Followers

Friday, September 28, 2012

Hasan Ali kecewa kenyataan Anwar hina orang Islam

Presiden NGO Jalur Tiga (JATI), Datuk Hasan Ali mendakwa, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menghina umat Islam melalui kenyataan berhubung tindakan umat Islam menyatakan bantahan ke atas filem anti-Islam Innocence of Muslims.

Hasan mendakwa demikian berdasarkan laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini yang memetik kenyataan Anwar dalam laporan akhbar British, The Scotsman.

Laporan Utusan itu memetik kenyataan itu sebagai: "Dalam reaksi umat Islam terhadap filem yang menghina Islam, beliau (Anwar) bersetuju bahawa ada masalah dengan jiwa orang Islam, mereka mudah marah dan beremosi."

Pandangan Anwar itu, kata Hasan, "memperkecilkan tindakan yang telah dan sedang diambil" oleh umat Islam dan tidak sepatutnya dikeluarkan "dari mulut seorang pemimpin Islam".

"Kenyataan yang sedemikian terlalu berat bagi saya dan anggota JATI untuk menerimanya.

"Kenyataan seperti ini menggambarkan betapa tidak sensitifnya beliau terhadap komitmen masyarakat Islam yang bangun menentang sebarang bentuk penghinaan terhadap agama mereka," katanya.

Kenyataan Anwar dalam The Scotsman itu juga menyebut: "masalah dengan jiwa orang Islam... orang mudah marah dan emosi"

0 comments:

Post a Comment