Followers

Sunday, July 13, 2014

IPOH DIGEGARKAN LAUNGAN ISRAEL LAKNATULAH

Semalam bertempat di Dataran KTM Ipoh hampir seribu yang hadir membuatkan dataran KTM penuh sesak dengan ramai yg hadir bagi menyatakan sokongan terhadap bantahan terhadap kkejaman Israel yang masih meneruskan misi pembunuhan secara kejam tanpa berperi kemanusiaan terutamanya warga emas dan paling kejam anak-anak yang tidak berdosa menjadi mangsa

Majlis bermula sekitar jam 10 malam mula dipenuhi orang ramai yang baru selesai sholat tarawih dan  juga beberapa kumpulan anak muda termasuk kumpulan motosikal berkuasa besar, beberpa pemimpin dilihat turut hadir seperti Sdr Own (ketua pemuda Umno / ngo perak) Sdr Putera (exco pemuda malaysia) Sdr Didi @ Mohd Adili Tahiruddin (Kp Gopeng), Sdr Sham Tajuddin (NKP Gopeng) Ngo-Ngo belia dan wakil Save Gaza Sdr Amin dan banyak lagi.

Majlis bermula dengan bacaan doa dan ucapan dari pelbagai pihak yg terlibat, seterusnya kutipan derma kilat dan penjualan beberapa barangan Save Gaza juga diadakan, difahamkan semua kutipan disalurkan terus kepada tabung Gaza. Tahniah diatas kejayaan anak muda bangkit mnentang kekejaman oleh laknatulah Israel!

4 comments: