Followers

Friday, October 5, 2012

Fitnah Pas: Isu Rumah Perak di Batu Feringghi, Pulau Pinang

Dalam Harakahdaily isu ini di war warkan oleh Pas seolah olah Menteri Besar Perak telah menjual aset negeri kepada kroni beliau. Beberapa persoalan ditimbulkan oleh Salman Salleh iaitu budak suruhan kepada Nizar Jamaludin, bertujuan untuk menyerang Datuk Seri Zambry.

Antara cubaan fitnahnya yang berbentuk soalan itu, ada dituliskan dibawah beserta jawapan balas atas perkara yang sebenarnya.

1.Adakah benar rumah perak dijual kepada orang Datuk Seri Zambry?

Jawapan: Tidak. Rumah perak tidak dijual tetapi sebaliknya sebuah syarikat yang bernama Al Creative Developers sdn bhd diberi hak untuk mengurus rumah perak selama 30 tahun.

2.Kenapa kerajaan negeri menjual rumah perak dan apakah rasionalnya.
3.Adakah kerajaan negeri Perak menghadapi masalah kewangan sehingga terpaksa menjual aset?
4.Adakah kerajaan negeri sudah membeli rumah baru untuk menggantikan rumah yg telah dijual?

Jawapannya tetap sama iaitu rumah perak tidak pernah dijual pun...

Bagi soalan soalan yang nampak banyak yg diutarakan oleh budak nizar itu boleh dijawab dengan hanya satu jawapan sahaja. Ini kerana semua soalan soalan salman berbeza ayatnya tetapi menumpukan kepada penjelasan yg sama dan lebih kepada mahu memburukkan Datuk Seri Zambry, iaitu rumah tersebut telah dijual. Walhal rumah itu tidak pernah dijual pun.

Semua soalan bodoh dan berunsur fitnah yang diutarakan oleh si salman budak Nizar perlu dijawab secara lebih detail, takut budak si nizar tu tak faham lak.....

Rumah Perak tidak dijual tetapi di berikan hak mengurus kepada syarikat Al Creative Developers sdn bhd. Dan rasionalnya kenapa aset itu di beri hak mengurus kepada syarikat berkenaan ialah kerana Rumah Perak yg berada di Batu Feringghi itu hanyalah sebuah rumah lama yang hanya boleh disewa oleh kakitangan kerajaan negeri perak dengan sewaan sebanyak rm50 sehari. Rasionalnya tiada keuntungan langsung kepada kerajaan negeri sekiranya cara ini diteruskan kerana maintainance rumah dan kawasan sekitarnya pun tidak boleh ditanggung oleh hasil sewaan itu.

Manakala sekiranya hak mengurus diberi kepada syarikat yang disebutkan tadi maka pendapatan kerajaan negeri semakin bertambah dan hak milik rumah serta tanah masih lagi menjadi hak milik kerajaan negeri Perak.

Ini adalah kerana berdasarkan perjanjian berikut diantara pemilik tanah rumah perak iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) dan Syarikat Al Creative Developers sdn bhd.

1.Perjanjian pembangunan berdasarkan kepada BOT ( Build - Operate - Transfer ) dimana pemaju akan diberikan konsesi selama 30 tahun untuk mengurus Rumah Perak.

2.Pemaju dibenarkan membina sebuah Hotel bertaraf 3 bintang setinggi 6 tingkat ditapak tanah rumah perak dengan syarat Rumah Perak sediada tidak dirobohkan. Dan hotel tersebut akan menjadi hak milik kerajaan negeri perak sepenuhnya selepas 30 tahun apabila tamat perjanjian.

3.Pemaju tidak dibenarkan mencagar tanah kepada mana mana pihak.

4.Pemaju juga perlu membayar kepada SSI untuk 30 tahun perjanjian itu dengan 3 fasa.

a. Fasa pertama ialah untuk 10 tahun pertama pemaju perlu membayar sebanyak RM190,000 setahun.
b.Fasa kedua ialah untuk 10 tahun kedua sebanyak RM194,500 setahun
c.Fasa ketiga iaitu 10 tahun ketiga pemaju perlu membayar sebanyak RM199,225.

5.Setelah hotel tersebut disiapkan, kakikatangan kerajaan negeri Perak tetap boleh menyewa bilik hotel tersebut dengan harga RM50. Dan lima bilik disediakan khas untuk kakitangan kerajaan negeri perak sahaja.

Status pembangunan semasa masih lagi menunggu kelulusan dari One Stop Centre (OSC) MPPP.

Di sini kami pula ingin mendapat penjelasan daripada Ketua Menteri Pulau Pinang, adakah Lim akan membiarkan pembangunan ini dijalankan atau akan cuba mensabotaj projek ini atas dasar politik milage?

Kepada Salman Budak suruhan Nizar kami juga ingin memberi sedikit pandangan agar jangan memfitnah dengan menggunakan "ayat ayat berbentuk soalan" atau "ayat ayat yg kononnya meminta penjelasan "dan ayat ayat yang seumpamanya. Jadilah seorang muslim sejati kerana parti anda ada tertulis Islam. Buat malu islam je........

Sebab tu la jangan ikut sangat kerenah Nga n Ngeh... Kan dah jadi Ngok....
Buat kata orang bijak pandai, kalau ada otak bodoh tu jangan la di bawa berjalan, tinggalkan bodoh tu dirumah. Bawak otak yg bijak je berjalan... Kalau bodoh tak nyusahkan orang takper, ni bodoh tak boleh diajar sebab kerjanya nak fitnah orang jer.... Kononnya macam orang bijak le bila tuduhan fitnah tu pakai ayat kononnya nak minta penjelasan dari Datuk Zambry.... Puiiiihhhh....

9 comments:

  1. Salam perjuangan
    Jika diizinkan! Sudi kiranya membenarkan http://pecahpalakmikir.blogspot.com/ untuk tumpang berjuang dipautan blog hebat tuan.
    Sekian terima kasih

    ReplyDelete
  2. aku pernah tidur kat sini dengan family...

    ReplyDelete