Followers

Thursday, January 24, 2013

SEMBOYAN PERANG PERAK SUDAH BERMULA



Nampakya sudah ada beberapa program yang dirancangkan khusus dengan kehadiran PRU 13 dalam usaha kita cuba memberi maklumat yang sebenar dan menangkis segala Fitnah yang kini dilihat merata-rata dijaja pakartun roket. 

Perak juga tidak terkecuali, desas desus Parlimen yang akan dibubarkan pada 22hb Febuary ini nanti rupana bukan penyebab untuk semua menyusun pelbagai program, kalaulah benar meneka soal tarikh in maka nampaknya Rakyat Perak adakan program seawal selepas parlimen dibubarkan, bermaksud ke esokan hari sudah bermula dengan adanya HIMPUNAN BARISAN 1 MALAYSIA disini, uniknya disini kumpulan Bloggers di Perak di beri peranan penting untuk menjadikan himpunan kali dihadiri oleh pelbagai lapis umur, bangsa, agama dan sebagainya

Sudah tentu kita dapat saksikan bagaimana kebangkitan rakyat sebagai tanda menentang segala tomahan Fitnah oleh pembangkang, sorotan pelbagai Isu termasuk mempermainkan nama Allah dan fitnah bakal terjawab dengan kehadiran ramai kali ini

Rangkaian bloggers, Facebookers, twitterian dan yang tegar dalam cyber tentunya menjadikan peluang ini untuk bertaut bertemu sesama sendiri, dengan berharap semua yang aktif dalam dunia cyber menjadikan peluang ini bagi bertemu sesama sendiri yang sebelum ini hanya mengenal nama gelaran di Akaun FB. Jumpa dan bertukar pendapat serta strategi,  

Antara yang ditunggu dalam ceramah Dato' Fuad Hassan yang terkenal dengan kupasan isu serta ceramah disetiap kali beliau diundang dalam sesi soal jawab dan ceramah, beliau juga ditunggu oleh kebanyakan bloggers-bloggers Perak dan pelayar tegar maya yang mahu mendengar isu terbaru ataupun kupasan beliau terhadap isu tersebut


Upacara penutup majlis dengan kata dua serta ucapan Dato Seri Zambry bin Hj Abd Kadir sememangnya dinantikan oleh kebanyakan yang hadir, beliau yang nampaknya kali ini paling banyak diburukan dan difitnahkan, malah Nizar pun nampaknya semakin kuat meroyan, dan tak henti-henti mencaci dan menghina terutama dalam Twitternya, apa sahaja dalam kerajaan yang sekarang ini menjadi pilihan rakyat menjadi sasarannya mencaci terus mencaci, 

Kehadiran Menteri Besar Perak kali ini akan lebih panas memandangkan dalam tempoh berkempen, tentunya kita akan mendengar pelbagai pembongkaran yang rakyat dahagakan. bagi teman dan rakan PCT akan bersama dengan rakan-rakan bloggers yang lain akan bergabung menjayakan, JOM JOIN... kita jmpa disana nanti, KASI GEGAR SAMA DEMA!!!

Boleh singgah dan like di sini (KLIK),
Sumber : Sekupangdua


Wednesday, January 9, 2013

LAPORAN POLIS TERHADAP ANCAMAN KESELAMATAN BLOGGER PISAU OLEH NGA


lapor di Balai IPK Ipoh
Satu laporan POLIS di IPK Ipoh kira- kira jam 4.30 petang terhadap posting di facebook Adun Pantai Remis Nga yang menggunakan bahasa Cina seolah-olah ditujukan kepada samseng Cina yang disedari oleh pelapornya Sdr  Amir Izwan Abdul Razak dan Sdr Salim yang juga merupakan pengguna Facebook yang menyedari posting dalam FB pemimin Dap ini  pada 9hb Januari, jam 11.00 pagi tadi 

