Followers

Monday, February 11, 2013

GAMBAR SEKITAR RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA DI KEDIAMAN MENTERI BESAR PERAK

lebih 7 ribu pengunjung di Jamuan Terbuka Tahun Baru Cina di Kediaman Meneteri Besar semalam yang terdiri dari Rakyat dan Pemimpin utama Parti yang hadir mengamatkan Majlis yang begitu meriah sekali. Majlis yang bermula jam 2 petang hingga ke jam 5 petang tidak henti-henti didatangi oleh orang ramai, malah sehingga hampir jam 6petang kelihatan masih ada lagi yang datang disaat-saat akhir

Menjawab soalan wartawan Dr Zambry Abd Kadir juga menyedari bila kali ini bilangan kaum Cina dan India nampaknya kali lebih 3kali ganda dari tahun lepas mungkin kerana Rakyat dari kaum Cina dan India sudah mula menerima kembali Barisan Nasional yang ketika ini akibat bahang Pilahanraya yang semakin tiba, beliau bersyukur dengan perkembangan ini dan melihat sebagai petanda positif dengan kemenangan BN di PRU 13 kali ini 






Paling kecoh dan riuh bila di kauter agihan Buah Limau yang diberi secara percuma yang tidak henti-henti dikunjungi ramai, hampir seribu ktak limau habis diagihkan kepada semua pengunjung yang hadir. Kita dapat melihat pelbagai bangsa yang berbaris untuk mengambil limau untuk dibawa pulang ataupun makan

Antara tetamu yang hadir terdiri daripada pelbagai pemimpin-pemimpin Parti, Ngo, Pertubuhan, Artis dan pelbagai lapisan Rakyat jelata. Tidak ketinggalan juga Datuk Michelle Yeoh yang juga menjadi perhatian Wartawan dan pengunjung.
menunggu peluang untuk bertemu Menteri Besar Perak

1000 Kotak Habis...t

menunggu dari awal untuk bergambar dengan MB kesayangan

Masih meneliti aduan Rakyat sekalipun sibuk dengan majlis

Melihat kepada kehadiran yang seramai begini, BN nampaknya mempunyai petanda dan harapan yang besar serta baik dalam ertikata Rakyat yang berbilang bangsa nampaknya sudah memberi respon terhadap BN untuk PRU 13 nanti. BARISAN NASIONAL SUDAH DIHATI RAKYAT PERAK!

9 comments: