Followers

Friday, August 31, 2012

Thursday, August 30, 2012

Projek Bandar Automatif Di Tanjung Malim


DRB Hicom Bhd bercadang membangunkan semula projek bandar automotif bernilai lebih RM1 bilion di yang tergendala sejak 15 tahun yang lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengesahkan, selepas melalui perbincangan dengan kerajaan negeri, DRB Hicom bersetuju untuk menjadikan kawasan seluas 4,000 ekar di Tanjung Malim sebagai pusat industri automotif.

“Syarikat berkenaan telah membentangkan pelan baru yang cukup komprehensif bagi menjadikan Tanjung Malim sebagai pusat pengeluaran utama Proton,” katanya.

Beliau juga dimaklumkan bahawa satu pasukan khas telah ditugaskan untuk melawat beberapa bandar automotif terbesar di luar negara seperti Jerman yang menjadi bandar pengeluar kereta berjenama Volkswagen.

Dengan adanya perancangan besar yang dikemukan DRB-Hicom, beliau percaya projek Proton City yang dilaksanakan di kawasan itu bakal menjadi salah satu mercu tanda setelah terbiar sekian lama.

“Saya percaya dengan pengurusan baru DRB-Hicom dan komitmen yang ditunjukkan juga begitu baik sekali,” ujarnya.

Dr Zambry berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Bangunan SUK.

Sementara itu, beliau katanya, pasti kesungguhan pengurusan DRB-Hicom yang ingin menjadikan Tanjung Malim sebagai pusat pengeluaran kereta dan bandar automotif mampu dilaksanakan.

Di samping itu, perbincangan mengenai keperluan mendirikan sekolah serta kemudahan pendidikan yang lain akan diadakan memandangkan berlakunya penambahan penempatan penduduk di situ.

“Kawasan 4,000 ekar itu termasuk kawasan Universti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan dijangka penduduk kampus mencapai 20,000 atau lebih ditambah dengan pembangunan hartanah oleh DRB melalui anak syarikatnya,” jelasnya lagi.

Sehingga kini, projek pembangunan di kawasan tersebut sudah mencapai hingga 30 peratus dan untuk pelaksanaan secara menyeluruh, DRB-Hicom memerlukan kawasan tanah yang baru untuk mendirikan kawasan komersial di Tanjung Malim.

Wednesday, August 29, 2012

ALLAH TIDAK RESTUI PAS!!!

by: taminsari

Ini satu hakikat bahawa tuhan tidak merestui apa yang dilakukan oleh PAS selama ini. Contoh yang nyata, setelah 65 tahun UMNO menerajui kerajaan, selama itulah juga PAS dan pemimpinnya telah berusaha dan berdoa supaya kerajaan BN tumbang dan merekalah yang menggantikannya.

Soalnya mengapa usaha dan doa PAS dan pemimpinnya tidak berhasil. Dari dahulu hingga sekarang mereka bersembahyang hajat dan berdoa tetapi hasrat mereka masih tidak diperkenankan oleh Allah swt. Mengapa ini terjadi. Jawapannya akan diperolehi jika dilihat daripada perspektif Islam itu sendiri.

Perkembangan parti PAS dari dulu hingga sekarang jelas PAS hanyalah parti yang banyak bercakap dan berteori ( berceramah ), tetapi tidak banyak bertindak ( pratikal ). Mereka sebagai peranan pemerhati yang hanya pandai mengkritik itu salah, ini tidak betul tetapi tidak pernah membentangkan dengan telus dan nyata apakah yang sebenarnya patut dibuat atau cara yang terbaik untuk dilakukan.

Akhirnya apabila mereka kehabisan modal mereka berhenti mengkritik dan mengajak seluruh ahlinya mengadakan sembahyang hajat dan berdoa untuk menjatuhkan kerajaan khasnya UMNO. Hal ini seolah-olah ahli UMNO tidak berupaya menghadap Yang Maha Esa memohon keselamatan dan memohon dikekalkan amanah sebagai pemerintah.

Dalam bab berdoa sebenarnya PAS terlupa bahawa doa seorang hamba sentiasa akan diperkenankan selama dia tidak mendoakan sesuatu yang mengandungi dosa, memutuskan siratulrahim dan tidak terburu-buru. Akhirnya mungkin Allah swt menolak doa mereka.

Dalam surah al-Baqarah ayat 216 Allah berfirman : “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, pada hal ia amat baik bagi mu. Dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, pada hal ia amat berbahaya bagi mu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”

Kepada PAS, bersyukurlah kerana masih tidak menjadi pemerintah kerana Allah swt berfirman dalam surah al-Syura ayat 27 – “Dan jikalau Allah melapangkan rezeki bagi hamba-hamba-Nya semua, tentu mereka akan derhaka di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa-apa yang dikehendaki-Nya dengan ukuran ( kemampuan ). Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui keadaan hamba-Nya lagi Maha Melihat.”

Sebagai hamba Allah yang beragama Islam selagi berikrar bahawa Allah swt sahaja yang patut disembah dan Nabi Muhammad saw itu adalah pesuruh Allah, umat Islam dituntut supaya menunaikan hak-hak Allah. Hak itu ialah menunaikan fardu ain dan fardu kifayah. Di dua buah negeri di mana PAS diberi peluang memerintah telah jelas mereka telah mengabaikan tuntutan hak Allah swt di bidang fardu kifayah.

Oleh itu, apabila PAS dan pemimpinnya berdoa supaya hajatnya dipenuhi oleh Allah swt, mana mungkin keinginan mereka boleh ditunaikan. Hal ini diumpamakan seorang hamba meminta upah daripada tuannya sedangkan kerja belum lagi dilaksanakan. Sudah pasti permintaan sukar ditunaikan.

Tetapi PAS masih tidak sedar dalam hal ini kerana selain beribadat secara individu mereka beranggapan perkara lain seperti bidang sains dan teknologi, berusaha bagi mencapai kegemilangan hidup di dunia sebagai sekular dan bukan Islam. Sedangkan hakikatnya bidang fardu kifayahlah boleh mengundang pahala dan ganjaran yang paling besar daripada Allah swt kalau dilaksanakan.

Senario yang berlaku sekarang, PAS yang bersekongkol dengan parti-parti pembangkang yang lain khasnya DAP menuntut supaya rakyat menyokong parti-parti mereka dan memecahkan perpaduan dan ikatan parti UMNO, MCA dan MIC. Inilah tuntutan dan perancangan yang nyata menjurus kepada kecelakaan kepada diri sendiri.

Sewajarnya PAS mengajak dahulu ahli-ahlinya bersembahyang hajat dan berdoa supaya parti DAP dapat menerima Islam sebagai hukum bernegara. Sebabnya terang-terang pemimpin DAP telah berkata : “Langkah mayat aku dahulu sebelum Islam dijadikan hukum bernegara.” Inilah yang dikatakan huru-hara akan berlaku. Masanya cepat atau lambat, sekarang ataupun akan datang.

Oleh itu, benarlah firman Allah swt : “Boleh jadi kamu menyukai sesuatu pada hal ia amat berbahaya bagi mu.”

Kepada para pengikut PAS, sedarlah Allah Yang Maha Esa adalah Tuhan sekalian alam. Allah swt adalah Tuhan yang disembah oleh sekalian umat Islam. Seandainya manusia itu berdoa untuk kebaikan di akhirat agaknya itulah yang paling baik untuk semua.

Tuesday, August 28, 2012

Mat Sabu Ngelabah Bila Dituduh Akan Bentangkan Hudud

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menafikan mengeluarkan kenyataan bahawa partinya akan membawa usul pelaksanaan hudud dalam Dewan Rakyat jika Pakatan Rakyat memerintah, seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar berbahasa Cina.

Sebaliknya, dalam wawancara dengan Sin Chew Daily itu, beliau hanya menjelaskan, sebarang pindaan undang-undang perlu mendapat sokongan majoriti di parlimen, mengikut peruntukan perlembagaan persekutuan dan perjanjian dalam Pakatan.

Malah, katanya, jika usul pelaksanaan hukum Islam itu dibawa ke parlimen, tetapi ditolak oleh majoriti ahli parlimen untuk dibahaskan, maka sudah tentu tidak boleh dilaksanakan.

