Followers

Showing posts with label Islamiah. Show all posts
Showing posts with label Islamiah. Show all posts

Friday, March 30, 2012

Al-Fatihah


Dukacita dimaklumkan bahawa YTM Raja Kecil Sulong Perak Raja Dato' Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah mangkat pd jam 1.30pg 30 Mac 2012 di Damansara, Kuala Lumpur. Jenazah akan disemadikan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar. AL-FATIHAH.

Friday, March 16, 2012

‎11 GOLONGAN AHLI NERAKA

Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:

"Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."

Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan
oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat
ini?" Maka Rasulullah S.A.W menangis sebelum menjawab soalan tersebut
kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh Baginda. Lalu Baginda
menjawab:

"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12
golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan
sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka
adalah seperti berikut:



1.Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana
mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.

2.Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka
melengah-lengahkan solat lima waktu.

3.Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular
dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.

4.Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang
berdusta.

5.Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan
mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.

6.Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah
balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.

7.Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan
darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan
kebenaran.

8.Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan
kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati
sebelum bertaubat.

9.Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api.
Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.

10.Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang
menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua
ibu bapanya.

11.Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk,
bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar
kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.

Orang Islam Wajib Pertahankan Raja raja Melayu

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyokong usaha untuk memperjuangkan Islam seperti yang dipromosikan pertubuhan pro-Melayu JATI yang disifatkannya sebagai satu jihad kepada orang Islam.

Katanya jihad itu diwajibkan ke atas orang Islam, apatah lagi apabila serangan ke atas Islam kini "begitu hebat sehingga ramai di kalangan orang Islam menjadi murtad."

"Wajib kita pertahankan akidah kita daripada serangan ejekan atau diperhina. Namun hari ini kita lihat agama kita tidak diambil berat oleh orang Islam sendiri, malah ada yang mempertahankan perbuatan itu," katanya lagi.

Tambahnya, orang Islam juga wajib mempertahankan Raja-raja Melayu memandangkan golongan itulah yang mula-mula sekali menerima Islam di negara ini.

"Maka raja tidak boleh terpisah dengan kita," katanya lagi dalam ucapannya di majlis perasmian penubuhan NGO tersebut di Shah Alam.

Tambahnya, perjuangan untuk mempertahankan raja juga dianjurkan oleh Nabi Muhammad melalui sabda baginda bahawa "raja itu adalah bayang Allah di bumi ini."

"Jadi kita pertahankan kerana itu disebut oleh Rasulullah. Bukan dalam satu riwayat saja tapi banyak riwayat," tambahnya.

Mengulas mengenai pandangan sesetengah pihak mengenai perjuangan kaum, Harussani berkata Nabi Muhammad sendiri telah menyeru kepada kaum Quraisy pada waktu itu supaya mempertahankan bangsa mereka.

"Ada orang kata kalau kita bercakap bangsa Melayu dikatakan kita ini orang yang nasionalis. Nabi juga bercakap tentang kaumnya.

"Kita pertahankan bangsa kita bukan bermakna taksub dan memang wajib pun kita pertahankan kerana negara ini adalah kepunyaan orang Melayu.

"Salah satu wasiat raja-raja sebelum merdeka ialah selain gunung ganang, sungai atau lubuk-lubuk maka setengah daripada tanah Melayu itu mestilah hak orang Melayu, yang lain itu biarlah berebut sesama kamu," katanya lagi.

Wasiat berkenaan - dokumen yang sering didakwa sebagai asas perjanjian kepada raja-raja Melayu dalam pembentukan Persekutuan Malaysia - turut dinyatakan dalam tayangan video ketika majlis perasmian tersebut.

Maksud Sultan Adalah Bayangan Allah di Bumi

Minggu ini saya kembali ke Oxford, United Kingdom setelah beberapa minggu berada di Malaysia. Di samping menyambut kedatangan ‘puteri baru’, banyak juga aktiviti yang sempat saya sertai.

Bahang pilihan raya semakin kuat sehingga segala perkara berbau politik. Semasa seminar Islam dan Eropah di Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS), baru-baru ini, pengarahnya Dr Farhan Nizami bersembang dengan kami. Beliau memberi pandangannya tentang Malaysia.

Katanya, betapa beliau tidak menyangka bahawa bangsa Melayu yang kelihatan sopan santun itu apabila tiba kepada bab politik, mereka berpolitik habis-habisan. Saya senyum sahaja mendengar ulasannya.

Berkaitan fenomena pilihan raya juga, beberapa hari lalu saya menerima begitu banyak soalan berhubung dengan kenyataan “Raja adalah bayangan Allah di bumi”.

Hadis ini katanya telah diwar-warkan oleh pihak tertentu dalam menjustifikasikan perjuangan tertentu.

Saya dengar ada yang lebih lantang lagi dengan menyebut lafaz asal hadis itu – “al-Sultan adalah bayangan Allah di bumi – bagi merujuk sultan pilihannya. Ada pula yang seakan ingin menyuburkan feudalisme Melayu dengan hadis tersebut.

Saya bergurau dengan sesetengah pihak yang berminat menggunakan hadis itu dengan berkata: “Raja yang menjadi bayangan Allah itu Raja Jordan ke, atau Raja Saudi? Atau Raja Moroko? Oleh kerana terlalu umum, apakah boleh juga digunakan oleh Raja Siam?

Sebenarnya, perkataan yang digunakan dalam hadis ‘al-Sultan, bukan al-Malik (Raja). Jika ia difaham secara bahasa Melayu, mungkin para sultan seperti Sultan Qabos di Oman atau Sultan Brunei tergambar semasa membaca hadis ini.

‘Negara Pasir Berdengung’

Sudah pasti bukan Sultan Damsyik Jani dari ‘Negara Pasir Berdengung’ dalam filem Do Re Mi arahan allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Sebenarnya hadis tersebut mempunyai banyak riwayat. Ada yang palsu, ada yang sangat daif (daif jiddan), ada yang daif dan ada yang hasan, ataupun mungkin boleh mendekati sahih.

Antara lafaz yang palsu atau sekurang-kurang teramat daif (bermaksud):

“Al-Sultan bayangan Allah di bumi. Jika mereka berbuat baik bagi mereka pahala dan wajib ke atas kamu syukur. Jika mereka jahat, mereka mendapat dosa, wajib ke atas kamu sabar. Janganlah kejahatannya itu menyebabkan kamu keluar dari ketaatan. Ini kerana, sesungguhnya kehinaan dalam mentaati Allah (dengan mentaati sultan yang jahat) lebih baik dari kekal dalam neraka (kerana menentang sultan). Jika tidak kerana mereka, manusia tidak akan aman”. (Hadis ini dihukum oleh al-Albani sebagai ‘terlalu daif’ dalam Silsilah al-Daifah/ no 1664.)

Namun secara kesimpulan penilaian hadis, setakat lafaz “al-Sultan bayangan Allah di bumi” adalah sahih disebabkan pelbagai riwayat.

Adapun tambahan selepas lafaz tersebut ada yang hasan, daif, sangat daif dan palsu.

Ada juga riwayat dalam al-Jami’ al-Saghir oleh al-Sayuti (meninggal 911H) yang menyebut (bermaksud):

“Al-Sultan bayangan Allah di bumi. Jika seseorang kamu memasuki sesuatu negeri yang tiada sultan padanya, janganlah dia tinggal dalamnya.”

Saya bimbang menjelang musim berkempen ini akan ada yang menggunakan riwayat yang daif ini untuk melarang orang tinggal di negeri-negeri yang tiada sultan seperti Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Kemudian, di negara Arab, hanyalah negara Oman yang boleh tinggal dalamnya sebab masih ada Sultan Qabos. Selainnya sudah tiada sultan. Indonesia pun tidak boleh tinggal dalamnya kerana sudah tiada sultan.

Hanya Brunei yang sesuai. Jangan sampai begitu pula tafsiran kita.

Apakah maksud al-Sultan?

Perkataan al-Sultan bukanlah bermaksud pemerintah yang memakai gelaran ‘sultan’. Jika tidak sudah pasti al-Khulafa al-Rasyidin menggunakan gelaran sultan. Sultan bermaksud pihak yang berkuasa.


Ertinya ia merangkumi semua mereka yang mempunyai kuasa pemerintahan tanpa mengira apa pun gelarannya. Abu Bakr al-Siddiq naik memerintah selepas Rasulullah memakai gelaran ‘Khalifah Rasulillah’.

Kemudian pada zaman ‘Umar mula diperkenalkan gelaran ‘Amir al-Mukminin. Selepas itu beberapa dinasti seperti Ayyubiah, Mamalik dan ‘Uthamaniyyah memakai gelaran sultan. Mereka itu kebanyakannya bukan arab. Ada juga yang memakai al-Malik iaitu ‘raja’ dan sebagainya.

Maka hendaklah jelas, perkataan sultan dalam hadis merujuk kepada ulul amri iaitu mereka yang berkuasa memerintah. Jangan putarkan hadis untuk pemainan politik.

Ertinya, secara literal dalam konteks Malaysia, perdana menteri juga zhillu Allah ataupun bayangan Allah di bumi. Demikian Presiden Mesir, Libya dan sebagainya.

Kini kita wajar bertanya apakah maksud bayangan Allah? Apakah kita memahami seperti golongan literalis yang akan melihat sultan atau raja atau penguasa atau presiden sebagai benar-benar bayangan Allah yang kemudian mungkin dijustifikasikan segala tindakannya.

Jika mereka itu berjudi di London ini sehingga tergadai balak dan minyak di negara mereka, apakah itu bayangan Allah? Jika mereka kejam seperti Assad di Syria, atau mereka rasuah dan bermewahan dengan harta rakyat jelata, apakah mereka tetap dimuliakan sebab mereka bayangan Allah?

Bayangan Allah

Jika kita faham makna khalifah, ia bermaksud pengganti ataupun wakil. Apabila kita menyebut manusia khalifah Allah bermaksud manusia mengganti Allah di bumi.

Ketika mentafsirkan Surah al-Baqarah ayat 30 berhubung manusia sebagai khalifah Allah di bumi, al-Imam al-Baidawi berkata:

“Khalifah itu dari bermaksud (segi bahasa) sesiapa yang menggantikan tempat pihak yang lain atau menjadi penggantinya. Yang dimaksudkan dengan khalifah dalam ayat ini adalah Adam AS kerana beliau merupakan khalifah Allah di bumiNya.

“Demikian sekelian nabi yang Allah utuskan mereka sebagai pengganti (khalifah) bagi memakmurkan bumi, menguruskan manusia, menyempurnakan keperluan mereka dan melaksanakan perintah Allah ke atas mereka.” (Al-Baidawi, Anwar al-Tanzil wa Asrar al-Takwil, 1/64).

Makna yang sama merujuk kepada sultan ataupun penguasa itu bayangan Allah di bumi. Bukan bermaksud kesucian penguasa sehingga tidak boleh dibahas dan dipertikaikan. Sama sekali tidak!

Sebab betapa ramai manusia ini yang Allah tabalkan menjadi khalifah telah melakukan kerja yang sebaliknya. Apakah kita tetap mempertahankannya atas nama khalifah Allah?

Justeru al-Imam al-Munawi dalam Faidh al-Qadir ketika menafsir maksud: “al-Sultan bayangan Allah di bumi”, beliau berkata:

“Kerana dia memelihara manusia dari keburukan seperti bayang memelihara dari panas matahari”.

Ya! Demikianlah tugasan penguasa!

Kepentingan politik

Dalam masa yang sama kita hendaklah sedar, bahawa berlebihan dalam menggunakan agama untuk kepentingan politik telah mengorbankan agama itu sendiri. Inilah yang berlaku di Barat yang diistilahkan sebagai secularism ataupun lebih mudah difahami sebagai a movement towards the separation of religion and government.

Walaupun secularism itu mempunyai akar yang lama sejak zaman Greek dan Roman tetapi di Eropah ia subur dan diperjuangkan pada era Enlightenment akibat dari kesedaran rakyat tentang betapa buruk peranan agama dalam politik. Saya akan bahaskan nanti.

Islam memandu politik supaya harmoni dan kudus. Islam bukan alat politik tetapi cahaya yang menerangi jalan politik yang dibina atas maslahah rakyat.

Sultan ataupun penguasa bayangan Tuhan boleh disalahtafsirkan seperti yang berlaku dalam sejarah politik pelbagai bangsa. Akibatnya, kerakusan penguasa mencengkam rakyat dan dihalalkan atas nama Tuhan.

Jika hendak memahami maksud penguasa bayangan Tuhan dalam Islam, fahamilah ucapan Abu Bakr al-Siddiq apabila menjadi khalifah:

"Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah, bohong itu adalah khianat.

“Orang yang lemah dalam kalangan kamu adalah kuat di sisi sehingga aku mengembalikan haknya. Orang yang kuat dalam kalangan kamu, lemah di sisiku sehingga aku mengambil daripadanya hak (menghalang apa yang bukan haknya), insya-Allah. Jangan kamu meninggalkan jihad, kerana tidak ada kaum yang meninggalkan jihad, melainkan Allah timpakan mereka dengan kehinaan.

“Taatlah aku selagi aku taatkan Allah dan Rasul-Nya. Jika aku derhakakan Allah dan Rasul-Nya, maka tiada ketaatan untukku." (Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361).

Inilah insan yang paling faham maksud sultan itu bayangan Allah di bumi. Jangan kita gadaikan Islam untuk suatu pentafsiran nas yang akhirnya akan menimbulkan syak manusia terhadap Allah dan Rasul-Nya.

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin merupakan bekas mufti Perlis. Beliau kini bertugas sebagai zamil di Universiti Oxford.

Thursday, March 15, 2012

Al Mahdi

Imam asy-Syaukani menyenarai hadith-hadith dan riwayat-riwayat berkenaan Imam Mahdi, dan beliau mengatakan: "...jumlah kesemua hadith dan riwayat yang dapat kita kumpulkan mencapai darjat 'mutawatir' bila ditelaah secara mendalam..." [Kitab al-Fath ar-Rabbani asy-Syaukani]


Menurut sebuah hadith, zaman umat Nabi Muhammad SAW terbahagi kepada lima bahagian mengikut kerangka masa.

"Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia mengkehendaki untuk mengangkatnya. Seterusnya adalah masa Khilafah yang mengikut jejak kenabian (Khilafah 'ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia mengkehendaki untuk mengangkatnya. Seterusnya masa kerajaan yang menggigit (Mulkan 'Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia mengkehendaki untuk mengangkatnya. Setelah itu masa kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia mengkehendaki untuk mengangkaynya. Seterusnya adalah masa Khilafah yang mengikut jejak kenabian (Khilafah 'ala minhaj an-nubuwwah). Kemudian baginda (Nabi) diam."

Kelima-lima bahagian kerangka masa zaman umat Nabi Muhammad SAW hampir sempurna semuanya, dimana hanya tinggal bahagian kelima yakni zaman Khilafah - dipimpin oleh seorang pemuda yang dimuliakan Allah SWT dalam satu malam - Imam Al-Mahdi. Betapa besarnya harapan umat Islam terhadap pemimpin Khilafah di akhir zaman ini, hinggakan muncul pula golongan dalam umat Islam yang begitu taksub hingga membawa mereka menjurus kepada kesesatan.

1) Muncul pihak yang mendakwa "seseorang" itu adalah Al-Mahdi yang dinanti-nantikan berdasarkan HANYA beberapa ciri-ciri inidividu itu.

2) Ada juga individu yang mendakwa dirinya adalah Al-Mahdi yang dinanti-nantikan.

Walhal, telah wujud ijma' dikalangan ulama Ahl Sunnah Wal Jamaah (mengenai hadith-hadith sahih) tentang Al-Mahdi yang mana wajib untuk kita percaya kepadanya.

AL-MAHDI TERMASUK PERSOALAN AQIDAH

Dalam pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah, Imam Mahdi termasuk di dalam soal aqidah Islam. Umat Islam wajib mpercayai dan meyakini sebagaimana yang telah dikhabarkan secara mutawatir di dalam hadith-hadith Nabawi. Firman Allah SWT dalam Surah al-Hasyr secara jelas menyebut, maksudnya :

Dan apa yang dibawa oleh Rasul kepada kamu hendaklah kamu ambil dan apa yang ditegahnya hendaklah kamu jauhi." (Surah al-Hasyr:7)

Berdasarkan ayat diatas, jelaslah, apa sahaja yang dibawa dan dikhabarkan oleh Rasulullah SAW wajib diimani. Dan menafikan apa yang diucap atau diperakui oleh Rasulullah SAW (seperti mengatakan bahawa al-Mahdi bukan termasuk soal aqidah) samalah seperti menafikan beriman kepada Rasulullah SAW. Walhal, setiap apa yangg dikhabarkan oleh Rasulullah SAW tentang sesuatu perkara adalah berdasarkan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT.

Ibn Hazm dalam Kitab Muratibul Ijma' menjelaskan bahawa :

"Ulama Islam telah Istifaq dan Ijma', bahawa sabdaan Rasulullah apabila telah sah dan benar bahawa itu adaah sabda Rasulullah dengan yakin, maka ia wajin kita ikuti."

