Walaupun sibuk dengan tugasan hariannya, Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sempat meluangkan masa untuk berbuka puasa bersama rakyat di sebuah restoran terbuka di Bandaraya Ipoh, semalam.
Beliau meluangkan masa kira-kira sejam untuk bertanya khabar dan berbuka puasa bersama-sama lebih 600 orang rakyat di D’Polo Café Lan’s Catering di hadapan Padang Polo, Ipoh.
Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dan bertanya khabar pemimpin yang mereka sayangi kerana tidak menyangka Menteri Besar sudi meluangkan masa untuk berbuka bersama-sama mereka di tempat terbuka.
Lazimnya majlis seumpama ini diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar tetapi Dr. Zambry telah melakukan transformasi untuk merakyatkan majlis berbuka puasa, seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri.
Sebelum itu, Dr. Zambry turut meninjau bazaar Ramadan di perkarangan Stadium Perak untuk melihat sendiri kegiatan jual beli yang dijalankan oleh rakyat setempat.
Sementara itu, Pengarah Urusan Lan’s Catering, Roslan Zainal Abidin berkata, pihaknya tidak menyangka sama sekali kehadiran Menteri Besar untuk berbuka bersama-sama rakyat di restorannya.
``Mulanya kami menyangka hanya kakitangan pejabat Menteri Besar dan media sahaja yang hadir, rupa-rupanya Dr. Zambry pun turut sama,’’ katanya sambil menambah restoran D’Polo Café menyediakan lebih 40 juadah selera kampung dan gulai kawah untuk memenuhi selera pelanggan.
Beliau memberitahu, pihaknya hanya mengenakan bayaran RM24.90 untuk dewasa dan RM14.90 untuk kanak-kanak yang berumur 5 hingga 12 tahun.
Terdahulu daripada itu, Pejabat Menteri Besar dengan kerjasama Lan’s Catering telah mengedarkan lebih seribu bungkus bubur lambuk secara percuma kepada orang ramai di D’ Polo Café.
Sumber :Peraknews
steadyla ariff... hidup ariff!!
ReplyDeletePasai apa MB nak malu bersama rakyat? Tak perlu malu. MB pun dulu orang kebanyakan juga. Tahniah Dr Zambry.
ReplyDelete