"Saya kata (pada Sin Chew Daily), sebarang perubahan dan pindaan hendaklah melalui parlimen dan mengikut perlembagaan dan menghormati perjanjian Pakatan Rakyat. Saya tak sebut mengenai (bawa usul) hudud (ke parlimen).

"Bawa usul, (tetapi) ramai tolak, (maka) tak boleh jalankan hudud," katanya ketika ditemui malam tadi.

Harian itu dalam versi atas taliannya semalam dan muka depan edisi cetaknya hari ini memetik beliau sebagai berkata, PAS berhasrat mengusulkan pindaan perlembagaan di Parlimen dalam usaha melaksanakan hudud sekiranya berjaya mengambil alih Putrajaya.

Beliau dilaporkan mendakwa perkara tersebut merupakan pendirian PAS dan pihak lain termasuk ahli parlimen bukan Islam yang tidak bersetuju boleh mencabarnya dalam di parlimen.

Editor kanan ramal Hadi bentang pada 2014

Bercakap kepada Malaysiakini, Mohamad bagaimanapun menegaskan, sebelum melaksanakan undang-undang syariah itu, urus tadbir kerajaan dan keadilan sosial di kalangan rakyat perlu diwujudkan terlebih dahulu.

"Nak buat hudud perlu timbulkan 'good governance' dan keadilan sosial terlebih dahulu," katanya sambil menambah isu hudud itu akan dimainkan BN setiap kali menjelang pilihan raya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarang Berta Sin Chew Tay Tian Yan dalam kolumnya hari ini turut meramalkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan membentangkan usul itu pada September 2014.

Menggambarkan kemungkinan yang mungkin berlaku dua tahun lagi, Tay meramalkan tindakan itu akan mengundang perpecahan bukan sahaja dalam Pakatan tetapi juga BN.

Tay menulis, senario yang mungkin wujud, anggota parlimen DAP, MCA, MIC dan Gerakan akan menentangnya, Umno - yang ketika itu pembangkang - akan menyokong, manakala anggota parlimen PKR pula berpecah dua.

Situasi itu, menurut "analisis senario" Tay dalam artikel bertajuk "Suatu hari pada 2014", akan merintis kepada pembentukan kerajaan campuran PAS-Umno.

Sumber :Malaysiakini

Kebangkitan cina Kristian

Monday, August 27, 2012

Sunday, August 26, 2012

Saturday, August 25, 2012

Lagi Fitnah Kepada Dr Zambry

Geng Nyanyuk Dalam Pakatan Rakyat: Lagi Fitnah Kepada Dr Zambry: Setiap kali Dr Zambry mengerjakan umrah maka setiap kali itu lah blogger pembangkang akan menyebarkan fitnah dan cuba menghuru harakan neger...

OKU Ditangkap Berzina

Bulan September lalu, seorang wanita Oku telah didakwa kerana melakukan zina sehingga melahirkan anak. Wanita tersebut cacat pendengaran dan bisu. Kalau tengok dari segi zahir memang kasihan, dengan pakaian yang tidak terurus dan miskin. Kejadian berlaku 3 tahun lepas tapi pada tahun ni baru disebutkan. Sedih juga tengok wanita tersebut, dahlah anak ramai ada 5 orang dan 2 orang OKU. Hidup pun ibarat kais pagi makan pagi.

Nak kasihan lebih-lebih susah gak, dia sendiri tak kasihan dirinya. Wanita tersebut merupakan seorang janda yang telah kematian suami. Mungkin dah gersang sangat sampai sanggup melakukan apa saja demi memenuhi keperluan batin. Apa yang dikesalkan, pasangan wanita tersebut merupakan warga asing dan bukan Islam. Laki tu pun dah lari balik negara asalnya. Ketika ditanya kenapa ikut laki tu, dia cakap sayang sangat. Ketika Pegawai Agama nak hantar ke penjara pun macam tak sampai hati tapi tu lah, wanita tu yang tak nak kasihan sendiri. Masa tu lah dia ingat anak-anak, hidup susah lah. Kalau ikut hukum hudud dan tentu kena rejam sampai mati.