Menurut kedua-dua pelapor tersebut beliau mendapatkan khidmat seorang rakan untuk mengetahui apakah sebenarnya yang dimaksudkan bila ayat tersebut didakwa tidak boleh dialih bahasa (Transfer) dengan Alat terjemahan di internet yang sedia ada, melihat pada kesulitan untuk menterjemahkan dan memahami ayat yang terkandung dalam catatan FB Ngah tersebut beliau merasakan sebagai ayat-ayat   yang digunakan boleh mengancam serta membahayakan blogger Pisau.net

Beliau juga merasakan ayat berkenaan menjadikan blogger pisau.net sebagai buruan yang boleh membahayakan keselamatan beliau serta keluarganya, merasakan kesedaran ini beliau membuat Laporan Polis agar kenyataan yang berbaur ancaman yang dinyatakan oleh YB Nga dilaman FB nya disiasat oleh pihak POLIS.








Thursday, January 3, 2013

NGEH CUBA TUTUP MULUT BLOGGERS DENGAN SAMAN?

ISU 10,526 EKAR BELUM TERJAWAB
Nampaknya seperti yang dijangka SAMAN akan menjadi senjata kepada Ngeh untuk menutup pembongkaran oleh blogger Pisau.net dari dia menjawab terus kepada rakyat berkenaan isu Tanah yang seluas Putrajaya yang telah diusahakan oleh PAS Mukim Chiku, Gua Musang, Kelantan kepada sebuah syarikat Upaya Padu Plantation dimana tertera nama Ngeh dan Nga sebagai penama empunya Syarikat tersebut

Ngeh kini cuba Menyaman Blogger Pisau.net yang memaklumkan kepada rakyat di Maya, Eksekutif Yayasan Bina UpayaSdr Mohd Jeffrey Amin yang mendedahkan kepada SPRM dengan bukti salinan dokumen dan Berita Harian yang membuat liputan, menurut ngeh, dia akan menghantar notis bagi mereka meminta maaf dalam tempoh tujuh hari sebelum disusuli saman jika engkar.

Beberapa blog juga telah mula mempertikaikan sikap beliau terutama DAP serta PAS yang nampaknya tidak lagi seperti yang mereka katakan sebelum ini tentang Kebebasan Bersuara, malah ia dilihat cara bagaimana untuk menakutkan serta menghalang dari pembongkaran didalam satu-satu isu yang dikesan ada penyelewengan serta berprofil tinggi atau dalam ertikata lain siapa sahaja yang cuba untuk mendedahkan kepincangan atau penyelewengan akan berhadapan dengan tindakan Makamah? 

Penjelasan belum lagi kita dengar sebaliknya rakyat di tunjuk betapa besarnya kuasa seseorang yang nampaknya boleh menutup apa sahaja dengan kuasa dan keupayaan wang ringgit. Kenapa tiada ruang untuk penjelasan jika tidak bersalah dalam satu-satu isu, nampaknya segala tindakan yang cuba membongkar dan menentang penyelewengan bakal berhadapan dengan tindakan SAMAN semenjak taktik pakatan rakyat nampaknya boleh mengerunkan pendedah kebenaran.

Nampaknya Pihak SPRM juga kena memain peranan disetiap laporan yang dibuat terutamanya oleh rakyat, kerana mereka tampil bagi menuntut kebenaran, kenapa pula mereka pula kena berhadapan dengan saman? Apakah dengan tindakan peguam dengan ayat SAMAN membolehkan sesiapa sahaja tidak akan berani membuka mulut mendedahkan kisah yang sebenar, malah dilihat bakal mengundang bertahun-tahun boleh didelaykan dalam kes tersebut.

Nyata beginilah sebenarnya Sifat pemimpin Pembangkang yang bolehkan tidak akan merasa takut kalau bersalah? kita fikir-fikirkan bagaimana bila dia sendiri menghina umat Islam sesuka hati yang kononnya sebagai KEBEBASAN BERSUARA. PAS sepatutnya menjawab kalau sebagai seorang ISLAM.