Tahukah Anda......?: Art of War: Kenali Musuh Anda 7: Pada tahun 1986, sewaktu berusia 39 tahun, Anwar yang ketika itu memegang jawatan Menteri Pendidikan, berdepan dengan spekulasi bahawa belia...
SEKITAR KONVENSYEN MEDIA SOSIAL 1MALAYSIA DI HOTEL SYUEN, IPOH PERAK
Pelancaran PCT oleh Menteri Besar Perak
SEKITAR KONVENSYEN MEDIA SOSIAL 1MALAYSIA DI HOTEL SYUEN, IPOH PERAK
Pelancaran PCT oleh Menteri Besar Perak
SEKITAR KONVENSYEN MEDIA SOSIAL 1MALAYSIA DI HOTEL SYUEN, IPOH PERAK
Pelancaran PCT oleh Menteri Besar Perak
SEKITAR KONVENSYEN MEDIA SOSIAL 1MALAYSIA DI HOTEL SYUEN, IPOH PERAK
Pelancaran PCT oleh Menteri Besar Perak
SEKITAR KONVENSYEN MEDIA SOSIAL 1MALAYSIA DI HOTEL SYUEN, IPOH PERAK
Pelancaran PCT oleh Menteri Besar Perak
Followers
Tuesday, February 26, 2013
Wednesday, February 13, 2013
UPDATE : NUAR LARI AWAL (KO) PERTEMBUNGAN PROGRAM CERAMAH DIPADANG SAMA UMI HAFILDA
Wednesday, February 13, 2013
1 comment
PANAS, Nuar awal-awal lagi lari atau cabut bila ceramahnya yang juga pada tarikh yang sama, tempat yang sama, Jam yang sama, Hari yang sama bila terpaksa bertentang masa ceramah PAS @ PRdi Pengkalan Pegoh malam ini jam 8 malam di Padang Bolasepak Pengkalan pegoh.
Nampaknya begitu ramai rakyat bakal hadir dan mahu melihat sendiri bagaimana Nuar yang akan berceramah bertentang muka dengan Umi Hafilda yang hanya beberapa meter sahaja jarak antara dua cermah ini malah diatas tapak padang bola yang sama.
Penduduk serta orang ramai yang menunggu ceramah malam ini untuk melihat pertembungan yang dianggap sudah kena lah Buku dan ruas antara dua-dua penceramah ini
Petang tadi PCT sempat meninjau kawasan atau tapak kedua-dua ceramah tersebut diatas satu padang yang sama untuk melihat sendiri persiapan dua ceramah tersebut, kira-kira jam 3.30 petang tadi untuk mendapat kepastian serta melhat perkembangan serta persediaan kedua-dua urusetia ceramah tersebut membuat kerja persiapan akhir untuk Ceramah mereka.
Begitu mengejutkan bila dilihat sekumpulan urusetia yang seang memasang kemah-kemah untuk ceramah Umi Hafilda yang tengah bertungkus lumus menyediakan segala kelengkapan serta keperluan untuk ceramah malam ini.
Manakala pihak PAS yang mengundang Nuar dalam sessi ceramah dengan harapan dapat membantu Pas Pengkalan Pegoh dalam usaha meraih undi di PRU 13 nanti. terutama bagi membolehkan mereka dibantu bila bakal dipengaruhi oleh Nuar dalam cermah malam ini nanti
Bagaimana pun PAS serta petugas mereka tidak kelihatan Lansung untuk sebarang kerja-kerja persiapan ceramah mereka malam ini, sehingga jam 4 petang tadi lansung tidak ada sebarang pegerakan sebaliknya hanya ada sebiji kemah dengan satu bendera PAS yang terikat di kemah tersebut dari dulu sehingga kini sunyi sepi dan menjadi tanda tanya adakah mereka juga akan terus memberikan Laluan untuk beliau?
PCT cuba mendapatkan info tentang status ceramah kedua-kedua ini, rupanya..