Begitu hinanya manusia sebegitu di pandang sehingga patut di rejam. Tapi hukuman yang ditetapkan di negeri hanyalah max RM5000 @ 3 tahun @ 6 sebatan @ mana-mana kombinasi. Wanita tu pun bukanlah cantik manapun, mungkin laki tu pandai mengayat sampai wanita tu pun hilang pedoman. Syaitan pun berlumba-lumba tepuk tangan. Anak-anak luar nikah ni pun dah bersepah sangat. Manusia tidak memikirkan kesan anak-anak tersebut di masa depan, lebih-lebih lagi masa sekolah dan dah nak nikah, terutama jika anak tersebut seorang perempuan.

Friday, August 24, 2012

Artikel Terbaik Angkatan Pemikir Bulan Ramadhan

Thursday, August 23, 2012

Karpal Tak Hormat Islam: Mufti Kedah

Mufi Kedah, Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad berkata, Karpal harus menghentikan segala kritikan yang berkaitan dengan agama Islam.

Katanya, tindakan Karpal menentang pelaksanaan hukum hudud dilihat tidak menghormati sensitiviti umat Islam.

“Karpal perlu menghentikan segala kritikan dan tohmahan yang dilemparkan selama ini kerana telah mencetuskan kekeliruan pelbagai pihak.

“Dalam situasi ini, Karpal harus menghormati sensitiviti semua agama terutama agama Islam berikutan Islam adalah agama rasmi di Malaysia,” katanya.

Muhamad Baderudin berkata, Raja-raja Melayu juga merupakan seorang yang beragama Islam dan oleh demikian, tidak wajar bagi Karpal berbuat demikian.

“Karpal harus menghormati agama Islam sebagai agama rasmi di Malaysia,” katanya.

Sunday, August 19, 2012

Kenangan Beraya di rumah Terbuka Bersama MB Perak

Friday, August 17, 2012

JEMPUTAN BUAT RAKYAT SELURUH PERAK

Thursday, August 16, 2012

Tajuk Pilihan Sekupangdua

Artikel Terbaik Kinta Menjerit

Tuesday, August 14, 2012

Artikel Terbaik ANGKATAN PEMIKIR

Monday, August 13, 2012

Kroni Anwar Dalam Jabatan Bocorkan Rahsia Kerajaan

Dap Cuma Tolong Pas Tapi Tak Tolong Islam

"Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - 24 Januari 1999.

Tuesday, August 7, 2012

Umat Islam di China di tindas dan di bunuh

Umat islam Malaysia telah melupakan berita pembunuhan umat Islam beramai-ramai di Selatan Thailand dan juga kezaliman serta penindasan di Bandar Urumqhi, China pada tahun 2009. Semua maklumat ini amat patut mendapat perhatian kita dan pemimpin negara-negara umat Islam. Berkenaan peristiwa berdarah di China, Kerajaan Turki telah berusaha melaksanakan tanggungjawab mereka Presiden mereka, Recep Tayyib Erdogan, mengutuk tindakan China secara terbuka, malah menyeru pemboikotan barangan dari Negara China, selain itu menawarkan visa bagi pemimpin masyarakat Islam Urumqhi yang berada di dalam buangan di Washington, Rebiya Kadeer.

Dalam kejadian di Urumqi dalam wilayah Xinjiang, dianggarkan 1,000 hingga 3,000 penunjuk perasaan berhimpun di Dataran Rakyat. Mereka membantah kematian beberapa pekerja kilang alat permainan akibat perkelahian antara kaum Uighur dengan kaum Han China pada 25 Jun 2009.

Angka kematian akibat pergaduhan antara penduduk Han Cina dan Islam Uighur meningkat kepada 184 orang. Menurut laporan BBC yang berat sebelah melaporkan bahawa jumlah kaum Han yang terbunuh adalah lebih besar dari penduduk Muslim, malah diprovok dengan laporan sebahagian yang terbunuh adalah wanita. Sedangkan sumber-sumber lain mengatakan jumlah sebenar kematian penduduk Muslim tidak didedahkan dengan sebenar.

Situasi buruk itu kelihatan berubah sedikit demi sedikit sehingga kelihatan berubah menjadi tindakan penghapusan etnik, keadaan ini memaksa majoriti umat Islam meninggalkan kawasan tersebut agar tidak disakiti dan dibunuh.

Puak Etnik Han pula berarak di jalan di sini awal minggu ini sambil memegang pisau, kapak, pisau pemotong daging dan senjata buatan lain berazam untuk membalas dendam ke atas etnik Uighur.

Dilaporkan bahawa pemberita menyaksikan samseng Han menyerang dua penduduk Uighur dalam serangan berasingan tetapi warga Uighur mendakwa banyak lagi serangan berlaku walaupun kehadiran anggota keselamatan. Polis rusuhan dan tentera terus memenuhi bandar ini.

DITINDAS PUNCA TIDAK PUAS HATI MUSLIM

Kebanyakan mereka kecewa dengan layanan kerajaan yang lebih mengutamakan penduduk majoriti daripada kaum Han. Kaum Han bukan sahaja menguasai ekonomi, tetapi juga budaya dan tradisional China. Selain itu, masjid-majsid juga telah diarahkan untuk ditutup.

Umat Islam di Xinjiang adalah penduduk asal dan menguasai wilayah Xinjiang namun kini mereka dipandang sebagai penduduk kelas kedua. Mereka ini bukan sahaja ditindas kerana agama tetapi lebih terarah kepada cubaan asimilasi dan dominasi oleh China.

Kebanyakan perniagaan dikuasai oleh penduduk Han dan rumah-rumah penduduk Uighur telah dimusnahkan untuk memberi laluan kepada kemasukan kaum Han. Kebanyakan peluang pekerjaan turut dikuasai oleh puak Han. Lebih menyedihkan budaya kaum Uighur telah diketepikan dan mereka kini umpama golongan minoriti yang terpaksa menumpang di wilayah sendiri walaupun hakikatnya adalah sebaliknya.

Kaum Uighur mengatakan kebanyakan dasar-dasar kerajaan tidak berlaku adil kepada mereka demi memberi tempat kepada penghijrahan kaum Han Cina ke wilayah Xinjiang dan ini telah menimbulkan ketegangan etnik dan menaburkan benih-benih keganasan.

Dari segi kemanusiaan penindasan sebegini tidak seharusnya berlaku. Kaum Uighur hanya mahukan keadilan dan hak mereka dikembalikan. Namun laungan mereka ini tidak mendapat sebarang pembelaan dari kerajaan China. Sesungguhnya pihak berkuasa China tidak harus menyalahkan kaum Islam Uighur sahaja dalam setiap rusuhan yang berlaku. Sebaliknya mereka perlu kembali memberikan keadilan dan kebebasan kepada penduduk asal Xinjiang ini.

Kaum Uighur ini ditindas dari menikmati hasil dari kawasan mereka seperti gas, minyak dan 121 jenis mineral dan 148 jenis yang dikeluarkan oleh China. Regim komunis di sana turut membakar buku-buku berkaitan ilmu Islam, mengganggu masjid dan berusaha menghapuskan Islam dari kawasan kaya terbabit.

KESIMPULAN

Semoga kita lebih celik dengan beberapa peritiswa hitam dan pembunuhan zalim terhadap umat Islam. Penindasan umat Islam kini berada di mana-mana. Mereka yang berada di UK sebenarnya turut merasai sikap perkauman yang diamalkan oleh warga Britain ini. Sebuah akhbar Islam di UK, pernah melaporkan lebih 50% pelajar Islam di sekolah-sekolah seluruh UK mengalami pengalaman dicerca dan diejek dengan bahasa perkauman dan kebencian kepada Islam.

Kalau sifat perkauman ini dikira logik di negara barat, tetapi amat malang sebenarnya ia juga wujud di Negara-negara Arab yang merasakan diri mereka lebih mulia daripada bukan arab. Pelajar Malaysia kerap diperleceh di Jordan, Mesir dan lain-lain Negara. Malah sebahagian ulama berbangsa Arab juga tidak kurang kuat sikap perkaumannya. JIka itulah di Negara umat Islam sendiri, tidak hairanlah ia berlaku di Negara bukan Islam.

