentuk wang tunai.

"Semua urus niaga ini telah disahkan dan diperakui oleh bank-bank yang berkenaan, sebagaimana yang ditunjukkan dalam lampiran," katanya, merujuk kepada dokumen-dokumen BPR yang disiarkan di Malaysia Today.
Mewah aset

Dokumen-dokumen tersebut menunjukkan aset yang dimiliki oleh Azmin dan isterinya tidak sepadan dengan pendapatan Azmin sebagai pegawai dibawah gred D41 yang menerima gaji sebanyak RM2,400 sebulan.

Antara aset yang didakwa milik Azmin, antara lain, adalah kereta jenis BMW 325i, Proton Wira 1,6 Xli, Proton Satria 1,6 Xli. A Proton Perdana 2.0 SE, 1000 lot saham Hicom dan rumah seluas 8500 kaki persegi di No 23, Jalan 1/4D Bukit Mas, Taman Melawati bernilai RM210,000.

Siasatan juga menunjukkan Azmin memiliki sebuah banglo dua tingkat di Setapak yang berharga RM284,118 dengan dengan bayaran deposit sebanyak RM14,181 dan ansuran bulanan sebanyak RM3,3760,75.

Pegawai yang mendedahkan dokumen tersebut kepada Raja Petra memberitahu BPR telah diarahkan menghentikan siasatan walaupun ada bukti jelas bagi mengaitkan Azmin dengan tuduhan rasuah

Adakah peristiwa Tabung Memali akan berulang ?

Pendedahan Terbongkar Derma Lebuh Raya Kelantan. Iklan Nama Lain Sampai Di Bank Nama Lain. Kantoi sudah...

Semalam Kerajaan Pas Kelantan telah melancarkan tabung wakaf untuk pembinaan Lebuh Raya Husam yang menghubungkan Kota Bharu ke Kuala Krai.

Mana-mana rakyat jelata yang nak menyumbang sebagai wakaf diminta menyalurkan sumbangan mereka ke akaun seperti dibawah.

No akaun : 03036 01 000 3031

Bank : Bank Islam

Nama : Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd

Perhatikan dalam bulatan kuning poster diatas.

Susulan tulisan saya pagi tadi berhubung lebuh raya berkenaan, seorang pembaca menghubungi saya dan memberitahu seperti berikut.

Katanya beliau ke Bank Islam malam tadi untuk mendeposit wang ke dalam akaun berkenaan dengan niat untuk memberi sumbangan bagi projek berkenaan.

Pembaca itu tidak menyatakan kepada saya beliau penyokong parti mana. Saya berpendapat pembaca berkenaan adalah penyokong Pas kerana beliau terpesona dengan derma wakaf yang dilancarkan Pas.

Namun katanya beliau terkejut sebaik sahaja beliau memasukkan nombor akaun berkenaan di mesin deposit didapati nama pemegang akaun berlainan dengan nama yang diiklankan.

Pada mulanya beliau sangkakan yang beliau tersilap memasukkan nombor akaun. Setelah beberapa kali mencuba nama yang sama juga keluar. Untuk memuaskan hati beliau menyemak semula di internet nombor akaun berkenaan. Didapati ianya sama seperti nombor yang beliau masukkan di mesin deposit Bank Islam.

Saya mengambil langkah berhati-hati dengan tidak menyiarkan luahan pembaca berkenaan kerana bimbang ianya satu perangkap atau taktik untuk mengenakan saya.

Saya sendiri ke Bank Islam tengahari tadi untuk memasukkan wang ke dalam akaun berkenaan bagi menderma kepada tabung wakaf berkenaan. Manalah tahu mungkin boleh tumpang syurga Pas kelak.

Apabila dimasukkan nombor akaun berkenaan didapati ianya BUKAN diatas nama Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd.

Sebaliknya pemegang akaun berkenaan bernama TETUAN ROWSTEAD SYSTEMS SDN.

Bukan sekali saya cuba, malah berkali-kali dan setiap kali dimasukkan nombor akaun sepertimana yang diedarkan oleh Kerajaan Pas Kelantan itu nama TETUAN ROWSTEAD SYSTEMS SDN yang keluar sepertimana gambar dibawah. Lalu saya membatalkan hasrat saya untuk menderma.

Jika ada mana-mana pembaca yang tidak percaya apa yang saya tulis ini anda boleh ke Bank Islam sekarang untuk menderma kepada tabung berkenaan . Hangpa semua tak nak syurga ke ?

Pemakluman kutipan derma diatas bukannya dilakukan oleh individu atau NGO. Sebaliknya ianya dilakukan oleh sebuah kerajaan negeri. Ianya sungguh memalukan.

