JAKARTA, 23 JULAI 2012: Biarpun telah dibebaskan dari penjara dengan bersyarat, namun vokalis Peterpan, Ariel mengakui impiannya untuk menghirup udara yang bebas telah pun termakbul akhirnya.
"Saya tidak terlalu banyak bercakap. Yang saya tahu, hari ini saya bebas. Saya juga diwajibkan melapor diri. Saya cukup gembira kerana dapat menghirup udara bebas. Itu yang telah lama saya impikan,"katanya ketika ditemui di Mahkamah Negeri Bandung.
Ariel secara rasmi telah dibebaskan dari penjara di Rutan Kebon Waru Bandung sejak jam 09.08 waktu tempatan. Saat dibebaskan, dia dilihat telah melemparkan senyuman terhadap fansnya.
0 comments:
Post a Comment