Kira-kira 3,000 pengusaha bas, pemandu teksi, lori serta pengamal perubatan tradisional dijangka menghadiri jamuan berbuka puasa bersama Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir di kediaman rasmi Menteri Besar pada 7 Ogos ini.
Program tersebut yang dianjurkan oleh Yayasan Kemajuan Islam Darul Ridzuan (KADIR) akan menjadi platform baru untuk rakyat berkongsi masalah dan pendapat dengan pemimpin negeri itu.
Pengerusi KADIR, Datuk Azhar Ahmad yagn juga Pegawai Khas Menteri Besar berkata, program yang dianggap kali pertama diadakan itu juga diharapkan dapat mengeratkan perhubungan silatulrahim sesama umat selain mendengar ucapan penting yang akan disampaikan oleh Dr Zambry.
"Saya menyifatkan program ini sebagai plafform baru untuk rakyat berkongsi masalah dan pendapat dengan Menteri Besar Perak,’’ katanya kepada Peraknews.
Azhar berkata, memandangkan program tersebut pertama kali diadakan buat warga kerja terbabit, mereka seharusnya menggunakan kesempatan ini untuk menyampaikan hasrat dan permintaan mereka kepada Menteri Besar.
"Saya menganggap program ini amat penting kerana golongan warga kerja terbabit yang merupakan golongan grass root dapat mengenali Dr Zambry secara lebih dekat dan memahami kepimpinan kerajaan hari ini yang sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat,’’ katanya.
Beliau berkata, program itu akan bermula dengan majlis berbuka puasa diikuti solat maghrib dan seterusnya solat Tarawih
Sumber: Portal Umno Perak
0 comments:
Post a Comment