Mengikut undang-undang yang sedia ada mana-mana pihak yang ingin melakukan kutipan derma perlu mendapat kebenaran polis terlebih dahulu. Dalam hal ini tidak dapat dipastikan samada Kerajaan Pas Kelantan telah mendapat kebenaran polis atau tidak untuk mengutip derma berkenaan. Jika ada kebenaran sudah pasti nombor rujukan kebenaran akan dicetak pada poster diatas.

Saya tidak mahu membuat kesimpulan atau tuduhan yang bukan-bukan. Terpulang kepada orang ramai untuk menilai dan membuat keputusan.

Adakah peristiwa Tabung Memali akan berulang ??

Credit: RBF Online.

Monday, May 21, 2012

PCT - PERAK CYBER TROOPERS... DIVISYEN PEJUANG MAYA @ PERAK



Siapa Sangka Akhirnya... Sekumpulan Bloggers di Perak hari ini sudahpun bertaut dan bersedia berhadapan dengan Fitnah Pembangkang Di PRU 13 sebagaimana sebelum ini kita amat cukup faham dengan serangan Pembangkang berunsur Fitnah yang jadikan Rakyat Makin Keliru dengan taburan Fitnah dan Onar bagi menghilangkan kepercayaan Rakyat terhadap Kerajaan.

Kalau dilihat memang ketara serangan yang dilakukan memang dirancang bermula dengan Punaisihat PKR yang kini memperkudi atau mencacaikan Ahli supaya percaya dan yakin apa saja yang keluar dari mulutnya, maklumnya semenjak Aljubri sebaik keluar dari tahanan terus Fokus ke Perancangan yang sedia ada atau sudah diilhamkan.
Mungkin ramai yang tak sedar bila 6 tahun di tahanan beliau sudah boleh buat pelbagai rancangan sebagai membalas dendam malah menolak ketepi atau tidak peduli kesudahan yang bakal memjadikan hancur serta rosaknya Muhibbah di Malaysia. kelebihan Aljubri mencatur serta merancang segala bentuk kemusnahan demi dendam tanpa memikirkan Negara Bakal Hancur jika berterusan. Paling ketara rakyat sudah boleh menilai bila setiap kali perancangan aljubri tentunya tidak pedulikan kesudahannya

Bukan pelan A atau B sahaja malah hingga ke Z, dan bukan setakat itu sahaja malah audah boleh dikategorikan kesudahannya, tak boleh cara aman akan buat cara kasar... tak boleh juga lagi tidak mustahil biar sampai negara Hancur sekalipun demi Dendamnya dia peduli apa negara akan jadi apa!

Menyedari serta sedar ancaman utama bakal datang dari Orang Muda yang bakal menjadi pengundi besar mereka dicacaikan sebagai soldadu maya untuknya, paling ketara sasaran utamannya ialah pemimpin, Parti pemerintah, pemimpin serta jabatan atau kementerian perlu dilucah dan dikotorkan. Pelik kalau setiap kali aljubri berceramah jika tidak ada caci maki serta fitnah kepada pemimpin dan badan serta jabatan kerajaan. selagi boleh akan dikerah cacaian utk fitnah dan memburukan imej Kerajaan yang sedia ada

Sehubungan itu diatas kesedaran dan merasa tanggungjawab dalam perang maya yang menjadi salur utama Aljubri dan Pakatan Ronggeng maka munculah sekumpulan bloggers sekitar lewat 2008 membentuk kumpulan kecil, Alhamdulillah akhirnya bertanggal 28 April Lalu PCT dilancarkan dengan kehadiran kira-kira 220 yang hadir dari segala pelusuk negeri Perak trampil menjadi pejuang Maya secara sukarela demi memikirkan tanggung jawab terhadap pemfitnah pembangkang. Makin bertambah keahliannya dalam masa yang pendek melegakan banyak pihak tentang kewujudan Divisyen serta menyusun Saf Perang Maya oleh kumpulan yang gelarkan diri mereka PCT.(Perak Cyber Troopers)

Siapa sangka secara luar dugaan bila Konvensyen Media BN Perak pada sabtu lalu sekali lagi memberikan pengiktirafan besar terhadap PCT bila Urusetia Konvensyen PCT juga dilancarkan lagi, kali ini pelancaran oleh Menteri Besar Perak DS Dr Zambry Kadir sendiri. Dengan disaksikan oleh 1241 pelayar maya pada Jam 9.49 PCT dilancarkan,

Apapun semangat juang dan gabungan seluruh negeri Perak ternyata bakal mejadi benteng atau serangan komando cyber kepada Pakatan Ronggeng nanti. Demi perjuangan Alif Ba Ta, PCT menjanjikan tentangan dan seranga kepada Pemfitnah Pembangkang.

Tahniah Perak Cyber, BANGKITLAH... INI PERANG KITA!
By SEKUPANGDUAS

Saturday, May 19, 2012

Gambar Sekitar Konvensyen Media Sosial 1Malaysia di Hotel Syuen Ipoh Perak