Followers

Friday, September 28, 2012

Hasan Ali kecewa kenyataan Anwar hina orang Islam

Presiden NGO Jalur Tiga (JATI), Datuk Hasan Ali mendakwa, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menghina umat Islam melalui kenyataan berhubung tindakan umat Islam menyatakan bantahan ke atas filem anti-Islam Innocence of Muslims.

Hasan mendakwa demikian berdasarkan laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini yang memetik kenyataan Anwar dalam laporan akhbar British, The Scotsman.

Laporan Utusan itu memetik kenyataan itu sebagai: "Dalam reaksi umat Islam terhadap filem yang menghina Islam, beliau (Anwar) bersetuju bahawa ada masalah dengan jiwa orang Islam, mereka mudah marah dan beremosi."

Pandangan Anwar itu, kata Hasan, "memperkecilkan tindakan yang telah dan sedang diambil" oleh umat Islam dan tidak sepatutnya dikeluarkan "dari mulut seorang pemimpin Islam".

"Kenyataan yang sedemikian terlalu berat bagi saya dan anggota JATI untuk menerimanya.

"Kenyataan seperti ini menggambarkan betapa tidak sensitifnya beliau terhadap komitmen masyarakat Islam yang bangun menentang sebarang bentuk penghinaan terhadap agama mereka," katanya.

Kenyataan Anwar dalam The Scotsman itu juga menyebut: "masalah dengan jiwa orang Islam... orang mudah marah dan emosi"

Friday, September 21, 2012

Ngeh Berdendam Dengan Umno

Aktivis Kepayang Jr.: Ngeh Terus Kritik UMNO, BN Walaupun Minta Maaf - Z...: Ngeh Terus Kritik UMNO, BN Walaupun Minta Maaf - Zambry INI DIA TWEET NGEH KOO HAM YG TRBARU..... Memang kulang ajar ini ...

Sunday, September 16, 2012

Seorang Pemuda Buat Laporan Polis Cubaan 5 Gadis Mahu Merogolnya

Masih ingat lagi dengan kisah Nabi Yusuf yang cuba digoda oleh Zulaikha? Pada ketika itu, Nabi Yusuf berusaha untuk melarikan diri daripada melakukan perbuatan terkutuk itu.

Namun ada satu versi seolah sama seperti yang terjadi. Ia berlaku diluar negara apabila seorang pemuda Islam Yaman mengalami gangguan seksual dari 5 orang pelajar perempuan di Arizona, USA.

Kumpulan pelajar perempuan terbabit memasuki apartmen peribadi pelajar berkenaan dan bertindak menanggalkan pakaian selepas menutup pintu apartmen supaya pemuda itu tidak dapat melarikan diri.

Bagaimanapun Essam Sharabi bertindak melompat dari tingkap bilik tidurnya dan segera memaklumkan polis di kawasan berkenaan. Kumpulan pelajar perempuan tersebut ditahan pihak polis.

Selepas siasatan dijalankan, salah seorang pelajar perempuan tersebut memberi kenyataan bahawa pemuda itu mengalami masalah psikologi setelah mereka meminta beliau keluar “dating” beberapa kali namun ditolak atas alasan bahawa agamanya tidak membenarkan sebarang hubungan intim dengan perempuan selain dengan isteri.

Mengikut undang-undang negeri melarang sebarang bentuk gangguan melainkan kedua-dua belah pihak bersetuju untuk mengadakan hubungan.

Thursday, September 13, 2012

24 JAM SAHAJA!!!! JANGAN MAIN GILA SAMA PCT!!!

ANGKATAN PEMIKIR: 24 JAM SAHAJA!!!! JANGAN MAIN GILA SAMA PCT!!!: Masih ingat Lagi Syarikat jahit baju kepunyaan isteri AHLI PARLIMEN TAIPING? Samar?kelabu ingatan? Klink SINI  bagi mereka yang mahukan ...

sekupangdua buat PC DI CHICKEN RICE HAINAN IPOH

Monday, September 10, 2012

Friday, September 7, 2012

SEJARAH SEBENAR NAMA MALAYSIA

Zalimnya UMNO

Tolak Anasir Subversif Selamatkan Malaysia: Macam Ni Pun Umno Zalim?: دمي ملايو لوڤا هاري اين، ايسوق بلوم تنتو: Maafkan-aku-Umno-Kejam : BUKTI KEZALIMAN UMNO SELAMA 42 TAHUN...!?  Sahabat semua. Jom kita liha...

Monday, September 3, 2012

Peristiwa 16 Mac 2008

IPOH 16 Mac - Kira-kira 1,000 orang berhimpun secara aman bagi membantah tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang menghina institusi kesultanan Perak di sini hari ini.

Kumpulan menamakan diri mereka Suara Rakyat Perak Darul Ridzuan yang turut disertai badan bukan kerajaan (NGO) itu mengadakan perhimpunan bermula pukul 8 pagi.

Pada mulanya mereka mengadakan perhimpunan di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz atau lebih dikenali Padang Polo.

Satu lagi kumpulan menghantar memorandum bantahan terhadap kenyataan Kit Siang kepada Raja Dihilir, Raja Jaafar Raja Muda Musa di Istana Kinta di sini kira-kira pukul 9 pagi.

Bagaimanapun, kumpulan yang berhimpun di Padang Polo terpaksa mengubah lokasi ke Padang Ipoh selepas polis mengadakan sekatan jalan raya bagi menghalang lebih ramai orang menyertai perhimpunan haram itu.

Kumpulan yang menyerahkan memorandum kepada Raja Dihilir Perak itu kemudiannya menyertai kumpulan yang berhimpun di Padang Polo pada pukul 9.30 pagi ini.

Bagaimanapun, hanya lebih kurang 300 orang sempat berkumpul di Padang Ipoh kerana ramai terkandas di Padang Polo akibat sekatan jalan raya yang dibuat oleh polis.

Perhimpunan di Padang Ipoh berlangsung selama sejam sebelum disuraikan oleh sepasukan anggota polis yang diketuai Ketua Polis Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias.

Semasa berhimpun di Padang Ipoh, kumpulan tersebut membawa kain rentang dan sepanduk yang tertera Rakyat Menyokong Istana, Rakyat Perak Mengutuk Tindakan Biadap Lim Kit Siang Terhadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak, dan Kami Cintakan Kestabilan.

Menurut jurucakap kumpulan itu, Elfi Mohd. Nor, tujuan perhimpunan itu diadakan adalah bagi menyatakan taat setia tidak berbelah-bagi kepada Sultan Perak.

Kami mewakili suara orang Melayu di negeri Perak dan tiada kena-mengena dengan mana-mana parti politik. Kami menghormati keputusan rakyat dalam pilihan raya lepas, tetapi kami sebagai orang Melayu merasa terhina dengan tindakan Kit Siang yang mempermainkan Sultan Perak demi kepentingan politik, katanya di sini hari ini.

Elfi juga meminta mana-mana parti politik tidak mengambil kesempatan untuk kepentingan masing-masing daripada perhimpunan orang- orang Melayu itu.

Perhimpunan seumpama ini diadakan lagi pada masa akan datang bagi membangkitkan kesedaran orang Melayu tentang perlunya mereka bersatu-padu, katanya.

Perhimpunan itu ekoran tindakan Kit Siang mengarahkan semua 18 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP di Perak memulaukan majlis angkat sumpah pelantikan Menteri Besar baru di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada Khamis lepas sebagai membantah pelantikan wakil rakyat Pas sebagai Menteri Besar negeri itu.

Kit Siang berkata, tindakan tersebut diambil kerana pelantikan Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, 51, dari Pas yang merupakan wakil rakyat parti ketiga dan terkecil dalam kerajaan campuran itu tidak mendapat mandat daripada Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.

Arkib Utusan Malaysia

Saturday, September 1, 2012

Himpunan Janji Demonstrasi

Tolak Anasir Subversif Selamatkan Malaysia: Himpunan Janji Demokrasi Berjanji Berdemonstrasi: Mereka bengang bila permit tidak dikeluarkan oleh pihak berkuasa kerana mereka kata tujuan mereka berhimpun adalah untuk sambutan kemerdekaa...