Al-'Allamah Syeikh Muhammad Zahid al-Kautsar ketika mengulas perkataan Ibn Hazm di dalam kitabnya Nadzratun Ibaratun :

"Dihukum KAFIR sesiapa yang ingkar dengan hukum yang ada ijma' (sepakat) padanya dengan ijma' yaqini (kesepakatan yang diyakini), bukan ia diiktibarkan kufur dari segi ijma', bahkan dihukum kafir dari segi ia engkarkan perkara yang tersabit (muktamad) dalam agama dengan ilmu dharuri dan ijma' yaqini itu mestilah ia bersandarkan kepada AL-QURAN dan HADITH MUTAWATIR, maka orang yang engkar akan hukum yang tsabit dgn al-Quran atau hadith mutawatir bukan sahaja ia engkarkan ijma', bahkan ia engkarkan al-Quran dan hadith mutawatir."

Manakala, Al-'Allamah As-Safarini, di dalam kitab tauhidnya yang terkenal, ad-Duratul Mudhiyatu Fi Aqidatil Firqatil Mardhiya ketika memberi komentar tentang pengzahiran Imam Mahdi menyebut :

"Adapun beriman dengan keluarnya Imam Mahdi itu adalah wajib sebagaimana yang telah ditetapkan pada ilmu ahli tauhid dan telah dituliskan dalam aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah."

Persidangan Jamaah Ulama, Majlis Agama Islam Kelantan turut mengeluarkan fatwa yang berbunyi :

"Setelah mengkaji dan berbincang dgn panjang lebar. Maka Jamaah Ulama bersetuju memfatwakan seperti berikut :

1. Orang Islam sayugia (wajib sentiasa) beri'tiqad lahirnya Imam mahdi akan datang.

2. Imam yang dimaksudkan itu berupa khalifah yang memerintah dunia

3. Imam al-mahdi adalah daripada keturunan Rasulullah SAW yg akan dibai'ahkan di antara Rukun Hajar al-Aswad dan Maqam Nabi Ibrahim

4. Tentang dimanakah duduknya Imam Mahdi itu. Hanya Allah sahaja yang lebih mengetahui"

HADITH-HADITH YANG MEMBUKTIKAN PEMUDA ITU ADALAH IMAM MAHDI


1. Musim Haji Berdarah Di Mina

Negara Arab sebelum itu sudah menjadi perhatian dunia kerana konflik dalaman dan perebutan kuasa yang berlaku di negara tersebut setelah kewafatan Raja Haramain (Arab Saudi). {4} Urusan Haji pada tahun tersebut tidak berjalan dengan lancar kerana berlaku rompakan dan kematian. Ada seperti tindakan sabotaj yang mahu memburukkan pimpinan pengganti Raja yang mengambil alih pada masa itu. Sabda Nabi Muhammad SAW;

"Sebelum pembaiatan al-Mahdi di antara Hajarul Aswad dan Maqam Ibrahim, ada kabilah yang menarik perhatian al-Mahdi mengenai sikap dan perampasan mereka terhadap jemaah haji di Mina."

Diriwayatkan oleh 'Amr ibn Shu'ayb, al-Hakim dan Nu'aym ibn Hammad ; "Orang-orang akan menunaikan ibadah haji bersama-sama dan berkumpul tanpa seorang Imam. Orang-orang yang naik haji akan dilempari dan akan ada sebuah peperangan di Mina yang menyebabkan banyak orang terbunuh dan darah akan mengalir sampai Jumratul Aqabah."

Imam Mahdi tidak akan dibaiat sehinggalah umat manusia yang sedang mengerjakan haji dibunuh beramai-ramai oleh sekumpulan orang-orang yang sengaja mahu membunuh mereka. Kumpulan yang membunuh jemaah haji itu adalah dari kalangan orang-orang Syiah kerana hanya orang-orang Islam sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam kota suci Makkah. Disebutkan dalam hadis ini ada kabilah yang merampas - ia sekaligus menunjukkan bahawa mereka itu juga adalah orang-orang Islam, mereka masuk ke Makkah dengan tujuan zahirnya untuk mengerjakan haji, kemudian semasa di Mina mereka membunuh sebanyak mungkin jemaah haji. Selain membunuh jemaah haji, mereka juga cuba untuk merampas kuasa di Makkah, dengan tujuan dapat menguasainya dan sekali gus menghalang kemunculan Imam Mahdi yang sebenar (bukan dari kalangan mereka), yang kemunculannya sudah amat pasti saat itu.

Sementara, kitab Al-Muttaqi al-Hindi, Al-Burhan fi Alamat al-Mahdi Akhir al-Zaman pula menyebut : "Orang-orang akan menunaikan ibadah haji tanpa seorang imam yang memimpin mereka. Peperangan besar akan pecah ketika sampai ke Mina dan mereka dilempari seperti anjing dilempari dan suku-suku saling menyerang satu dengan lainnya. Perselisihan ini meluas sehingga kedua kaki terkubur di genangan darah."

Pada tahun 1979, sebuah pembantaian ketika musim haji yang sangat mirip dengan kenyataan di atas telah terjadi berhampiran. Menariknya, pembantaian ini terjadi pada permulaan period sepanjang tanda-tanda kemunculnya Imam Mahdi, iaitu hari pertama 1400 Hijriyah (21 November 1979). Hadits-hadits ini juga menyebut tentang pertumpahan darah dan pembantaian. Pembunuhan ke atas 30 orang sepanjang pertempuran antara tentera Arab Saudi dan penganut Syiah yang melakukan rusuhan selama tempoh itu secara tidak langsung telah memperkuat lagi kebenaran hadits ini.

Jika dilihat dari sudut sejarah, keganasan penganut Syiah pada musim haji adalah perkara yang biasa kerana :

1. Pada musim haji tahun 1979, Khomeini telah mengarahkan kaum kuffar Rafidah - menyamar sebagai kaum muslimin pergi menunaikan haji. Mereka lalu mengadakan rusuhan serta mencemarkan perkuburan Baqi’ (tanah perkuburan para Sahabat Rasulullah SAW).

2. Pada Februari 2009, kaum Rafidah yang menetap di Arab Saudi telah mengadakan rusuhan di Masjid Nabawi dan sekali lagi menceroboh perkuburan Baqi’ serta memijak-mijak kubur para Sahabat Rasulullah SAW.

3. Bukti lain keganasan puak Syiah juga boleh dilihat pada kubah Masjid Nabawi yang mana hingga kini masih kekal jasad seorang penganut Syiah yang cuba mencuri jasad Rasulullah SAW.

Dan ingatlah bahawa telah dinyatakan di dalam hadith, salah satu peperangan yang akan dilalui oleh Imam Mahdi adalah perang menentang Parsi iaitu bumi Iran kini:

"Kalian perangi jazirah Arab dan Allah beri kalian kemenangan. Kemudian Persia (Iran), dan Allah beri kalian kemenangan. Kemudian kalian perangi Rum, dan Allah beri kalian kemenangan. Kemudian kalian perangi Dajjal, dan Allah beri kalian kemenangan."

2. Tempat Imam Mahdi Dibai'ah

Menurut Syeikh Nu'aim bin Hammad (guru Imam Bukhari) dalam himpunan atsar akhir zaman, orang yang akan membai'ahnya bukanlah daripada kalangan orang awam, bahkan terdiri daripada kalangan ulama soleh, para kekasih dan aulia Allah SWT yang didorong mencari Imam Mahdi.Kerja mencari Imam Mahdi bukan kerja kita. Ia adalah kerja orang pilihan Allah SWT. Mereka yang dipilih Allah SWT itu mestilah dikalangan orang soleh dan para kekasih Allah SWT kerana hanya mereka sahaja yang nampak ciri-ciri sebenar Imam Mahdi. Melalui ilmu yang dikurniakan oleh Allah SWT, mereka akan dapat mengecam pemuda yang bakal menjadi Imam Mahdi itu.

Oleh kerana akhlak Imam Mahdi menyerupai akhlak Rasulullah SAW maka para kekasih dan aulia Allah SWT adalah mereka yang layak berada disamping pembaiatannya. mereka bukan sahaja faqih, alim, soleh dan aulia Allah SWT, bahkan mencintai Nabi Muhammad SAW. Mereka pernah dan sudah melihat akhlak Nabi SAW di dalam mimpi-mimpi mereka, kerana melihat nabi di dalam mimpi adalah benar.