NUAR DAH GIGIL dan paling mengejutkan sekali bila akibat ketakutan serta kegigilan dia sehingga merancangkan LARI DENGAN SENYAP sebelum dimalukan ramai, Kemah tidak ditanggalkan bagi menjadikan alasan atau tidak dilihat macam sebenarnya mereka yang sedang gigil ketakutan kerana terpaksa berhadapan dengan Umi Hafilda yang rakyat sudah tahu dan faham dia ketika ini tentunya kecut perut dan mencari alasan untuk tidak bertentang sesama sendiri
Hasil info yang didapati rupanya PAS Pengakalan Pegoh dan Nuar lari ketakutan dengan membuat program di kawasan baru, Nuar dan Pakatan Rakyat rupanya dengan senyap memindahkan di kawasan lain yang tidak bertembung
Tapak baru yang dimaklumkan ialah di hadapan Pejabat PAS pengkalan Pegoh yang baru-baru ini panas dengan kejadian ahli PAS yang meninggal dunia semasa cermah dan tidak diberi perhatian sekalipun mangsa meninggal dunia pada malam tersebut,
NAMPAKNYA NUAR KANTOI DAN KETAKUAN SEBAGAI JANTAN UNTUK BERHADAPAN FACE TO FACE DENGAN UMI HAFILDA,
Monday, February 11, 2013
GAMBAR SEKITAR RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA DI KEDIAMAN MENTERI BESAR PERAK
Monday, February 11, 2013
20 comments
lebih 7 ribu pengunjung di Jamuan Terbuka Tahun Baru Cina di Kediaman Meneteri Besar semalam yang terdiri dari Rakyat dan Pemimpin utama Parti yang hadir mengamatkan Majlis yang begitu meriah sekali. Majlis yang bermula jam 2 petang hingga ke jam 5 petang tidak henti-henti didatangi oleh orang ramai, malah sehingga hampir jam 6petang kelihatan masih ada lagi yang datang disaat-saat akhir
Menjawab soalan wartawan Dr Zambry Abd Kadir juga menyedari bila kali ini bilangan kaum Cina dan India nampaknya kali lebih 3kali ganda dari tahun lepas mungkin kerana Rakyat dari kaum Cina dan India sudah mula menerima kembali Barisan Nasional yang ketika ini akibat bahang Pilahanraya yang semakin tiba, beliau bersyukur dengan perkembangan ini dan melihat sebagai petanda positif dengan kemenangan BN di PRU 13 kali ini
Paling kecoh dan riuh bila di kauter agihan Buah Limau yang diberi secara percuma yang tidak henti-henti dikunjungi ramai, hampir seribu ktak limau habis diagihkan kepada semua pengunjung yang hadir. Kita dapat melihat pelbagai bangsa yang berbaris untuk mengambil limau untuk dibawa pulang ataupun makan
Antara tetamu yang hadir terdiri daripada pelbagai pemimpin-pemimpin Parti, Ngo, Pertubuhan, Artis dan pelbagai lapisan Rakyat jelata. Tidak ketinggalan juga Datuk Michelle Yeoh yang juga menjadi perhatian Wartawan dan pengunjung.
| menunggu peluang untuk bertemu Menteri Besar Perak |
| 1000 Kotak Habis...t |
| menunggu dari awal untuk bergambar dengan MB kesayangan |
| Masih meneliti aduan Rakyat sekalipun sibuk dengan majlis |
Melihat kepada kehadiran yang seramai begini, BN nampaknya mempunyai petanda dan harapan yang besar serta baik dalam ertikata Rakyat yang berbilang bangsa nampaknya sudah memberi respon terhadap BN untuk PRU 13 nanti. BARISAN NASIONAL SUDAH DIHATI RAKYAT PERAK!
