Followers

Thursday, June 21, 2012

PKR: Belum Lagi Ke Putrajaya Tapi Sudah Berebut Kuasa

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini meletak jawatan dalam kerajaan negeri Selangor, atas alasan beliau perlu berehat.

Mengumumkannya di Twitter, Rafizi berkata keputusannya untuk
meletak jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif di pejabat penasihat ekonomi Selangor "tiada sebarang dimensi politik".

"Semua pertanyaan selepas ini hendaklah ditujukan kepada kerajaan negeri atau (penasihat ekonomi Selangor), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

"Letak Jawatan adalah perkara biasa. Saya perlu berehat. Sekarang saya buat dua tugas, siang di kerajaan negeri malam parti.

"Penat Ramadan juga sudah berhampiran, (saya mahu) memberi tumpuan kepada ibadat," kata Rafizi.

Rafizi menambah beliau pada mulanya merancang untuk memegang jawatan tersebut selama dua tahun sahaja, dan kini adalah "masa untuk melangkah ke hadapan".

Bagaimanapun, waktu Rafizi memilih untuk mengumumkan keputusannya meletak jawatan tersebut menarik perhatian ramai.

Mereka yang mendakwa ahli PKR yang melancarkan perang terbuka terhadap Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin berpandanga bahawa ianya ada kaitan dengan kemelut tersebut.

Malah, Twitter @PecatFaekah, yang dikendalikan oleh mereka yang menyokong Pengerusi Perhubungan Majlis Pimpinan Negeri, Azmin Ali menganggap peletakan jawatan itu mungkin disebabkan wujud perbezaan Rafizi dengan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Thursday, June 14, 2012

Percaya lah kpd Nabi saw Jangan percaya kepada Pas

TAKWA DAN PERPADUAN ASAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMAN

Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."
H.R. Abu Daud dan Tirmizi

Keterangan
Hadis diatas mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga daripada Rasulullah saw. bagi umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan iaitu seperti zaman yang sedang kita hadapi sekarang ini. Oleh itu sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. dalam hadis, iaitu:

Pertama: Hendaklah ia menlazimi takwa kepada Allah dalam keadaan apa jua dengan mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.

Kedua: Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupun seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang dengan Al Quran dan sunnah Nabi saw. dan sunnah-surmah kulafa Ar Rasyidin, kerana patuh kepada penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini bererti patuh kepada Al Quran dan Hadis Nabi saw.

Ketiga: Berpegang teguh kepada sunnah Nabi saw. dan sunnah para kulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Abu Bakar, 0mar, Osman dan Ali r.a.) yang mana mereka telah mendapat petunjuk daripada Allah Taala, iaitulah berpegang kepada fahaman dan amalan ahli sunnah waljamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapat jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada hari kiamat nanti.

Keempat: Menjauhi perkara-perkara bid'ah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil atau asal dan contoh dari agama. Sekiranya ada asal atau dalil, maka tidaklah perkara-perkara yang baru itu dikatakan bid'ah menurut pengertian syarak (bukan bid'ah dholalah) tetapi hanya dinamakan bid'ah menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja (jaitulab bid'ah hasanah).

Sunday, June 10, 2012

Kaum India Semakin Yakin Dengan Najib

Bekas Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu yakin kepimpinan dinamik dan dasar afirmatif yang dilaksanakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mampu menawan hati dan minda rakyat serta merintis jalan kepada kemenangan kepada BN pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya aliran baru politik yang diperkenalkan Najib melalui dasar transformasinya serta konsep 1Malaysia, yang mengajak rakyat supaya menerima kepelbagaian sebagai alat untuk meningkatkan perpaduan sesama mereka, membuktikan bahawa beliau (Najib) 'adalah pemimpin untuk semua masyarakat.'

Dalam temu bual dengan Bernama, pemimpin politik veteran kaum India Malaysia ini berkata melalui program mendampingi semua kelompok masyarakat serta pendirian sederhana atau 'wassatiyah' yang beliau anjurkan melalui dialog dan kehidupan bersama secara aman, Najib berjaya menawan hati dan minda ramai daripada mereka yang meninggalkan BN pada 2008.