Kehadiran ulama soleh, para kekasih dan aulia Allah SWT di Bait Allah SWT (Kaabah) pada saat itu atas dorongan yang tidak dapat dihuraikan. Ia seperti kisah tujuh pemuda Ashabul Kahfi yang berhimpun lari dari kekejaman Raja Diqiyanus - mereka berhimpun di tempat yang sama, padahal dikalangan mereka tidak mengenali antara satu sama lain tetapi mempunyai tujuan sama.

Di dalam Musnad Imam Ahmad, beliau mengeluarkan sebuah hadith daripada Abu Qatadah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda :

"Diberikan bai'ah kepada seorang lelaki di tempat antara rukun (Hajar al-Aswad) dan maqam (Maqam Ibrahim) dan tidak ada yang menduduki Bait Allah (pada masa itu) kecuali yang berhak melakukannya."

Daripada Ummu Salamah, diriwayatkan secara marfu' :

"Akan terjadi perbezaan pendapat ketika wafatnya seorang khalifah. Kemudian salah seorang lelaki penduduk Madinah pergi keluar menuju Makkah. Penduduk Makkah menemuinya, memintanya keluar dari rumah, padahal ia tidak menyukainya. Kemudian mereka membai'ah lelaki itu di antara rukun (Hajar al-Aswad) dan maqam (Maqam Ibrahim). Kemudian datanglah satu pasukan dari Syam untuk memeranginya. Pasukan itu diserang di padang pasir yang tandus, yang terletak di antara Makkah dan Madinah. Ketika orang-orang soleh Syam dan sekelompok orang Iraq mengetahui itu, mereka mendatangi lelaki tersebut dan membai'ahnya (di antara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim). Saat itu muncul seorang lelaki Quraisy yang memiliki garis keturunan daripada pihak ibu Bani Kilab. Lalu lelaki Quraisy itu mengirimkan pasukan untuk memerangi orang-orang yang membai'ah tadi berhasil mengalahkan pasukan yang dikirim lelaki Quraisy itu. Pasukan lelaki Quraisy tersebut bagaikan anjing. Merugilah orang-orang yang tidak menyaksikan rampasan perang Bani Kilab itu. Kemudian lelaki itu membahagikan harta itu. Dia menerapkan sunnah Nabi SAW sehingga Islam menjadi terhormat di muka bumi ini. Lelaki itu (al-Mahdi) memerintah selama tujuh tahun, kemudian wafat dan kaum Muslimin mensolatkannya."

Hadith di atas boleh menjadi SATU BUKTI YANG AKAN MENSAHIHKAN bahawa individu yang dibai'at itu adalah Imam Mahdi yang sebenar-benarnya.

3. Pasukan Khas Mencari Dan Membunuh Imam Mahdi Dimusnahkan Oleh Allah SWT

Bukti lain yang mensahihkan pembai'atan Al-Mahdi adalah sabda Nabi Muhammad SAW - akan ada bukti pertolongan Allah SWT yang akan dihebahkan ke seluruh pelusuk dunia iaitu tentera yang mahu menghancurkan Imam Mahdi akan ditenggelamkan di Baida'.

Daripada Syyidah Aisyah Ummul Mu'minin r.a telah berkata :

"Pada suatu ari tubuh Rasulullah SAW bergetar di dalam tidurnya. Lalu aku bertanya; "Mengapa engkau berkeadaan sesuatu yang belum pernah engkau lakukan sebelumnya wahai Rasulullah?" Rasulullah SAW menjawap; "Akan terjadi suatu keanehan iaitu sekelompok orang daripada umatku akan berangkat menuju Bait Allah (rumah Allah) untuk memburu seorang lelaki Quraisy yang sedang mengunjungi Kaabah. Sehingga apabila orang-orang tersebut telah sampai di sebuah padang pasir, maka mereka ditelan bumi." Kemudian aku bertanya; "Bukankah di jalan padang pasir itu terdapat bermacam-macam orang?" Baginda menjawap; "Benar, di antara mereka yang ditelan tersebut ada yang sengaja pergi untuk berperang dan ada pula yang dipaksa untuk berperang, serta ada pula orang yang sedang berada dalam suatu perjalanan, akan tetapi mereka dibinasa dalam satu waktu dan tempat yang sama. Sedangkan mereka berasal dari arah (niat) yang berbeza. Kemudian Allah akan membangkitkan mereka pada hari berbangkit (Kiamat-Hari Pengadilan), menurut niat masing-masing."

Dan ketika itu, sahihlah pemuda itu adalah Imam Mahdi yang dibantu oleh Allah SWT. Tenggelamnya tentera atau pasukan khas yang mahu membunuh Imam Mahdi akan disiarkan ke seluruh dunia melalui hebahan media massa terutamanya TV.

4. Munculnya Api Yang Membakar Hijjaz

Satu lagi tanda besar yang mengamit perhatian dan pengesahan bahawa Imam Mahdi telah zahir pada waktu itu ialah munculnya api besar yang membakar tanah Hijjaz. Kemunculan api ini memang ada disebutkan dalam hadith Nabi SAW. Namun api yang dinyatakan di atas bukanlah api yang muncul pada 654 M tetapi api yang akan muncul di akhir zaman seiring dengan kezahiran Imam Mahdi. Ia berdasarkan pendapat Ibnu Hajar Al-Asqalani yang berpendapat bahawa api itu akan terjadi dua kali. Yang pertama, pada abad ke-7 H (sepertimana yg disebut oleh kebanyakan ulama). Manakala yang kedua akan terjadi di akhir zaman nanti.

Sekadar catitan - Hujahan daripada buku Menyongsong Imam Mahdi : Sang Penakluk Dajjal yang dipetik daripada buku Fitnah dan Petaka Akhir Zaman : Detik Menuju Kehancuran Alam Semesta karya Abu Fatiah Al-Adnani, menyebut

...Pasukan besar yang bergerak dari segala penjuru Jazirah Arab itu, berikut yang datang dari sekitarnya, juga yang datang dari luar Jazirah Arab, selamanya tidak akan dapat menjejakkan kaki di Makkah al-Mukarramah. Sebab penghancuran menggerikan atas pasukan as-Sufyani dan bencana besar akan terjadi dalam bentuknya yang tidak pernah terbayangkan dalam fikiran manusia waima yang terpintar. Api akan menyala berkobar-kobar secara tiba-tiba di seluruh penjuru Jazirah Arab...(diringkaskan) adalah api Hijjaz yang diwartakan oleh Nabi SAW menerusi sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah "Kiamat tidak akan terjadi sampai muncul api dari tanah Hijjaz yang menerangi punuk-punuk unta di Bushra."

Menurut pendapat yang kuat, api ini bukanlah api yang menyala pada pertengahan abad ke-8 atau lebih tepat iaitu pada tahun 654 H. Imam An-Nawawi dalam Syarh Shahih Muslimnya mengatakan ; "Di zaman kami menyala api di Madinah pada 657 H. Api sangat besar itu muncul dari pinggir Madinah, di belakang Harrah. Berita tentangnya sampai ke Syam dan negeri-negeri lain secara berantai..." {19}

Ibn Katsir dan Al-Qurthubi menceritakan keadaan munculnya api ini dengan panjang lebar dalam kitab masing-masing, al-Bidayah wa al-Nihayah dan At-Tadzkirah. Dinyatakan juga bahawa api itu dapat dilihat dari Makkah dan pembukitan Bushra. Seorang lagi pemikir Muslim, Yusuf Abdullah al-Wabil, turut mengemukakan pendapat yang sama, bahawa api itu bukanlah api yang dimaksudkan dalam riwayat di atas.

Dalam pada itu, tanda-tanda yang disebut kemunculan bintang berekor, gerhana bulan dan matahari di dalam bulan Ramadhan, terjadinya pertumpahan darah dalam musim Haji, dan kewafatan Raja Haramain (Raja Arab Saudi) adalah tanda dekat kemunculannya.


Justeru, jika ada yang mengaku bahawa dia adalah Imam Mahdi atau sudah bertemu dengan Imam Mahdi, buat masa ini abaikan sahaja, dan berlapang dada dengan dakwaan seperti itu. Semoga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayah yang jelas kepada kita semua. Seperkara lagi yang perlu kita ingati adalah "Imam Mahdi sendiri tidak akan mengetahui bahawa dirinyalah Al-Mahdi yang dinanti-nantikan." Dan ketika umat Islam ingin membai'ahnya, 'dia' tidak akan menyukainya. Hal ini telah dinyatakan dengan jelas di dalam hadith-hadith yang telahpun kita bincangkan.