Sunday, February 10, 2013
PCT SUDAH BERSEDIA UNTUK PRU 13
Sunday, February 10, 2013
No comments
PRU 13 semakin hampir, bagi PCT pula nampaknya persediaan terakhir hampir selesai sepertimana dengan persediaan kebanyakan bilik-bilik gerakan. PCT juga akan terus memberikan nput-input serta pendedahan terutama semasa kempen-kempen panas yang akan berlaku di merata-rata aktiviti, program serta ceramah parti
Membariskan lebih 30 bloggers dan facebooker tegar yang bersama PCT. Selain itu akan bergabung dan memberikan berita terkini dari seluruh negara dan tumpuan khusus kepada Negeri Perak. PCT juga membuka selebar-lebarnya hubungan bloggers luar ataupun yang ingin bergabung dalam PCT samada dalam blog, Facebook , Twitter dan lain-lain.
PCT juga mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin bersa ma sepanjang PRU 13 berlansung, malah PCT akan beroperasi selama 24 jam diakhir puncak atau klimak PRU 13 nanti, PCT juga telah bersedia untuk bila-bila masa untuk PRU kali ini.sehubungan itu sesiapa sahaja boleh memberikan maklumat melalui email kami di pctlib10@gmail.com ataupun boleh terus melalui blog ataupun di laman Facebook kami
Anda juga boleh temui bloggers PCT di Perhimpunan Barisan 1 Malaysia yang akan diadakan pada 23hb Febuari ini bertempat diKolej Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta, Program akan bermula dari jam 1 hingga 5 Petang, untuk maklumat penuh anda boleh terus kelaman Facebook (KLIK)
Program HB1M akan diwarnai dengan pelabagai aktiviti serta paling istimewa anda juga boleh temui hampir semua bloggers PCT disana, tak kentinggalan dari penceramah yang diundang Dato Fuad Hassan, Yb Dato Ahmad Maslan dan paling Istimewa Menteri Besar Perak Dato Seri Diraja Dr Hj Zambry bin Hj Abd Kadir sebagai penutup Perasmian. Temui kami untuk pelbagai pertanyaan serta program yang melibatkan PCT di majlis tersebut
Thursday, January 24, 2013
SEMBOYAN PERANG PERAK SUDAH BERMULA
Thursday, January 24, 2013
No comments
![]() |
Nampakya sudah ada beberapa program yang dirancangkan khusus dengan kehadiran PRU 13 dalam usaha kita cuba memberi maklumat yang sebenar dan menangkis segala Fitnah yang kini dilihat merata-rata dijaja pakartun roket.
Perak juga tidak terkecuali, desas desus Parlimen yang akan dibubarkan pada 22hb Febuary ini nanti rupana bukan penyebab untuk semua menyusun pelbagai program, kalaulah benar meneka soal tarikh in maka nampaknya Rakyat Perak adakan program seawal selepas parlimen dibubarkan, bermaksud ke esokan hari sudah bermula dengan adanya HIMPUNAN BARISAN 1 MALAYSIA disini, uniknya disini kumpulan Bloggers di Perak di beri peranan penting untuk menjadikan himpunan kali dihadiri oleh pelbagai lapis umur, bangsa, agama dan sebagainya
Sudah tentu kita dapat saksikan bagaimana kebangkitan rakyat sebagai tanda menentang segala tomahan Fitnah oleh pembangkang, sorotan pelbagai Isu termasuk mempermainkan nama Allah dan fitnah bakal terjawab dengan kehadiran ramai kali ini
Rangkaian bloggers, Facebookers, twitterian dan yang tegar dalam cyber tentunya menjadikan peluang ini untuk bertaut bertemu sesama sendiri, dengan berharap semua yang aktif dalam dunia cyber menjadikan peluang ini bagi bertemu sesama sendiri yang sebelum ini hanya mengenal nama gelaran di Akaun FB. Jumpa dan bertukar pendapat serta strategi,
Antara yang ditunggu dalam ceramah Dato' Fuad Hassan yang terkenal dengan kupasan isu serta ceramah disetiap kali beliau diundang dalam sesi soal jawab dan ceramah, beliau juga ditunggu oleh kebanyakan bloggers-bloggers Perak dan pelayar tegar maya yang mahu mendengar isu terbaru ataupun kupasan beliau terhadap isu tersebut
![]() |
Upacara penutup majlis dengan kata dua serta ucapan Dato Seri Zambry bin Hj Abd Kadir sememangnya dinantikan oleh kebanyakan yang hadir, beliau yang nampaknya kali ini paling banyak diburukan dan difitnahkan, malah Nizar pun nampaknya semakin kuat meroyan, dan tak henti-henti mencaci dan menghina terutama dalam Twitternya, apa sahaja dalam kerajaan yang sekarang ini menjadi pilihan rakyat menjadi sasarannya mencaci terus mencaci,
Kehadiran Menteri Besar Perak kali ini akan lebih panas memandangkan dalam tempoh berkempen, tentunya kita akan mendengar pelbagai pembongkaran yang rakyat dahagakan. bagi teman dan rakan PCT akan bersama dengan rakan-rakan bloggers yang lain akan bergabung menjayakan, JOM JOIN... kita jmpa disana nanti, KASI GEGAR SAMA DEMA!!!
Boleh singgah dan like di sini (KLIK),
Sumber : Sekupangdua
Wednesday, January 9, 2013
LAPORAN POLIS TERHADAP ANCAMAN KESELAMATAN BLOGGER PISAU OLEH NGA
Wednesday, January 09, 2013
4 comments
![]() |
| lapor di Balai IPK Ipoh |
Satu laporan POLIS di IPK Ipoh kira- kira jam 4.30 petang terhadap posting di facebook Adun Pantai Remis Nga yang menggunakan bahasa Cina seolah-olah ditujukan kepada samseng Cina yang disedari oleh pelapornya Sdr Amir Izwan Abdul Razak dan Sdr Salim yang juga merupakan pengguna Facebook yang menyedari posting dalam FB pemimin Dap ini pada 9hb Januari, jam 11.00 pagi tadi
Menurut kedua-dua pelapor tersebut beliau mendapatkan khidmat seorang rakan untuk mengetahui apakah sebenarnya yang dimaksudkan bila ayat tersebut didakwa tidak boleh dialih bahasa (Transfer) dengan Alat terjemahan di internet yang sedia ada, melihat pada kesulitan untuk menterjemahkan dan memahami ayat yang terkandung dalam catatan FB Ngah tersebut beliau merasakan sebagai ayat-ayat yang digunakan boleh mengancam serta membahayakan blogger Pisau.net
Beliau juga merasakan ayat berkenaan menjadikan blogger pisau.net sebagai buruan yang boleh membahayakan keselamatan beliau serta keluarganya, merasakan kesedaran ini beliau membuat Laporan Polis agar kenyataan yang berbaur ancaman yang dinyatakan oleh YB Nga dilaman FB nya disiasat oleh pihak POLIS.
Thursday, January 3, 2013
NGEH CUBA TUTUP MULUT BLOGGERS DENGAN SAMAN?
Thursday, January 03, 2013
No comments
![]() |
| ISU 10,526 EKAR BELUM TERJAWAB |
Nampaknya seperti yang dijangka SAMAN akan menjadi senjata kepada Ngeh untuk menutup pembongkaran oleh blogger Pisau.net dari dia menjawab terus kepada rakyat berkenaan isu Tanah yang seluas Putrajaya yang telah diusahakan oleh PAS Mukim Chiku, Gua Musang, Kelantan kepada sebuah syarikat Upaya Padu Plantation dimana tertera nama Ngeh dan Nga sebagai penama empunya Syarikat tersebut
Ngeh kini cuba Menyaman Blogger Pisau.net yang memaklumkan kepada rakyat di Maya, Eksekutif Yayasan Bina UpayaSdr Mohd Jeffrey Amin yang mendedahkan kepada SPRM dengan bukti salinan dokumen dan Berita Harian yang membuat liputan, menurut ngeh, dia akan menghantar notis bagi mereka meminta maaf dalam tempoh tujuh hari sebelum disusuli saman jika engkar.