Buanglah sikap kepartian dan berebut kuasa yang merugikan ini, Islam tidak menghalang cinta kepada Negara dan kaum, namun mestilah ia berada di belakang cinta Allah, Rasul dan jihad di jalanNya. Firman Allah swt :-

Ertinya : Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya."" Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik ( At-Taubat : 24 )

Adakah kita mahu bersekongkol dengan kaum kafirin ini untuk membunuh umat islam di malaysia pula?




Friday, August 3, 2012

3,000 Dijangka Berbuka Bersama MB

Kira-kira 3,000 pengusaha bas, pemandu teksi, lori serta pengamal perubatan tradisional dijangka menghadiri jamuan berbuka puasa bersama Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir di kediaman rasmi Menteri Besar pada 7 Ogos ini.

Program tersebut yang dianjurkan oleh Yayasan Kemajuan Islam Darul Ridzuan (KADIR) akan menjadi platform baru untuk rakyat berkongsi masalah dan pendapat dengan pemimpin negeri itu.

Pengerusi KADIR, Datuk Azhar Ahmad yagn juga Pegawai Khas Menteri Besar berkata, program yang dianggap kali pertama diadakan itu juga diharapkan dapat mengeratkan perhubungan silatulrahim sesama umat selain mendengar ucapan penting yang akan disampaikan oleh Dr Zambry.

"Saya menyifatkan program ini sebagai plafform baru untuk rakyat berkongsi masalah dan pendapat dengan Menteri Besar Perak,’’ katanya kepada Peraknews.

Azhar berkata, memandangkan program tersebut pertama kali diadakan buat warga kerja terbabit, mereka seharusnya menggunakan kesempatan ini untuk menyampaikan hasrat dan permintaan mereka kepada Menteri Besar.

"Saya menganggap program ini amat penting kerana golongan warga kerja terbabit yang merupakan golongan grass root dapat mengenali Dr Zambry secara lebih dekat dan memahami kepimpinan kerajaan hari ini yang sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat,’’ katanya.

Beliau berkata, program itu akan bermula dengan majlis berbuka puasa diikuti solat maghrib dan seterusnya solat Tarawih

Sumber: Portal Umno Perak

Thursday, August 2, 2012

Kehadiran MB Kejutan Buat Pelanggan Restoran

Walaupun sibuk dengan tugasan hariannya, Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sempat meluangkan masa untuk berbuka puasa bersama rakyat di sebuah restoran terbuka di Bandaraya Ipoh, semalam.

Beliau meluangkan masa kira-kira sejam untuk bertanya khabar dan berbuka puasa bersama-sama lebih 600 orang rakyat di D’Polo Café Lan’s Catering di hadapan Padang Polo, Ipoh.

Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dan bertanya khabar pemimpin yang mereka sayangi kerana tidak menyangka Menteri Besar sudi meluangkan masa untuk berbuka bersama-sama mereka di tempat terbuka.

Lazimnya majlis seumpama ini diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar tetapi Dr. Zambry telah melakukan transformasi untuk merakyatkan majlis berbuka puasa, seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri.

Sebelum itu, Dr. Zambry turut meninjau bazaar Ramadan di perkarangan Stadium Perak untuk melihat sendiri kegiatan jual beli yang dijalankan oleh rakyat setempat.

Sementara itu, Pengarah Urusan Lan’s Catering, Roslan Zainal Abidin berkata, pihaknya tidak menyangka sama sekali kehadiran Menteri Besar untuk berbuka bersama-sama rakyat di restorannya.

``Mulanya kami menyangka hanya kakitangan pejabat Menteri Besar dan media sahaja yang hadir, rupa-rupanya Dr. Zambry pun turut sama,’’ katanya sambil menambah restoran D’Polo Café menyediakan lebih 40 juadah selera kampung dan gulai kawah untuk memenuhi selera pelanggan.

Beliau memberitahu, pihaknya hanya mengenakan bayaran RM24.90 untuk dewasa dan RM14.90 untuk kanak-kanak yang berumur 5 hingga 12 tahun.

Terdahulu daripada itu, Pejabat Menteri Besar dengan kerjasama Lan’s Catering telah mengedarkan lebih seribu bungkus bubur lambuk secara percuma kepada orang ramai di D’ Polo Café.

Sumber :Peraknews