KHILAFAH ISLAMIYAH DAN ALAM MELAYU “SEJARAH YANG DISEMBUNYIKAN”

PENGAKUAN ALAM MELAYU TERHADAP KHILAFAH ISLAMIYAH


Pengaruh Khalifah terhadap kehidupan politik alam Melayu sudah terasa sejak masa-masa awal berdirinya Khilafah (Daulah Islamiyah). Kejayaan umat Islam mengalahkan Kerajaan Parsi (Iran) dan menduduki sebahagian besar wilayah Rom Timur, seperti Mesir, Syria, dan Palestina, di bawah kepemimpinan Umar bin al-Khattab telah menempatkan Daulah Islamiyah sebagai kuasa besar dunia sejak abad ke-7 M. Ketika Khilafah diperintah Bani Umayyah (660-749 M), pemerintah di Nusantara –yang masih beragama Hindu sekalipun – mengakui kebesaran Khilafah.


Pengakuan terhadap kebesaran Khalifah dibuktikan dengan adanya 2 pucuk surat yang dikirim oleh Maharaja Sriwijaya kepada Khalifah di zaman Bani Umayyah. Surat pertama dikirim kepada Muawiyyah, dan surat kedua dikirim kepada Umar bin Abdul Aziz. Surat pertama ditemui dalam sebuah diwan (arkib) Bani Umayyah oleh Abdul Malik bin Umayr yang disampaikan melalui Abu Ya’yub Ats-Tsaqofi, yang kemudian disampaikan melalui Al-Haytsam bin Adi. Al-Jahizh yang mendengar surat itu dari Al-Haytsam menceritakan pendahuluan surat itu sebagai berikut:


“Dari Raja Al-Hind yang kandang binatangnya berisikan seribu gajah, (dan) yang istananya dibuat dari emas dan perak, yang dilayani putri raja-raja, dan yang memiliki dua sungai besar yang mengairi pohon gaharu, kepada Muawiyah………”


Surat kedua didokumentasikan oleh Abd Rabbih (246-329 H/860-940 M) dalam karyanya Al-Iqd Al-Farid. Petikan surat tersebut adalah seperti berikut:


“Dari Raja di Raja…; yang adalah keturunan seribu raja … kepada Raja Arab (Umar bin Abdul Aziz) yang tidak menyekutukan tuhan-tuhan lain dengan Tuhan. Saya telah mengirimkan kepada Anda hadiah, yang sebenarnya merupakan hadiah yang tak begitu banyak, tetapi sekadar tanda persahabatan; dan saya ingin Anda mengirimkan kepada saya seseorang yang dapat mengajarkan Islam kepada saya, dan menjelaskan kepada saya hukum-hukumnya.”


Selain itu, Farooqi menemui sebuah arkib Utsmani yang mengandungi sebuah petisi dari Sultan Ala Al-Din Riayat Syah kepada Sultan Sulayman Al-Qanuni yang dibawa oleh Huseyn Effendi. Dalam surat ini, Aceh mengakui pemimpin Utsmani sebagai Khalifah Islam. Selain itu, surat ini juga mengandungi laporan tentang kegiatan askar Portugis yang menimbulkan masalah besar terhadap pedagang muslim dan jamaah haji dalam perjalanan ke Mekah. Oleh itu, bantuan Utsmani amat diperlukan untuk menyelamatkan kaum Muslim yang terus di serang oleh Farangi (Portugis) kafir.


Sulayman Al-Qanuni wafat pada tahun 974 H/1566 M tetapi permintaan Aceh mendapat sokongan Sultan Selim II (974-982 H/1566-1574 M), dengan mengeluarkan perintah kesultanan untuk menghantar sepasukan besar tentera ke Aceh. Sekitar September 975 H/1567 M, Laksamana Turki di Suez, Kurtoglu Hizir Reis, diperintahkan berlayar menuju Aceh dengan sejumlah pakar senjata, tentera dan meriam. Pasukan ini diperintahkan berada di Aceh selama mana yang diperlukan oleh Sultan. Namun dalam perjalanan, hanya sebahagian armada besar ini yang sampai ke Aceh kerana dialihkan untuk memadamkan pemberontakan di Yaman yang berakhir tahun 979 H/1571 M. Menurut catatan sejarah, pasukan Turki yang tiba di Aceh pada tahun 1566-1577 M sebanyak 500 orang, termasuk pakar senjata, penembak, dan pakar teknikal. Dengan bantuan ini, Aceh menyerang Portugis di Melaka pada tahun 1568 M.


Kehadiran armada tentera Kurtoglu Hizir Reis disambut dengan sukacita oleh umat Islam Aceh. Mereka disambut dengan upacara besar. Kurtoglu Hizir Reis kemudian digelar sebagai gabenor (wali) Aceh yang merupakan utusan rasmi khalifah yang ditempatkan di daerah tersebut. Ini menunjukkan bahawa hubungan Nusantara dengan Khilafah Utsmaniyah bukanlah hanya hubungan persaudaraan melainkan hubungan politik kenegaraan. Adanya wali Turki di Aceh lebih mengisyaratkan bahawa Aceh merupakan sebahagian dari Khilafah Islamiyah.


Banyak institusi politik melayu di Nusantara mendapatkan gelaran sultan dari pemerintah tertentu di Timur Tengah. Pada tahun 1048H/1638 M, pemimpin Banten, Abd al-Qodir (berkuasa 1037-1063H/1626-1651) dianugerahkan gelaran sultan oleh Syarif Mekah sebagai hasil dari misi khusus yang dikirim olehnya untuk tujuan itu ke Tanah Suci. Sementara itu, kesultanan Aceh terkenal mempunyai hubungan erat dengan pemerintah Turki Ustmani dan Haramain. Begitu juga Palembang (Sumatera) dan Makasar yang turut menjalin hubungan khusus dengan penguasa Mekah. Pada ketika itu, para penguasa Mekah merupakan sebahagian dari Khilafah Utsmaniyah yang berpusat di Turki.


Dari penggunaan istilah, kesultanan Islam di Nusantara sering mengaitkan dirinya dan tidak terpisah dari kekhalifahan. Beberapa kitab Jawi klasik mencatatkan perkara ini. Hikayat Raja-raja Pasai (hal. 58, 61-62, 64), misalnya, memanggil nama rasmi kesultanan Samudra Pasai sebagai “Samudera Dar al-Islam”. Istilah Dar al-Islam juga digunakan di dalam kitab Undang-undang Pahang untuk memanggil kesultanan Pahang. Nur al-Din al-Raniri, dalam Bustan al-Salatin (misalnya, pada hlm. 31, 32, 47), menyebut kesultanan Aceh sebagai Dar al-Salam. Istilah ini juga digunakan di Pattani ketika pemimpin setempat, Paya Tu Naqpa, masuk Islam dan mengambil nama Sultan Ismail Shah Zill Allah fi-Alam yang bertakhta di negeri Pattani Dar al-Salam (Hikayat Patani, 1970:75).


Dalam ilmu politik Islam klasik, dunia ini terbahagi dua, yaitu Dar al-Islam dan Dar al-Harb. Dar al-Islam merupakan daerah yang diterapkan hukum Islam dan keamanannya ada pada tangan kaum Muslim. Sedangkan Dar al-Harb adalah lawan dari kata Dar al-Islam. Penggunaan istilah “Dar al-Islam” atau “Dar al-Salam” menunjukkan bahwa para pemerintah Melayu menerima konsep geopolitik Islam tentang pembahagian dua wilayah dunia itu. Konsep geopolitik ini semakin jelas ketika bangsa-bangsa Eropah —dimulai oleh “bangsa Peringgi” (Portugis) yang kemudian disusul bangsa-bangsa Eropah lainnya, khususnya Belanda dan Inggris— mulai bermaharajalela di kawasan Lautan India dan Selat Melaka (Sulalat al-Salatin, 1979:244-246). Mereka melakukan penjajahan fizikal dan menyebarkan agama Kristian.


Khilafah Turki Uthmaniyah, seperti disebutkan oleh orientalis, Hurgronje (1994, halaman 1631), bersifat pro-aktif dalam memberikan perhatian kepada penderitaan kaum Muslim di Indonesia dengan cara membuka perwakilan pemerintahannya (konsulat) di Batavia pada akhir abad ke-19. Para kedutaan Turki berjanji kepada umat Islam yang ada di Batavia untuk memperjuangkan pembebasan hak-hak orang-orang Arab sederajat dengan orang-orang Eropah. Selain itu, Turki juga akan berusaha supaya seluruh kaum Muslim di Hindia Belanda bebas dari penindasan Belanda.