Beberapa blog juga telah mula mempertikaikan sikap beliau terutama DAP serta PAS yang nampaknya tidak lagi seperti yang mereka katakan sebelum ini tentang Kebebasan Bersuara, malah ia dilihat cara bagaimana untuk menakutkan serta menghalang dari pembongkaran didalam satu-satu isu yang dikesan ada penyelewengan serta berprofil tinggi atau dalam ertikata lain siapa sahaja yang cuba untuk mendedahkan kepincangan atau penyelewengan akan berhadapan dengan tindakan Makamah?
Penjelasan belum lagi kita dengar sebaliknya rakyat di tunjuk betapa besarnya kuasa seseorang yang nampaknya boleh menutup apa sahaja dengan kuasa dan keupayaan wang ringgit. Kenapa tiada ruang untuk penjelasan jika tidak bersalah dalam satu-satu isu, nampaknya segala tindakan yang cuba membongkar dan menentang penyelewengan bakal berhadapan dengan tindakan SAMAN semenjak taktik pakatan rakyat nampaknya boleh mengerunkan pendedah kebenaran.
Nampaknya Pihak SPRM juga kena memain peranan disetiap laporan yang dibuat terutamanya oleh rakyat, kerana mereka tampil bagi menuntut kebenaran, kenapa pula mereka pula kena berhadapan dengan saman? Apakah dengan tindakan peguam dengan ayat SAMAN membolehkan sesiapa sahaja tidak akan berani membuka mulut mendedahkan kisah yang sebenar, malah dilihat bakal mengundang bertahun-tahun boleh didelaykan dalam kes tersebut.
Nyata beginilah sebenarnya Sifat pemimpin Pembangkang yang bolehkan tidak akan merasa takut kalau bersalah? kita fikir-fikirkan bagaimana bila dia sendiri menghina umat Islam sesuka hati yang kononnya sebagai KEBEBASAN BERSUARA. PAS sepatutnya menjawab kalau sebagai seorang ISLAM.
Sunday, December 23, 2012
DATO HAMIDAH OSMAN DIUGUT KERAN PENDEDAHAN, AKAN TERUS MEMBONGKAR!!!
Sunday, December 23, 2012
1 comment
Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Hamidah berjanji akan terus mendedahkan penyelewengan parti-parti pembangkang di negeri ini sekalipun beliau berdepan dengan pelbagai risiko yang mengancam keselamatan diri dan keluarganya.
Hamidah berkata, sudah tiba masanya beliau mendedahkan penyelewengan yang dibuat pembangkang supaya rakyat tidak terus terpedaya dengan imej pembangkang yang kononnya suci, sifar rasuah, sifar kroni dan baik-baik belaka.
![]() |
| tidak gentar, dedah tetap dedah!!!!! |
``Saya tidak akan patah semangat untuk terus membuat pembongkaran ini kerana rakyat perlu tahu apa yang mereka lakukan selama ini. ``Ini kerana pembangkang meletakkan diri mereka seolah-olah begitu suci, baik tetapi hakikat sebenarnya mereka itu lebih teruk daripada apa yang mereka gambarkan kepada BN,’’ katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis terhadap Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming di Balai Polis Kampung Rapat, Ipoh pagi tadi.
Menurut Hamidah, beliau melihat Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham semakin tertekan apabila pendedahan berhubung isu Upaya Padu Plantation Sdn Bhd yang melibatkan kawasan tanah seluas 10,526 ekar di Relai Mukim Chiku, Gua Musang, Kelantan.
Menurut Hamidah, beliau melihat Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham semakin tertekan apabila pendedahan berhubung isu Upaya Padu Plantation Sdn Bhd yang melibatkan kawasan tanah seluas 10,526 ekar di Relai Mukim Chiku, Gua Musang, Kelantan.
``Malah maklum balas yang saya terima dikalangan Adun mereka menyuarakan sendiri kepada saya ketidak puashati mereka terhadap apa yang berlaku,’’ ujarnya.
Hamidah juga menjelaskan dia membuat laporan polis hari ini adalah untuk mendapatkan perlindungan bagi menjaga keselamatan diri dan keluarganya apabila diugut sebegitu rupa.
``Mungkin kerana tertekan mereka ini akan melakukan sesuatu terhadap saya dan juga keluarga saya maka saya membuat laporan polis untuk mendapatkan perlindungan polis,’’ katanya.
Dato’ Hamidah Osman membuat laporan polis terhadap Adun Pantai Remis, Nga Ko Ming kerana membuat satu ugutan yang disifatkan sebagai mengancam diri dan keluarganya.
Menurut Hamidah, pada 20 Disember jam 3.30 petang semasa dia berada di Dewan Makan Dewan Undangan Negeri, Nga Kor Ming telah datang kemejanya lalu menuding jari dengan berkata ``You dedah (revealed) you watch out I will go after you’’.
Beliau menganggap kata-kata Nga Kor Ming itubentuk ugutan dan percaya Adun Pantai Remis itu akan membuat sesuatu yang buruk terhadap dirinya dan juga keluarganya.
Semasa sidang Dewan kelmarin, Adun Slim, Dato’ Ahmad Khushairi Abdul Talib dan Dato’ Hamidah membuat pendedahan berdasarkan carian dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Upaya Padu Plantation Sdn Bhd dimiliki hampir 100 peratus oleh Ngeh Koo Ham.
Hamidah ketika mencelah perbahasan Khusairi mendedahkan daripada dokumen yang diperolehi Upaya Padu yang mempunyai tanah 10,526 ekardimiliki oleh Efektif Kirana Sdn Bhd dan Ngeh Koo Ham.
Efektif Kirana memegang saham 51 peratus bernilai RM16 juta dan Ngeh Ko Ham 40 peratus bernilai RM15 juta.
SUMBER @ Blog Anak Jati Malaya (KLIK)
Saturday, December 22, 2012
YOEP MENGGANAS MALAM NI?
Saturday, December 22, 2012
No comments
Perak yang diwakili pemain Piala Presiden dan skuad Belia Bawah 19 tahun mahu menamatkan musim 2012 dengan menjulang Piala Emas Raja-Raja. Hasrat itu disuarakan jurulatih Seladang, Abu Bakar Fadzim yang juga pengendali skuad Piala Presiden itu ketika mengulas mengenai final dengan Kedah yang akan diadakan di Stadium Perak, Sabtu ini.
"Pemain saya mahu mengulangi kejayaan merangkul Piala Presiden musim ini dalam final yang akan diadakan di Ipoh.
Ditambah dengan kejayaan Persatuan Bola Sepak Melayu Perak (PBMP) mendapatkan hak menjadi tuan rumah bagi perlawanan akhir itu, saya yakin ia akan meningkatkan lagi semangat pemain," katanya semalam.
Jurulatih itu yakin anak buahnya berada di atas landasan tepat untuk turun membut perhitungan dengan Kedah, naib juara 2009.
"Semangat pemain tinggi pada masa ini. Mereka bertekad membawa pulang piala bagi menjulang nama negeri selepas Perak tenggelam selama 22 tahun," katanya.
Malah semangat pasukan semakin meningkat dengan kehadiran semula kapten, Mohd Nasir Basharuddin yang pulih daripada kecederaan.
"Nasir sudah sembuh dan kehadirannya akan memantapkan lagi benteng Perak." Namun Bakar tidak mahu anak buahnya bersikap terlalu yakin walaupun Perak pernah menundukkan Kedah, 2-1 dalam perlawanan pemanas badan.
"Itu perlawanan persahabatan. Ia tidak boleh dijadikan ukuran dan sandaran. Kedah juga buah calang-calang pasukan.
"Saya jangka pertarungan sengit dan menarik Sabtu ini. Justeru pemain Perak perlu menggunakan kelebihan bermain di tempat sendiri," katanya.