Samy mendakwa kemampuan parti Pembangkang memenangi banyak kerusi pada pilihan raya umum 2008 sebenarnya bukan kerana mereka bijak, tetapi kerana "kami (BN) tidak menjaga rakyat dan mereka meninggalkan kami kerana marah."

Bagaimanapun, kata beliau, sebahagian besar kemarahan itu kini telah lenyap berikutan pelbagai dasar inklusif dan penerangan yang dilaksanakan Najib seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, pemberian biasiswa kepada pelajar yang patut menerimanya, program tinjuan mesra untuk mendengar keluhan rakyat dan menggunakan media digital untuk mendampingi golongan muda.

"Keistimewaan Datuk Seri Najib ialah beliau bersedia mendengar pendapat rakyat, menganalisis (isu) dan menyelami perasaan rakyat kerana pemimpin yang baik perlu mendengar pendapat orang lain (juga). Banyak perkara yang telah beliau lakukan untuk menarik kembali sokongan kepada BN kerana beliau juga meluahkan segala apa yang terkandung dalam fikiran dan mindanya tentang apa yang beliau ingin lakukan untuk rakyat.

"Saya berada dalam politik selama lebih 30 tahun dan saya tahu apa yang difikirkan oleh masyarakat India sekarang. Sebelum ini, mereka tidak pernah melihat seorang pemimpin seperti ini yang begitu baik hati terhadap mereka. (Majoriti) masyarakat India kini sudah kembali ke pangkuan BN kerana keluh kesah mereka mendapat perhatian," kata Samy, yang menyandang jawatan menteri mulai 1979 hingga 2008.

Beliau berkata masyarakat India gembira kerana kini mereka mempunyai perdana menteri yang bersedia mendengar keluhan mereka dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Samy berkata sebelum ini, agak ramai anggota masyarakat India yang menyertai demonstrasi Bersih 1.0 dan Bersih 2.0, tetapi jumlah mereka yang menyertai Bersih 3.0 amat sedikit dan ini menunjukkan bahawa kini mereka berasa "mereka mempunyai kerajaan yang bersedia mendengar sungutan mereka."

Apabila anda mempunyai kerajaan yang bersedia mendengar, anda tak perlu turun ke jalan raya," katanya.

Samy berkata Najib dipandang lebih tinggi oleh masyarakat India, terutama yang beragama Hindu, selepas beliau mengunjungi Kuil Sri Subramaniya di Batu Caves ketika sambutan Thaipusam.

"Perdana menteri sebelum ini yang pergi ke sana ialah Tun Hussein Onn. Selepas itu, tiada perdana menteri yang pergi ke sana, sehinggalah Datuk Seri Najib berbuat demikian. Beliau ke sana bukan untuk bersembahyang, tetapi untuk mengunjungi rakyat atas kedudukan beliau sebagai pemimpin mereka dan bapa kepada negara ini," katanya.

Samy berkata pendekatan Najib memberi kesan terhadap minda masyarakat India kerana "ia membuat mereka berasa dihargai, dan kami (pemimpin) mengambil peduli tentang mereka serta mengambil berat tentang mereka".

Hasil daripada set minda positif sedemikian yang menjadi amalan pentadbiran Najib, bukan saja terhadap masyarakat India, tetapi juga terhadap masyarakat lain seperti Melayu, Cina, Sikh, Orang Asli, Iban, Bidayuh, Kelabit dan Kadazan, maka kata Samy, "Najib akan mempunyai peluang yang amat cerah untuk memenangi pilihan raya umum akan datang."

Samy, yang dilantik sebagai duta khas Malaysia bertaraf menteri bagi infrastruktur ke India dan Asia Selatan pada Januari 2011, berkata beliau gembira kerana berpeluang menggunakan pengalamannya selama hampir 30 tahun dalam kerajaan untuk memberi sokongan kepada syarikat Malaysia yang ingin meluaskan operasi masing-masing berkaitan projek infrasturuktur ke luar negara.