Lebih dari semua itu, Aceh banyak didatangi para ulama dari berbagai belahan dunia Islam lainnya. Syarif Mekah mengirim utusannya ke Aceh seorang ulama bernama Syekh Abdullah Kan’an sebagai guru dan muballigh. Sekitar tahun 1582, datang 2 orang ulama besar dari negeri Arab, yakni Syekh Abdul Khayr dan Syekh Muhammad Yamani. Di samping itu, di Aceh sendiri lahir sejumlah ulama besar, seperti Syamsuddin Al-Sumatrani dan Abdul Rauf al-Singkeli.


Abdul Rauf Singkel mendapat tawaran dari Sultan Aceh, Safiyat al-Din Shah menjadi Kadi dengan gelaran Qadi al-Malik al-Adil yang kosong kerana Nur al-Din Al-Raniri kembali ke Ranir (Gujarat). Setelah melakukan berbagai pertimbangan, Abdul Rauf menerima tawaran tersebut. Beliau menjadi qadi dengan sebutan Qadi al-Malik al-Adil. Abdul Rauf telah diminta oleh Sultan untuk menulis sebuah kitab sebagai rujukan (qaanun) penerapan syariat Islam. Buku tersebut kemudian diberi judul Mir’at al-Tullab.


Berbagai kenyataan sejarah tadi menegaskan adanya pengakuan dan hubungan erat antara Alam Melayu dengan Khilafah Uthmaniyah. Bahkan, bukan hanya hubungan persaudaraan atau persahabatan tetapi adalah hubungan ‘kesatuan’ sebahagian dari Khilafah Utsmaniyah (Dar al-Islam).



PENJAGA PERJALANAN HAJI NUSANTARA


Kedudukan Khilafah Uthmaniyah sebagai khilafah Islam, terutama setelah ‘futuhat’(pembukaan) ke atas Istanbul (Konstantinopel), ibunegeri Rom Timur, pada 857 H/1453 M, telah menyebabkan nama Turki melekat di hati umat Islam Nusantara. Nama yang terkenal bagi Turki di Nusantara ialah “Sultan Rum.” Istilah “Rum” tersebar sebagai sebutan kepada Kesultanan Turki Utsmani. Mulai ketika itu, kekuatan politik dan budaya Rum (Turki Utsmani) tersebar ke berbagai wilayah Dunia Muslim, termasuk ke alam Melayu.


Kekuatan politik dan ketenteraan Khilafah Utsmaniyah mulai terasa di kawasan lautan India pada awal abad ke-16. Sebagai khalifah kaum Muslim, Turki Utsmani memiliki kedudukan sebagai ‘khadimul haramayn’ (penjaga dua tanah haram, iaitu Mekah dan Madinah). Pada kedudukan ini, para Sultan Utsmani mengambil langkah-langkah khusus untuk menjamin keamanan bagi perjalanan haji. Seluruh laluan haji di wilayah kekuasaan Utsmani ditempatkan di bawah kawalannya. Rombongan haji dapat menuju Mekah tanpa halangan atau rasa takut menghadapi gangguan Portugis. Pada 954 H/1538 M, Sultan Sulayman I (berkuasa 928 H/1520-1566 M) mengirimkan armada yang kuat di bawah Gabenor Mesir, Khadim Sulayman Pasya, untuk membebaskan semua pelabuhan yang dikuasai Portugis untuk mengamankan perjalanan haji ke Jeddah.


Khilafah Uthmaniyah juga mengamankan laluan jamaah haji dari wilayah sebelah Barat Sumatera dengan menempatkan angkatan lautnya di Samudera Hindia. Kehadiran angkatan laut Utsmani di Lautan Hindia pada 904 H/1498 M tidak hanya mengamankan perjalanan haji bagi umat Islam Nusantara, tetapi juga mengakibatkan semakin besarnya penglibatan Turki dalam perdagangan di kawasan ini. Ini memberi sumbangan penting bagi pertumbuhan kegiatan ekonomi sebagai kesan sampingan perjalanan ibadah haji. Pada saat yang sama Portugis juga meningkatkan kehadiran armadanya di Lautan India, tapi angkatan laut Utsmani mampu menegakkan kekuatannya di kawasan Teluk Parsi, Laut Merah, dan Lautan India sepanjang abad ke-16.


Berkaitan dengan mengamankan laluan haji, Selman Reis (936H/1528M), laksamana Khilafah Uthmaniyah di Laut Merah, terus memantau pergerakan Portugis di Lautan Hindia, dan melaporkannya ke pusat pemerintahan di Istanbul. Salah satu bunyi laporan yang dikutip Obazan ialah seperti berikut:


“(Portugis) juga menguasai pelabuhan (Pasai) di pulau besar yang disebut Syamatirah (Sumatera)… Dikatakan, mereka mempunyai 200 orang kafir di sana (Pasai). Dengan 200 orang kafir, mereka juga menguasai pelabuhan Melaka yang berhadapan dengan Sumatera…. Oleh itu, ketika kapal-kapal kita sudah siap dan, insyaAllah, bergerak melawan mereka, maka kehancuran menyeluruh mereka tidak dapat dielakkan lagi, kerana satu benteng tidak boleh menyokong yang lain, dan mereka tidak dapat membentuk penentangan yang bersepadu.”


Laporan ini memang cukup beralasan, kerana pada tahun 941 H/1534 M, sebuah skuadron Portugis yang diketuai oleh Diego da Silveira menghadang beberapa kapal dari Gujarat dan Aceh melalui Selat Bab el-Mandeb di Muara Laut Merah.



BENTUK-BENTUK HUBUNGAN


Portugis meluaskan pengaruhnya bukan hanya ke Timur Tengah tetapi juga ke Samudera India. Raja Portugis Emanuel I secara terang-terangan menyampaikan tujuan utama ekspedisi tersebut dengan mengatakan, “Sesungguhnya tujuan dari pencarian jalan laut ke India adalah untuk menyebarkan agama Kristian, dan merampas kekayaan orang-orang Timur”. Khilafah Uthmaniyah tidak berdiam diri. Pada tahun 925H/1519 M, Portugis di Melaka digemparkan oleh berita tentang penghantaran armada ‘Utsmani’ untuk membebaskan Muslim Melaka dari penjajahan kafir. Khabar ini tentu saja sangat menggembirakan umat Islam setempat.


Ketika Sultan Ala Al-Din Riayat Syah Al-Qahhar naik takhta di Aceh pada tahun 943 H/1537 M, ia menyedari keperluan Aceh untuk meminta bantuan ketenteraan dari Turki. Bukan hanya untuk mengusir Portugis di Melaka, tetapi juga untuk menakluk wilayah lain, khususnya daerah pedalaman Sumatera, seperti daerah Batak. Al-Kahar menggunakan pasukan Turki, Arab dan Habsyah. Pasukan Khilafah 160 orang dan 200 orang askar dari Malabar, membentuk kelompok elit angkatan bersenjata Aceh. Al-Kahhar selanjutnya mengerahkan untuk menakluk wilayah Batak di pedalaman Sumatera pada 946 H/1539 M. Mendez Pinto, yang mengamati perang antara pasukan Aceh dengan Batak, melaporkan kembalinya armada Aceh di bawah komando seorang Turki bernama Hamid Khan, anak saudara Pasya Utsmani di Kaherah.


Seorang sejarawan Universiti Kebangsaan Malaysia, Lukman Taib, mengakui adanya bantuan Khilafah Uthmaniyah dalam penaklukan terhadap wilayah sekitar Aceh. Menurut Taib, perkara ini merupakan ungkapan perpaduan umat Islam yang memungkinkan Khilafah Uthmaniyah melakukan serangan langsung terhadap wilayah sekitar Aceh. Bahkan, Khilafah mendirikan akademi tentera di Aceh bernama ‘Askeri Beytul Mukaddes’ yang diubah menjadi ‘Askar Baitul Maqdis’ yang lebih sesuai dengan loghat Aceh. Maktab ketenteraan ini merupakan pusat yang melahirkan pahlawan dalam sejarah Aceh dan Indonesia. Demikianlah, hubungan Aceh dengan Khilafah yang sangat akrab. Aceh merupakan sebahagian dari wilayah Khilafah. Persoalan umat Islam Aceh dianggap Khilafah sebagai persoalan dalam negeri yang mesti segera diselesaikan.


Nur Al-Din Al-Raniri dalam Bustan Al-Salathin meriwayatkan, Sultan Ala Al-Din Riayat Syah Al-Qahhar mengirim utusan ke Istanbul untuk mengadap Khalifah. Utusan ini bernama Huseyn Effendi yang fasih berbahasa Arab. Ia datang ke Turki setelah menunaikan ibadah haji. Pada Jun 1562 M, utusan Aceh itu tiba di Istanbul untuk meminta bantuan ketenteraan Uthmaniyah untuk menghadapi Portugis. Duta itu dapat mengelak dari serangan Portugis dan sampai di Istanbul, ia mendapat bantuan Khilafah, dan menolong Aceh membangkitkan askarnya sehingga dapat menakluk Aru dan Johor pada 973 H/1564 M.


Hubungan Aceh dengan Khilafah terus berlanjutan, terutama untuk menjaga keamanan Aceh dari serangan Portugis. Menurut seorang penulis Aceh, pengganti Al-Qahhar Ke2 iaitu Sultan Mansyur Syah (985-998 H/1577-1588 M) memperbaharui hubungan politik dan ketenteraan dengan Khilafah. Hal ini disahkan oleh sumber sejarah Portugis. Uskup Jorge de Lemos, setiausaha Raja Muda Portugis di Goa, pada tahun 993 H/1585 M, melaporkan kepada Lisbon bahawa Aceh telah kembali berhubungan dengan Khalifah Utsmani untuk mendapatkan bantuan ketenteraan untuk melancarkan peperangan baru terhadap Portugis. Pemerintah Aceh berikutnya, Sultan Ala Al-Din Riayat Syah (988-1013 H/1588-1604 M) juga dilaporkan telah melanjutkan lagi hubungan politik dengan Turki. Bahkan, Khilafah Uthmaniyah dikatakan telah mengirim sebuah bintang kehormat kepada Sultan Aceh, dan mengizinkan kapal-kapal Aceh untuk mengibarkan bendera Khilafah.


Hubungan akrab antara Acheh dan Khilafah Othmaniah telah berperanan mempertahankan kemerdekaannya selama lebih 300 tahun. Kapal-kapal atau perahu yang digunakan Aceh dalam setiap peperangan terdiri dari kapal kecil yang laju dan kapal-kapal besar. Kapal-kapal besar atau tongkang yang mengarungi lautan hingga Jeddah berasal dari Turki, India, dan Gujerat. Dua daerah ini merupakan wilayah Khilafah Uthmaniyah. Menurut Court, kapal-kapal ini cukup besar, berukuran 500 sampai 2000 tan. Kapal-kapal besar dari Turki dilengkapi meriam dan senjata lain digunakan Aceh untuk menyerang penjajah Eropah yang mengganggu wilayah-wilayah muslim di Nusantara. Aceh tampil sebagai kekuatan besar yang amat ditakuti Portugis kerana diperkuat oleh pakar senjata dari Turki sebagai bantuan Khilafah kepada Aceh.


Menurut sumber Aceh, Sultan Iskandar Muda (1016-1046 H/1607-1636 M) mengirimkan armada kecil yang terdiri dari tiga buah kapal. Ia tiba di Istanbul setelah belayar dua setengah tahun melalui Tanjung Harapan. Ketika misi ini mereka kembali ke Aceh dengan bantuan senjata, pakar tentera, dan sepucuk surat tentang persahabatan Uthmani dan hubungannya dengan Aceh. 12 pakar tentera itu dipanggil sebagai pahlawan di Aceh. Mereka juga dikatakan begitu ahli sehingga mampu membantu Sultan Iskandar Muda, tidak hanya dalam membina benteng yang kukuh di Banda Aceh, tetapi juga untuk membina istana kesultanan.


Kesan kejayaan Khilafah Utsmaniyah menghalang Portugis di Lautan Hindi tersebut amat besar. Diantaranya mampu mempertahankan tempat-tempat suci dan jalan-jalan untuk menunaikan haji; kesinambungan pertukaran barang-barang India dengan pedagang Eropah di pasar Aleppo (Syria), Kaherah, dan Istanbul; serta kesinambungan laluan perdagangan antara India dan Indonesia dengan Timur Jauh melalui Teluk Arab dan Laut Merah.


Hubungan beberapa kesultanan di Nusantara dengan Khilafah Uthmaniyah yang berpusat di Turki nampak jelas. Misalnya, Islam masuk Buton (Sulawesi Selatan) abad 16M. Silsilah Raja-Raja Buton menunjukkan bahawa setelah masuk Islam, Lakilaponto dilantik menjadi ‘sultan’ dengan gelar Qaim ad-Din (penegak agama) yang dilantik oleh Syekh Abd al-Wahid dari Mekah. Sejak itu, dia dikenali sebagai Sultan Marhum dan semenjak itu juga nama sultan disebut dalam khutbah Jumaat. Menurut sumber setempat, penggunaan gelaran ‘sultan’ ini berlaku setelah dipersetujui Khilafah Uthmaniyah (ada juga yang mengatakan dari penguasa Mekah). Syeikh Wahid mengirim khabar kepada Khalifah di Turki. Realiti ini menunjukkan Mekah berada dalam kepemimpinan Khilafah, dan Buton memiliki hubungan ‘struktur’ secara tidak kuat dengan Khilafah Turki Utsmani melalui perantaraan Syekh Wahid dari Mekah.


Sementara itu, di wilayah Sumatera Barat, Pemerintah Alam Minangkabau yang memanggil dirinya sebagai “Aour Allum Maharaja Diraja” dipercayai adalah adik lelaki sultan Ruhum (Rum). Orang Minangkabau percaya bahawa pemerintah pertama mereka adalah keturunan Khalifah Rum (Utsmani) yang ditugaskan untuk menjadi Syarif di wilayah tersebut. Ini memberikan maklumat bahawa kesultanan tersebut memiliki hubungan dengan Khilafah Uthmaniyah.


Di samping adanya hubungan langsung dengan Khilafah Uthmaniyah, ada beberapa kesultanan yang berhubungan secara tidak langsung, misalnya kesultanan Ternate. Pada tahun 1570an, ketika perang Soya-soya melawan Portugis, Sultan Ternate, Baabullah, dibantu oleh para sangaji dari Nusa Tenggara yang terkenal dengan armada perahu dan Demak dengan askar Jawa. Begitu juga Aceh dengan armada laut yang perkasa dan kekuatan 30,000 buah kapal perang telah menyekat pelabuhan Sumatera dan menyekat pengiriman bahan makanan dan peluru Portugis melalui India dan Selat Melaka. Musuh Ternate adalah musuh Demak.


Berdasarkan beberapa hakikat ini jelas bahawa kesultanan Islam di Nusantara memiliki hubungan dengan Khilafah Utsmaniyah. Bentuk hubungan tersebut berbentuk perdagangan, ketenteraan, politik, dakwah, dan kekuasaan.


SAMBUTAN (Reaksi – Fikrul) UMAT ISLAM DI ALAM MELAYU TERHADAP PENYATUAN UMAT


Semasa Khilafah Islamiyah dalam kesusahan, di mana beberapa wilayahnya mula diduduki oleh penjajah, muncul usaha untuk mengukuhkan kesatuan Islam yang diterajui oleh Sultan Abdul Hamid II. Beliau mengatakan, “Kita wajib menguatkan ikatan kita dengan kaum Muslim di belahan bumi yang lain. Kita wajib saling mendekati dalam ikatan yang amat kuat. Sebab, tidak ada harapan lagi di masa depan kecuali dengan kesatuan ini.” Inilah gagasan yang dikenali sebagai Pan-Islamisme. Usaha menguatkan kesatuan Islam sampai ke Nusantara.


Snouck Hourgronje, penasihat Belanda, sentiasa memberikan maklumat kepada pemerintah Hindia Belanda bahawa ada usaha gerakan Pan-Islamisme untuk memujuk raja-raja dan pembesar-pembesar Hindia Belanda (kaum Muslim) untuk datang ke Istana Sultan Abdul Hamid II di Istanbul. Tujuan jangka pendek yang ingin dicapai di Batavia, mengikut ulasan Snouck, adalah untuk mendapatkan persamaan kedudukan orang-orang Arab dan kemudian untuk semua orang Islam sederajat dengan orang-orang Eropah. Jika tujuan ini sudah tercapai maka orang-orang Islam tidak lagi sukar mendapat kedudukan yang lebih tinggi dari orang Eropah, bahkan boleh mengalahkan mereka sama sekali. Pemerintah Hindia Belanda amat risau bila kaum Muslim tahu bahawa Sultan Abdul Hamid II menyediakan biasiswa untuk pemuda Islam. Atas pembiayaan Sultan Abdul Hamid II, mereka masuk ke sekolah-sekolah yang tinggi untuk menerima pendidikan ilmiah dan mendapat kesedaran yang mendalam tentang kelebihan setiap muslim atas orang-orang kafir. Kesedaran dan kehinaan yang mendalam yang tidak harus mereka terima dan membiarkan diri mereka diperintah oleh orang kafir. Jika mereka telah menyelesaikan pelajaran dan telah menamatkan ibadah haji ke Mekah, mereka diharapkan dapat berperanan mengembangkan pemikiran Islam di daerah mereka.