Kerajaan negeri Perak akan menambah hadiah sebanyak RM40,000 jika Perak berjaya muncul juara kejohanan bola sepak Piala Emas Raja-Raja edisi 2012 berdepan Kedah pada 22 Disember ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin memberitahu, Menteri Besar, Datuk Sri Dr. Zambry Abd. Kadir bersetuju menambah jumlah wang hadiah jika Perak berjaya menjulang piala tersebut.
Difahamkan juara Piala Emas Raja-Raja akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM40,000 daripada Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBMM).
Oleh itu, skuad bimbingan Abu Bakar Fadzim akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM80,000 jika mereka berjaya membawa pulang Piala Emas Raja-Raja.
Perak layak ke perlawanan akhir setelah membelasah Selangor 6-1 dalam separuh akhir kedua di Ipoh kelmarin untuk agregat 7-1 .
Pada separuh akhir pertama di Shah Alam, minggu lalu, Perak yang dibarisi pemain-pemain Piala Presiden menang 1-0.
Kejayaan Perak layak ke perlawanan akhir merupakan peluang untuk mereka mengulangi kejayaan 22 tahun lalu.
Kali terakhir Perak layak ke perlawanan akhir pada tahun 1990 dan muncul juara setelah mengalahkan Kelantan 3-0.
Kita menambah wang hadiah itu bagi merangsang para pemain supaya bekerja keras untuk mengejar kejuaraan yang dinantikan sejak 22 tahun lalu," jelas Zainol.
Hasrat kerajaan negeri menambah wang hadiah itu telah diumumkan kepada semua pemain dan pegawai pasukan Perak selepas perlawanan separuh akhir kedua kelmarin.
TC: Errrrr, jangan lupa jugak ye Kerajaan Negeri bagi insentif promosi buat bloggers2 Perak ye bosssss.. Ngeeee..
KEJOR YOP KEJOR
taipingcentral.blogspot.com
Friday, December 21, 2012
10, 265 EKAR NIE SAPA PUNYA? ITU SAJA.......
Friday, December 21, 2012
No comments
Selesai sudah Sidang Dewan Undangan Negeri Perak bagi 2012, Kali ini nampaknya Dewan begitu kecoh kerana pembentangan Badget 2013, sebaliknya panas dengan pelbagai Isu seperti pembohongan Nga didalam dewan bila dia menyatakan Blogger Sekupangdua yang kononnya telah memohon maaf, mengaku fitnah dan dihukum.
Bagi mencari penyelesaian dan menjawab persoalan, Dato Hamdi yang bertanggung jawab dalam penerangan mengambil keputusan mengadakan PC (Press Conference) bersama blogger dan peguamnya tampil menjelaskan sebenarnya
Isu tak habis disitu , sebaik pembohongan tersebut didengar Bloggers Sekupang tampil menafi dan membuat kenyataan akhbar dimana segala pembohingan Nga bila dia menjelaskan dalam sidang, selepas itu pula muncul lagi satu Isu yang ada kaitan Dua kembar diktator DAP soal habuan Nizar menjawat Menteri Besar selama 11 bulan yang disyaki ada kaitan dengan pertukaran 10, 265 ekar tanah di mukim chiku, gua musang sidedahkan oleh bloggers Pisau.net
Sidang kali ini juga dilihat peranan media masa begitu penting sebagai medium utama untuk golongan remaja keatas, kali ini nampaknya peranan pejuang maya cukup berkesan menangkis tomahan dan Fitnah terutama dari pembangkang.
Bagi rakan pakatan juga nampaknya makin longgar, dengan kejadian seperti yang didedahkan sedikit sebanyak membuat kemarahan penyokong terutama PAS yang dilihat menjadi mangsa Pencacai kepada yang selama hari ini dianggap paling jujur dalam pakatan, pendedahan juga dilihat bagaimana sebenarnya PAS sebagai boneka dan ikut telunjuk jari kepada DAP!






















