Followers

Thursday, November 29, 2012

ULAMA LEBIH CENDERUNG BERSAMA PERJUANGAN UMNO




Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini kita dapat lihat sokongan terhadap UMNO yang datangnya dari kelompok ulama. Ini jelas apabila ada diantara mereka yang dengan rela hati menyertai UMNO. Bukan kerana kepentingan sesuatu yang diperolehi dari UMNO seperti yang didakwa oleh PAS, sebaliknya datangdari keikhlasan hati mereka untuk turut sama berjuang dalam saf perang UMNO menentang parti yang mungkar dan jauh tersesat seperti PAS.

Ikhlas dari Parang Pedang, terima kasih buat golongan ulama yang bersama UMNO kerana tanpa penyertaan anda, ibarat burung tanpa sayap kiri untuk UMNO terbang membelah pelbagai cabaran....



PWTC GEGAK GEMPITA


Bila dipandang ke sana, akan kelihatan baju seragam merah dan putih, dipandang ke sini juga terlihat baju seragam merah dan putih. Itulah senario yang biasa dilihat jika berada disekitar PWTC sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012.

Semangat juang para hulubalang dan serikandi UMNO tidak dapat dibendung lagi apa bila mereka datang dari pelbagai negeri dengan latar belakang berbeza semata-mata untuk mendengar amanat pemimpin parti.

Dengan amanat yang diperolehi itu, mereka akan menjunjungnya dikawasan masing-masing sebagai bekalan senjata bagi menghadapi pilihanraya akan datang. Itulah para perwakilan yang datang ke Bangunan PWTC ini. Parang Pedang ucapkan selamat bersidang dan teruskan perjuangan tanpa mengira siapa kita dan dimana kita berada...

PWTC SESAK WALAUPUN MENJELANG WAKTU MALAM

Sememangnya Kuala Lumpur sudah terkenal dengan kesesakan jalanrayanya disebabkan oleh gaya hidup metropolitan penduduknya. Namun begitu kesesakan disini bertambah hebat dengan kehadiran para perwakilan dari seluruh negara untuk ke Perhimpunan agung UMNO 2012. Jauh lebih baik dari himpunan BERSIH yang kotor, Perhimpunan Agung UMNO nampaknya lebih mengutamakan keamanan rakyat dari sudut perancangan dan perlaksanaan.

Kesesakan jalan raya kerana Perhimpunan Agung UMNO ini lebih kepada perlakuan positif jika dibandingkan dengan kesesakan akibat BERSIH yang berperlakuan negatif dan menonjolkan vadalisma. Namun begitu, pasukan keselamatan telah melakukan yang terbaik dalam mengawal lalu lintas.

Jelas disini bahawa Perhimpunan Agung UMNO membawa seribu makna kepada rakyat bertapa parti ini mempunyai azam membangunkan negara serta penduduknya.

PAS tiada modal nak berdebat bila Ahli UMNO tertumpu ke PWTC

Bermula semalam, ruang debat maya antara ahli PAS dengan Ahli UMNO menjadi hambar apabila seluruh tumpuan hanya ke arah Perhimpunan Agung Umno 2012 di PWTC. Kesan yang sangat ketara dapat dilihat hasil daripada Perhimpunan Agung UMNO ini ialah suara debat ahli PAS yang semakin tersekat-sekat.

Kini kita dapat lihat suara para penyokong Parti PAS, PKR dan DAP semakin lemah disebabkan penipuan mereka kian terbongkar dengan kebenaran yang selama ini disembunyikan. Pelbagai isu basi yang mereka cuba bangkitkan semula untuk membangkitkan kemarahan rakyat sedangkan UMNO baru sahaja menerima amanat dari pemimpin tertinggi dan para perwakilan untuk membuktikan apa yang dilakukan selama ini hanya bagi kepentingan rakyat semata-mata.

Didalam Perhimpunan agung kali ini, pelbagai senjata dibekalkan untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 akan datang nanti. Dipihak pembangkang kelihatannya semakin terdesak dengan mendoakan kehancuran UMNO sedang mereka melihat sendiri penyatuan ahli dalam menghadapi pilihanraya akan datang.

Rakyat mengharapkan agar Barisan Nasional memegang semula tampuk pemerintahan di negeri-negeri yang tewas ke tangan pembangkang. Kini jelaslah bahawa Barisan Nasional Khususnya UMNO sahaja yang layak menerajui pentadbiran seluruh Malaysia.

Wednesday, November 28, 2012

PEMUDA TAMBUN TIDAK GENTAR! PAKATAN BAKAL TUMBANG!

Pemuda bahagian Tambun hari ini melahirkan keyakinan menumbangkan Pakatan Rakyat di PRU 13 ini nanti. ' sekalipun Timbalan Presiden UMNO berkata Gendang prrang sudah dipalu, semboyan telah dibunyikan, kami bagaimana telah pun sudah lama bersedia dan bermula. Kami yakin kemenangan Insyallah milik kita' kata Sdr mazlan Abd Rahman Ketua Pemuda UMNO Tambun

Hampir Dua tahun kami telah memulakan kerja dan bersedia untuk pilihanraya kali ini, kami tak menunggu bila pilihanraya makin hampir baru nak mulakan kerja. Memenuhi tanggung jawab mesti bermula dari kita diberi keyakinan, kita diberi mandat maka bermulalah kerja tersebut bila diamanahkan

Bila ditanya adakah Tambun akan terus diterajui UMNO / BN. dengan yakin beliau tegaskan bahawa Insyallah setelah mendapat respon pengundi kami cukup yakin akan menang dalam PRU 13 ini diTambun. Tentang propaganda pihak pembangkang memang dari dulu bercakap yakin menang sebaliknya gagal bila pengundi menolak pakatan Rakyat yang lansung tidak berbuat apa selain menyebar fitnah dan bercakap besar dan berharap pengundi terpedaya dengan segala omong kosong yang hanya suka memutar belitkan fakta serta menghasut pemikiran rakyat supaya menidakan Kerajaan BN yang telah terbukti membawa negara bertambah maju dan aman

Saudara Mazlan juga merupakan diantara ketua pemuda yang begitu aktif di Tambun, mudah didekati dan mudah ramah bila bertemu dengan siapa sahaja. Tambun juga merupakab kubu kuat bagi UMNO dan BN yang gagal ditawan dari dahulu lagi. Bagi pembangkang pula sudah ada kedengaran perbalahan dua pihak antara PKR dan PAS untuk kerusi Hulu kinta dan Manjoi. Nampaknya demi kuasa istilah kawan sudah dilupakan. Yang pastinya Pakatan Rakyat pasti tak senang duduk dan TIDAK SELAMAT.