Usaha pengukuhan kesatuan ini terus dilakukan. Pada tahun 1904 telah ada 7 hingga 8 konsul (utusan) telah ditempatkan Khilafah Utsmaniyah di Hindia Belanda. Diantara kegiatan para duta ini adalah mengedar mushaf al-Quran atas nama sultan, dan karya-karya teologi Islam dalam bahasa Melayu yang dicetak di Istanbul. Di antara kitab tersebut adalah tafsir al-Quran yang di halaman judulnya menyebut “Sultan Turki Raja semua orang Islam”. Istilah Raja di sini sebenarnya adalah kata al-Malik yang bererti pemimpin, dan semua orang Islam mengantikan istilah Muslimin. Jadi, sebutan tersebut menunjukkan pengisytiharan Khalifah bahawa beliau adalah pemerintah umat Islam sedunia. Hal ini menunjukkan bahawa khilafah Uthmaniyah terus berusaha untuk menyatukan kesultanan Melayu ke dalamnya, termasuk melalui penyebaran al-Quran.


Sebagai tindakbalas terhadap gerakan penyatuan Islam oleh Khilafah Uthmaniyah ini, terdapat beberapa pertubuhan pergerakan Islam di Alam Melayu yang mendokong gerakan tersebut di Hindia Belanda. Abu Bakar Atjeh menyebutkan di antara pertubuhan itu adalah Jam’iyat Khoir yang didirikan pada 17 Julai 1905 oleh keturunan Arab. Karangan-karangan pergerakan Islam ini di Nusantara dimuatkan dalam akhbar dan majalah di Istanbul, di antaranya majalah Al-Manar. Khalifah Abdul Hamid II di Istanbul pernah mengirim utusannya ke Indonesia, Ahmed Amin Bey, atas permintaan dari kumpulan tersebut untuk mengkaji keadaan umat Islam di Indonesia. Akibatnya, pemerintah penjajah Hindia Belanda melarang orang-orang Arab mengunjungi beberapa daerah tertentu.


Pertubuhan pergerakan Islam lain yang muncul sebagai sambutan positif terhadap penyatuan ini adalah Sarikat Islam. Bendera Khilafah Uthmaniyah dikibarkan pada Kongres Nasional Sarikat Islam di Bandung pada tahun 1916, sebagai simbol perpaduan sesama muslim dan penentangan terhadap penjajahan. Ketika itu, salah satu usaha yang dilakukan Khilafah Uthmaniyah adalah menyebarkan seruan jihad dengan atasnama khalifah kepada segenap umat Islam, termasuk Indonesia, yang dikenal sebagai Jawa. Di antara seruan tersebut adalah:


“Wahai saudara seiman, perhatikanlah berapa negara lain menjajah dunia Islam. India yang luas dan berpenduduk 100 juta muslim dijajah oleh sekelompok kecil musuh dari orang-orang kafir Inggeris. 40 juta muslim Jawa dijajah oleh Belanda. Maghribi, Algeria, Tunisa, Mesir dan Sudan menderita dibawah cengkaman musuh Tuhan dan RasulNya. Juga Kuzestan, berada di bawah tekanan penjajah musuh iman. Parsi dipecah-belah. Bahkan takhta khilafah pun, oleh musuh-musuh Tuhan selalu ditentang dengan segala macam cara”.


Hakikat ini memberikan gambaran bagaimana Khilafah Uthmaniyah member dokongan dan bantuan kepada kaum Muslim Indonesia serta memandangnya sebagai satu tubuh, bahkan menyeru untuk membebaskan diri dari penjajah musuh iman. Dalam hal ini kaum Muslim memberikan sambutan positif terhadap usaha pengukuhan kesatuan umat Islam sedunia tersebut.

[Dr. Sallehuddin Ibrahim, Ikatan Intelektual Nusantara, [IKIN]

Misteri : Ape yang Sebenar Terjadi pada Malam Kejatuhan Melaka??

1/3 sejarah melayu ditulis pada zaman kesultana melaka, 1/3 lagi masa di Johor lama and 1/3 lagi mase zaman Tun Seri Lanang.. 100 tahun selepas kejatuhan Melaka.

ada 3 rekod yg diketahui mengisahkan kejatuhan melaka: sila rujuk gambar...

1. Official rekod dari portuguese : Jatuh lepas berperang 15 hari 14 malam
2. Sejarah Melayu : Jatuh lepas berperang 3 hari and 2 malam
3. *Unknown chronicler : Jatuh lepas beperang 3 hari and 2 malam (similar dgn sejarah melayu)

*dikesan di library portugal, ditulis pada 1518, 7 tahun lepas kejatuhan melaka.. mungkin ditulis oleh askar portugis.. and translation dia oleh Royal Asiatic Society tahun 1902, reprinted 1911.:



Page ni plak mengisahkan.. kapal portugis cuba mendarat.. tapi.. tak boleh sebab askar melayu pakai meriam/senapang.. Sila tujuk gambar...

last2 dAlbuquerque berjaya mendarat > orang melayu mengamuk >Raja Alaudin charging dia punya gajah > 60 orang portugis mati >defense melayu bocor > portugis mara ke Masjid dipuncak bukit (St. Paul Church sekarang adalah bekas masjid) dan Istana raja Melaka >orang2 Melayu serang balik > portugis berundur ke kapal mereka, and banyak mati (Hari Pertama)

(Hari Kedua) Portugis mendarat semula, tetapi dihalang 700 askar Melayu dibawah Raja Alaudin,.. ramai Portugis mati > tapi askar Melayu berundur ke tapak2 kedai yg terbakar dikota melaka > Raja Alaudin menyerang lagi > Kemudian berundur semula

Laksamana Hang Nadim menyerang melalui sungai dari arah belakang tentera portugis > and portugis berundur semula ke kapal mereka

(Hari ketiga) ni yang pelik sikit ni



Portugis mendarat lagi skali... tapi pelik.. semua tentera sultan tiada..

Sekarang.. lihat catatan2 ni: Sila rujuk gambar...

- portugis gagal mendarat, and gagal secure holding position.. semua retreat balik pegi kapal mereka
- portugis berjaya membakar masjid dan istana.. tapi gagal mendudukinya
- portugis hanya berjaya maju dikawasan bandar dan perlabuhan melaka.. tidak sampai ke bukit cina
- askar melayu menang perang.. tapi mereka berundur??????

kenapa??? ape yang sebenarnya terjadi pada malam itu??

Kenapa askar2 Melayu berundur sedangkan askar2 Melayu dapat mengalahkan tentera Portugis?

Tuesday, March 13, 2012

Bunyi sebenar Jantung

Para saintis telah
Membuktikan bahawa,
Suara yang
datang daripada
denyutan jantung adalah
"Lub Dub"
Tetapi Kini mereka
Dianalisis bahawa, Ia adalah
'Rub Dub Dub' adalah Bahasa Arab
perkataan yang bermaksud
1 yang buat satu sama
dan Segala yang berkaitan dengan
Alam Semesta, Dan
yang mempunyai
perintah dalam
Segala-galanya.
Itu adalah "Allah"
Jadi ia bermakna Tiap-tiap
Degupan jantung berkata:
"Allah

Hadis Nabi


Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

“Tujuh golongan, Allah akan menaungi mereka pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya :

Pertama : Imam (pemimpin) yang adil.

Kedua : Pemuda yang membesar dengan beribadah kepada Allah.

Ketiga : Insan yang hatinya terpaut dengan mesjid.

Keempat : Dua insan yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah.

Kelima : Insan yang di ajak (di goda) oleh wanita yang berpangkat dan cantik, lalu ia berkata : ‘Sesungguhnya aku takutkan Allah’

Keenam : Insan yang bersedekah dengan cara yang tersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang di belanjakan oleh tangan kanannya.

Ketujuh : Insan yang mengingati Allah secara bersunyian lalu menitiskan air matanya."

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

AL-KISAH ULAMA DAN PRAMUGARI

Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu. Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke singki (washing basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.

Peramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki. Ini tempat basuh muka bukan basuh kaki.

Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri...) Berapa kalisaudari mencuci muka saudari dalam satu hari?

Peramugari: (dengan sifat angkuh...) Kebiasaannya sekali atau dua
kali dalam sehari.

Ulamak: (dengan sifat bersahaja....) Saya mencuci kaki saya lima
kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.....

SOLAT SUNAT DHUHA

Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).

Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.

Cara melakukan solat Dhuha:

a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya: ” sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.

b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam

c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha

d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa

maksudnya;

“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Kelebihan:

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى

” Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat.” (HR Ahmad, Muslim dan Daud)