Followers

Thursday, May 10, 2012

Wali DAP kenalkah anda?


Kenalkah anda manusia ini. Beliau ialah Mohamed Razali Bin Abd Rahman Bekas Setiausaha Organisasi DAP dan Timbalan Ketua Pemuda DAP. Beliau mengaku pernah tinggal di gereja selama 2 minggu. Paderi Marine, warga USA telah berada di Malaysia selama 5 tahun untuk mengkristiankan orang Islam di Malaysia. Setiap minggu sekurang-kurangnya 2 orang Melayu telah dimurtadkan. Beliau telah keluar dari menjadi ahli DAP diatas kesedarannya sendiri kerana mendapati bahawa DAP paling benci kepada bangsa Melayu beragama Islam dan Raja2 Melayu. DAP berniat jahat untuk menukar perlembagaan Islam kepada Perlembagaan Kristian. Seorang pemimpin kanan DAP pernah didalam ucapannya menyatakan "we must make sure christian become official religion in Malaysia and we make sure that the next prime minister is christian." Razali pernah ke Balai Polis untuk membuat laporan polis tentang kristian agama rasmi. Mat Sabu mengarahkannya supaya ditarik balik. Guan Eng menawarkan RM 1Juta dan bercuti di Melbourne dan minta dia menarik balik laporan polis. Paderi di tempat kerja isterinya juga membuat tawaran yang lumayan untuk menarik balik laporan polis. Senarai rancangan besar DAP yang diberitahu oleh Mohamed Razali adalah seperti berikut: 1. Kristian Agama Rasmi. 2. Malaysia akan ditukarkan kepada Republik. Guan Eng ada pejabat mewah di Singapura dan setiap minggu berjumpa Lee Kuan Yiew. Kewangan DAP terlalu kuat. 3. YDP Negeri Pulau Pinang akan ditukar kepada Cina. 4. Sistem Raja berperlembagaan akan dibubarkan, Raja adalah berketurunan lanun kata Lim Kit Siang. 5. Isu azan hanya test kesensetifan orang Islam. 6. Pertandinagn tilawah Al Quran akan dihapuskan. 7. NGO Melayu akan dihapuskan. cth PEKIDA & PERKASA. 8. Perkahwinan campur akan digalakkan, Insentif RM 5,000 akan diberikan atas alasan humans right (penghapusan etnik Melayu). 9. Bahasa Inggeris bahasa Rasmi. 10. Mata pelajaran Agama Islam akan dimansuhkan. 11. Chin Peng akan diberi pengampunan dan diberi gelaran Tun. 12. MARA jabatan yang dianggap rasis akan dibubarkan. 13. GLC akan dipegang dan diterajui oleh orang Cina. 14. Di hotel Palma Penang, lagu Negara ku yang baru telah dimainkan. Tiada sebut pun tentang raja. 15. Rejimen Askar Melayu Diraja akan dibubarkan kerana telah banyak bunuh orang cina (komunis) sebelum ini. 16. Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara akan ditukarkan kepada orang Cina. 17. Kakitangan kerajaan berketurunan Melayu akan dikurangkan. 18. KEMAS, BTN dan MKN akan ditutup. 19. Kedutaan Israel akan dibuka. 20. Pengkalan Tentera Israel akan dibuka di Port Dickson. 21. Majlis antara agama akan menggantikan Majlis Agama Islam 22. Wang zakat akan digunakan oleh orang bukan Islam. Percubaan telah dibuat di Perak sewaktu dibawah Nizar MB boneka. Ngeh pernah mintak untuk guna wang zakat tetapi dihalang oleh Mufti. 23. DEB akan dimansuhkan 24. Parti berteraskan agama akan dibubarkan termasuk PAS. Mat Sabu pernah kata "Saya sanggup makan babi dengan Lim Guan Eng dari makan ayam dengan Najib daam satu majlis tertutup." PAS telah berjaya diliberalkan. 25. Yahudi dan CIA akan bantu menjayakan rancangan DAP. Fikir-fikirkanlah sendiri dan buatlah tindakan yang perlu demi Agama, Bangsa dan Negera. Masa depan negara dan anak cucu kita terletak di tangan kita semua. BAS MUTIARA TETAP MEMERANGI DAP

Wednesday, May 2, 2012

Terima Kasih dari PCT

Ucapan terimakasih kepada para pejuang Maya yang sudi hadir ke majlis pelancaran PCT pada sabtu lepas. Walaupun hujan lebat sebelumnya namun kehadiran untuk meraikan majlis pelancaran tidak diuzurkan.

Walaupun majlis dianjurkan secara santai dan sederhana namun sikap pejuang maya yang sporting membuatkan majlis menjadi begitu meriah.

Tidak di lupakan juga ucapan terimakasih kepada para penyumbang yang sudi memberikan sumbangan yang serba sedikit dapat membantu menjayakan kemeriahan majlis ini seperti :

Dato Zainol Fadzi Paharudin, Dato Hamidah Osman, Khairul Azwan kp/ BN-UMNO pk, MAYC (Azmi Ismail ), Salbiah mohamed K Puteri, Ddin bunga, Dato Azian Othman, Iskandar Rahman, Perak Aman Jaya dan Hang Tuah Hj Din.

Terimakasih diatas kehadiran para tetamu seperti abang tuah, braveheart, chegu man, wakil BPN dan wakil BNPC.

Daripada :

Blogger PCT (sekupangdua, angkatan pemikir, budak benteng, awekz, kinta menjerit, kamunting, taiping, kinta, house of reban, angin pak tam, mari kuat perak emas, topan alam, perghhh kirikanan, biggie, parang pedang, mari kuat )

Sekiranya ada nama nama yang tertinggal kami mohon maaf.

Monday, April 30, 2012

TAHNIAH MALAYSIA! KITA SUDAH ADA KETUA PENGGANAS

Akhirnya hasrat mencipta pengganas di Malaysia tecapai seperti mana kehendak Ambiga dan Anuar. Memang ini diimpikan supaya dapat menjadikan mereka berdua yang sepatutnya boleh digelar Ketua pengganas malaysia. Bukan apa, setidak-tidaknya dapat juaga memberontak nanti bila kalah dalam pilihanraya umum 13 nanti. Ini menjamin mereka yang nampaknya tidaklah sia-sia taukey yang keluar modal untuk mereka.

PRU 13 juga nampaknya kali ini tidak munasabah akan disusuli dengan beberapa kejadian pergaduhan atau yang mirip pemberontakan. Sitidak-tidaknya ia dapat mengurangkan undi kepada BN apabila kejadian seperti ini menyebabkan penggundi akan takut keluar untuk mengundi. Kalau kita kaji apa yang sebenarnya kesudahan BERSIH, sehingga sekarang pun hampir semua yang hadir tidak tahu apakah sebenarnya tuntutan yang bersih mahu. Sebaliknya siapa yang mahu ke perhimpunan haram ini adalah sekadar mahu merasai bagaimana menadi peberontak sekalipun didedahkan bahawa TIADA NEGARA YANG KEMBALI AMAN SELEPAS PEMBERONTAKAN...

Anuar dan Ambiga tentunya akan kembang hidung dan jubur bila mereka bakal mendapat gelaran baru ' KETUA PEMBERONTAK MALAYSIA' yang bakal digeruni kehadiran mereka dimana sahaja. PRU kali ini bakal berubah dengan adanya provokasi pembangkang sebagai pengganas kini menjadi persoalan bila penggundi pastinya akan berfikir untuk keluar mengundi kalau keadaan haru biru...

Pihak keselamatan sudah sepatutnya bertegas bukan kerana tindakan sepatutnya. Sekalipun 100 ribu yang hadir tetapi lebih 6 juta penggundi lain yang tidak mahu BERSIH mencemarkan negara. Tentera juga sudah sepatutnya ada bagi menangani isu seperti ini, bukankah tentera dan polis diantaranya yang dinafikan hak untuk menggundi, siapa mereka yang tidak mahu anggota keselamatan negara dinafikan hak mereka, dan sudah tiba masanya tentera juga diperlukan semasa PRU 13 nanti bagi menjamin keselamatan penggundi nanti. Logiknya kita sudahpun ada kepala atau ketua pengganas, kenapa kita masih mahu memberi laluan kepada kumpulan pengganas ini bermaharajalela di negara Malaysia yang sedia aman tika ini. Kalau ditanya seluruh rakyat malaysia tentu mereka setuju yang kini kita sudah ada jetua pengganas disini...

Thursday, April 19, 2012

SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH ADALAH SEBAIK-BAIK RAJA.

HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Di bawah ini adalah satu artikel yang dikirimkan kepada saya oleh seorang rakan. Disiarkan semula di sini untuk tatapan pembaca. Ditambah beberapa keping gambar yang diambil dari Turki untuk dikongsikan.

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.

Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.

PENGENALAN

Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.

PENDIDIKAN

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN

Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja

Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE

Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

Menara Bergerak

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

Bantuan Dari Pope Vatican

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.

Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.

Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.

Memanjat dan Melastik Dinding Kota

Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.

Karisma Seorang Pemimpin

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.

Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.

Penawanan Constantinople

Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.


Keputeraan DYMM Sultan Perak Darul Ridzuan

SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN YUSSUF IZZUDDIN SHAH GHAFARULLAHU-LAH
D.K. , D.K.M. , D.M.N. , D.K. (KELANTAN), D.K. (TERENGGANU), D.K. (PERLIS), D.K. (JOHOR), D.K. (SELANGOR), D.K. (KEDAH), D.K.M.B. (BRUNEI), D.K. NEGERI SEMBILAN), D.K. (PAHANG) S.S.M. , P.M.N. , P.S.M., S.P.C.M. , S.P.T.S. , S.P.M.P. , S.I.M.P.

His Royal Highness Sultan Azlan Shah was born on 19th April 1928 in Batu Gajah and married to Her Royal Highness Tuanku Bainun, The Raja Permaisuri Perak, in 1955. They are blessed with five children.

His Royal Highness early education was at Government English School, Batu Gajah now known as Sultan Yussuf School Batu Gajah. He continued his higher education at the prestigious Malay College, Kuala Kangsar. He went to read law at the University of Nottingham where he was conferred the degree of Bachelor of Laws in 1953 and was admitted to the English Bar by the Honorable Society of Lincoln's Inn on 23rd November 1954.

On His return from the United Kingdom, he first served as the Assistant State Secretary of Perak. Thereafter, he joined the Judicial and Legal Service of the Federation of Malaya where he served as First Class Magistrate and as President of the Sessions Court respectively.

Subsequently His Royal Highness was appointed to the following offices; as Federal Counsel and Deputy Public Prosecutor, Legal Adviser of the State of Pahang and later of Johore, as Registrar of the High Court of Malaya was and as Chief Registrar of the Federal Court of Malaysia.

In 1965, at the age of only thirty-seven years, His Royal Highness was elevated to the Bench of the High Court of Malaya being the youngest judge to be appointed in the Commonwealth. In 1973, His Royal Highness was made a Federal Court Judge and six years later in 1979, His Royal Highness was appointed the Chief Justice of the High Court of Malaya, an office which He held until His appointment as the Lord President (now Chief Justice) of the Federal Court of Malaysia on 12 November 1982.

On July 1, 1983, His Royal Highness was appointed as The Raja Muda of Perak and ascended the Perak throne on 3rd February 1984 as the 34th Sultan of Perak and was officially installed on the 9th December 1985.

The Higher institutions of learning have also benefited from His Royal Highness contributions. Among the many positions His Royal Highness held were Pro-Chancellor of University Science of Malaysia (October 4th 1971 - February 1984), Chairman of the Higher Education Advisory Council (November 1st 1974 - October 31st 1976), and Chancellor of University of Malaya since February 8th, 1986.

His Royal Highness was awarded an Honorary Doctorate in Literature by University of Malaya on June 30th 1979 and an Honorary Doctorate of Law by University Science of Malaysia on June 28th 1980. His Royal Highness outstanding achievements are also recognized by foreign universities; the University of Notingham conferred on His Royal Highness an Honorary Doctorate of Law on July, 11th 1986 followed by Lincoln's Inn, London which awarded His Royal Highness "Honorary Bencher" in 1988. His Royal Highness was also awarded an Honorary Doctorate of Law by university Gadja Mada, Jogjakarta Indonesia on September 28th 1990, University of Brunei Darulssalam on October 30th 1990 and University Chulalongkorn, Bangkok, Thailand onDecember 19th 1990. On October 2nd 1991 His Royal Highness awarded an Honorary Fellowship of Royal College of Physician of Ireland, the Fellowship of Royal College of Surgeons of Ireland, the Honorary Fellowship of The Royal College of Surgeons of Edinburgh and also the Honorary Fellowship of The Royal College of Surgeons of England in 1999.

For His excellent service to the nation, His Royal Highness was conferred the following federal and foreign awards and decorations: D.K.;D.K.M.; D.M.N.; D.K.(Kelantan);D.K. (Terengganu);D.K. (Perlis); D.K. (Johor); D.K.(Selangor); D.K.(Kedah); D.K.M.B.(Brunei);D.K.(Negeri Sembilan);D.K.(Pahang); S.S.M.: P.M.N.; P.S.M.; S.P.C.M.; S.P.T.S.; S.P.M.P.; S.I.M.P. The most Auspicious of The Rajamitrabhorn Thailand; Grand Order of Mugunghwa (Republic of Korea)); Collar of The Japanese Order of The Chrysanthemum and Grand Cordon of The Supreme Order of the Chrysanthemum (Japan); Civil Order; 1st Class (Oman) and Orden Al-Merito De Chile (Republic of Chile); the Bintang ADI PURNA (Republic of Indonesia) and Hon. Knight Grand Cross (Civil Division) of The Order of The Bath (U.K.). His Royal Highness was also awarded The PAUL HARRIS FELLOWSHIP by the Rotary International and the Melvin Jones Fellow Award by Lions Clubs International.

His Royal Highness enthusiasm for sports especially hockey began at school. His Royal Highness is presently The President of Malaysian Hockey Federation, President of the Asian Hockey and Vice-President of FIH (International Hockey Federation). Other than hockey His Royal Highness is an avid golfer. His Royal Highness is The Royal Patron of the following student, graduate, professional and charitable clubs and associations namely: The Malaysian Law Society in Great Britain and Eire, The British Graduates Association of Malaysia, the Academy of Medicine of Malaysia, The Rotary Clubs, The Lions Clubs, The Royal Ipoh Club and The Royal Perak Golf Club, The Iskandar Polo Club, Ipoh, The Kuala Kangsar Golf Club, The Malaysian Nature Society and The Perak Veteran Hockey Association.

At The Perak Domestic Tourism Exposition in 1992 an orchid was named after His Royal Highness i.e. "Doritinopsis Sultan Azlan Shah" after receiving the best plant award in its section.

A new genus of insects Azlania Costatipennis (Jacoby) , Azlania apicalis Mohamedsaid and Azlania borneensis Mohamedsaid were found and named after His Royal Highness The Sultan, being the Patron of The Malaysia Nature Society - Belum Scientific Expedition 1993 - 1994. His Royal Highness was proclaimed as the Ninth King of Malaysia on April 1989-25th April.

Rahsia Pembinaan Piramid Terdapat Dalam Quran

Sekian lama para saintis kebingungan tentang penjelasan bagaimana cara sebuah piramid yang menjadi antara binaan ajaib dunia dibina. Hal ini kerana teknologi bagi mengangkat batu-batuan besar mencapai ribuan kilogram ke puncak-puncak bangunan belum memungkinkan di zamannya. Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid ini?

Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, menyiarkan berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun menggunakan tanah liat untuk membina piramid! Menurut kajian tersebut disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah tanah liat yang dipanaskan hingga membentuk batu keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.

Al-Quran Ternyata Lebih Dulu Punya Jawapan

Jika difahami lebih dalam, ternyata Al-Quran telah mendedahkan hal ini 1400 tahun sebelem mereka mendedahkannya, perhatikan sebuah ayat dalam Al Quran yang berikut:


وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ

"Dan berkata Fir'aun: 'Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta. "(Al-Qasas: 38)

Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir dalam ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat hingga menjadi batu. Dan teknik tersebut menjadi hal yang sangat rahsia jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.

Profesor Gilles Hug, dan Michel Profesor Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling besar di Giza, terbuat dari dua jenis batu: batu alam dan batu-batu yang dibuat secara manual alias olahan tanah liat.

Dan dalam kajian yang diterbitkan oleh majalah "Journal of American Ceramic Society" menegaskan bahawa Firaun menggunakan jenis tanah slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram. Sementara untuk dasarnya, Firaun menggunakan batu alam.

Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur di tungku api yang dipanaskan dengan wap air garam dan berjaya membuat wap air sehingga membentuk campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diolah mengikut saiz yang dikehendaki tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.

Profesor Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut dan mencari jejak reaksi segera yang menegaskan bahawa batu diperbuat dari lumpur. Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu membezakan antara batu alam dan batu buatan.

Sebelumnya, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan dari rahsia di balik pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid. Ia pun berkata, "Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang saya baru yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir dibuat dengan menggunakan tanah liat."

Penemuan oleh Dr Perancis Joseph Davidovits soal batu-batu piramid yang ternyata terbuat dari olahan lumpur ini memakan masa kira-kira dua puluh tahun. Sebuah kajian yang lama tentang piramid Bosnia, "Piramid Matahari" dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat dari tanah liat! Ini menegaskan bahawa kaedah ini tersebar luas di masa lalu.

Sebuah gambar yang digunakan dalam casting batu-batu kuno piramid matahari mengalir di Bosnia, dan kebenaran sains mengatakan bahawa sangat jelas bahawa kaedah tertentu pada tuangan batu berasal dari tanah liat telah dikenal sejak ribuan tahun yang lalu dalam tamadun yang berbeza baik Romania atau Firaun!

Subhanallah! bukti menakjubkan yang menunjukkan bahawa bangunan bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun tinggi saat itu, juga dibina dari tanah liat! Al-Quran adalah kitab pertama yang mendedahkan rahsia bangunan piramid, bukan para Ilmuwan Amerika dan Perancis.

Kita tahu bahawa Nabi saw tidak pergi ke Mesir dan tidak pernah melihat piramid, bahkan mungkin tidak pernah mendengar tentangnya. Kisah Firaun, terjadi sebelum masa Nabi saw ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada satu pun di muka bumi ini pada masa itu yang mengetahui tentang rahsia piramid. Sebelum ini, para saintis tidak pasti bahawa Firaun menggunakan tanah liat dan panas untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.

Ajaib, 1400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad saw, berbilang tahun selepas Berakhirnya Dinasti Firaun memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang kelak dinamakan Piramid menggunakan TANAH LIAT.

Kenyataan ini sangat jelas dan kuat membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw tidaklah berbicara sesuai hawa nafsunya saja melainkan petunjuk dari Allah yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya, dan Dia pula yang menyelamatkan nabi Musa ... Dan Dia pula yang memberitahu kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi saksi kebenaran kenabiannya di kemudian hari.

Monday, April 9, 2012

PELANCARAN PCT, ANDA DIJEMPUT HADIR


KEPADA SEMUA BLOGGERS, FACEBOOKERS, TWEETERIAN ATAU SEBAGAI PELAYAR MAYA, ANDA DIJEMPUT HADIR KE PELANCARAN PCT (PERAK CYBER TROOPERS) 
DAPATKAN T SHIRT PCT ( HANYA 100 YANG TERAWAL -RM 10 SAHAJA)

TEMPAT : HOTEL SERI MALAYSIA IPOH
TARIKH : 28.4.2012 (SABTU)
WAKTU : 8 MALAM

DAFTAR AWAL DENGAN EMAIL : EMAIL ANDA, ADD LAMAN  (BLOG ATAU FACEBOOK), TEL NOMBOR (JIKA PERLU) KE : pctlib10@gmail.com

JAMUAN DAN CABUTAN BERTUAH JUGA DISEDIAKAN
PENDAFTARAN : PERCUMA (TIADA BAYARAN)

JUMPA DISANA!













Friday, March 30, 2012

Al-Fatihah


Dukacita dimaklumkan bahawa YTM Raja Kecil Sulong Perak Raja Dato' Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah mangkat pd jam 1.30pg 30 Mac 2012 di Damansara, Kuala Lumpur. Jenazah akan disemadikan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar. AL-FATIHAH.

Sunday, March 18, 2012

Al-Quran Menerangkan Komunikasi Tanpa Wayar

Pengenalan

Kita selalu mendengar tentang “Al-Quran dan Sains”, tapi pernahkah anda dengar tentang “Al-Quran dan ICT”? ICT atau Information Technology Technology memang dijelaskan dengan mendalam di dalam Al-Quran. Banyak sekali ayat-ayat Al-Quran yang menjelaskan tentang teknologi ICT atau konsep ICT seperti dalam surah Az-Zaariyat 51:1-11. Sebanyak 11 ayat diturunkan sekali gus dan berturut-turut yang menjelaskan tentang komunikasi tanpa wayar (wireless communication). Tentu anda kehairanan!

Malah yang paling hebat yang akan menjadi “breakthrought” dan merubah sistem komunikasi dan “pergerakkan” manusia ialah apabila Al-Quran menjelaskan otak manusia (mungkin juga segala benda yang hidup) dan sel-sel badan berkomunikasi secara “ghaib” dengan menggunakan kuasa tenaga elektro-magnetik! Penemuan terbaru ini adalah amat penting dan seharusnya difahami dan diambil berat oleh semua umat Islam terutama alim-ulama, para pengamal perubatan, pakar saikologi, para pendidik, Saintis dan ICTis. Ianya penting sebab ini adalah hukum Allah dan mempunyai kesan yang amat besar.

Sekarang mari kita melihat secara ringkas bagaimana Al-Quran menjelaskan komunikasi tanpa wayar dengan menggunakan elektro-magnet ini.
Al-Quran mengajar manusia bagaimana komunikasi tanpa wayar dengan memberi tahu manusia bahawa elektron boleh digerakan untuk menghasilkan tenaga elektrik dan juga medan magnet (51:1). Tenaga ini boleh dimuatkan atau dikodkan untuk membawa data (51:2). Kemudian tenaga yang berisi data ini boleh luncurkan (dipancarkan) ke angkasa (51:3). Akhir sekali tenaga ini boleh dikumpulkan dan bahagi-bahagikan dengan menggunakan program (51:4).
Az-Zaariyat 51:1-4 Menejelaskan Komunikasi Tanpa Wayar

Marilah kita kaji dengan lebih terperinci. Di bawah ini adalah terjemahan di ambil dari kitab Fi-Zilalil Quran karangan Syed Qutb sebagai rujukan dan renungan.

Penjelasan ayat 51:1

Untuk peringkat permulaan ini saya akan menggunakan perkataan “gelombang mikro” dan “kuasa atau tenaga elektro magnet” secara bebas (quite loosely). Tidak dinafikan memang ada perbezaan di antara keduanya. Kita akan menyentuh perbezaan dan persamaannya nanti.

Hari ini kita akan mengkaji ayat 1 yang bermakna “Demi Az-Zaariyat yang terbang selaju-lajunya”. Ayat ini bermula dengan ‘Wa’ apa yang dinamakan ‘wau sumpah’ yang bermakna ‘Demi’. Apabila Allah bersumpah dengan sesuatu benda, ini bermakna benda itu (iaitu ‘Az-Zaariyat’) adalah satu ciptaanNya yang penting dan hebat, dan sangat berguna kepada manusia, dan amat merbahaya sekiranya disalah-guna.

Perkataan Az-Zaariyat berasal dari perkataan ‘Zara’ yang bermakna tabur atau terbang. Dari segi nahu ‘Az-Zaariyat’ adalah pembuat/pelaku (ismul faa’il) yang membawa makna Penerbang atau Penabur.

Sementara Perkataan ‘Zarwa’ juga berasal dari perkataan yang sama iaitu ‘Zara’ tetapi dari segi nahu dipanggil ‘infinitif’ atau ‘masdar’ yang bermakna ‘Penerbangan’ atau ‘Penaburan’ tetapi apabila di ‘mansubkan’ ayat ‘Az-Zaariyati Zarwa’ ianya dipanggil (dari segi nahu) ‘al-maf-ul al-mutlaq’ atau absolute/cognate accusative yang membawa makna keadaan semula-jadi atau ‘nature’ yang menaburkan dengan sebanyak-banyaknya dan terbang selaju-lajunya.

Maka ayat 51:1 membawa makna “Demi Penerbang/Penabur yang Menabur sebanyak-banyak taburan yang terbang selaju-lajunya”
Elektron dan Foton

Perhatikan baik-baik. Ada “dua benda” yang hendak dijelaskan pada ayat ini. Satunya “Az-Zaariyat” kita labelkan dia sebagai “E dan kita namakan Elekron”, dan benda yang ke-dua ialah “Zarwa” kita labelkan sebagai “F dan kita namakan foton”. Dengan kata lain, pada ayat 51:1 ini Al-Quran menjelaskan satu hukum atau teori di mana apabila “E” terbang ianya akan menaburkan (mengeluarkan) “F”. Dan sifat “F” ialah satu taburan yang amat banyak dan “F” juga terbang pada kelajuan yang tersangat laju.

Cuba lihat betapa pentingnya peranan nahu dan bahasa arab, dan betapa pentingnya kita mengkaji dari sumber asal Al-Quran (orignal source) iaitu mengkaji ayat-ayat dalam bahasa arab (bukannya dari sumber terjemahan). Sekiranya kita hanya mengkaji dari sumber terjemahan yang ada sekarang kita tidak akan nampak makna (bahasa) yang sebenarnya. Sebab “Demi Penerbang yang terbang selaju-lajunya” akan difahami haya satu perkara sahaja iaitu “Penerbang” atau “E” (dalam contoh kita tadi). Sedangkan yang lagi penting ialah “F” yang terselindung di sebalik nahu/grammer (dan memang susah untuk diterjemah secara bahasa atau literal atau lafziyah).

Apabila saya katakan “terselindung” di sini bukannya bermakna saya membuat “takwil” atau agak-agak sahaja. Allah SWT melarang sama sekali manusia mengkaji dan menafsir ayat Al-Quran (yang mutashabihat) secara “Takwil” seperti kita takwil mimpi tanpa asas ilmu pengetahuan yang kukuh dan mendalam. Apa yang saya maksudkan “terselindung” di sini ialah maknanya memang wujud, ada dan jelas pada ayat tersebut tetapi kita tidak nampak sebab ianya terselindung disebalik nahu bahasa arab. Sesiapa yang faham nahu maka dia akan nampak, dan sesiapa yang tidak faham nahu dia tidak akan nampak makna sebenar.

Kaji Ikut Sains

Mari kita kaji dari segi Sains dan ICT. Benda yang bergerak paling laju (yang diketahui manusia) ialah cahaya iaitu pada kelajuan kira-kira 300,000km/saat (dalam vokum). Secara rengkasnya, cahaya adalah merupakan tenaga foton. Tenaga foton ini pula terhasil apabila elektron terbang ‘melompat keluar’ dari orbit tenaganya. Apabila elektron melompat keluar ianya akan melapaskan tenaga dan menaburkan berbilion-bilion tenaga foton yang terbang pada kelajuan yang teramat sangat.

Sekarang mungkin kita sudah mula ada sedikit gambaran dalam kepala akan makna atau tafsir ayat 51:1 ini. Kita mungkin boleh bayangkan sebiji bola apabila ditendang bola itu akan terbang ke udara, dan sambil terbang akan tersembur keluar bola-bola halus dari badan bola itu.

Yang perlu kita fahami pada ayat ini ialah ada DUA benda penting iaitu “E” (bola) dan “F” (bebola halus). Dua benda ini ialah “E” (elektron) tenaga elektrik, dan “F” (foton) iaitu yang akan menghasilkan tenaga magnet dan cahaya. Tenaga elektrik boleh mengalir pada logam seperti besi, dan tidak boleh mengalir pada penebat seperti plastik dan kayu. Tetapi daya magnet boleh mengalir di mana sahaja. Cuba gerakkan magnet di bawah meja dan lihat pin-klip di atas meja bergerak mengikut magnet.

Apabila ditafsir secara Sains dan ICT, ayat 51:1 ini bermakna Allah SWT bersumpah dengan “Az-Zaariyat” iaitu satu benda ghaib (yang memang wujud dan boleh dikesan kewujudannya dengan pelbagai peralatan) tetapi tidak dapat dilihat oleh mata manusia dan tidak boleh dikesan oleh deria “manusia biasa”. Benda “Az-Zaariyat” ini apabila terbang akan menghasil atau mengeluarkan satu tenaga lain yang tidak dapat dikesan oleh deria manusia biasa. Kedua-dua benda ini (dari segi sains) merujuk kepada tenaga elektro-magnet atau gelombang mikro yang terhasil apabila elektron melompat keluar orbitnya.

Untuk memahami ilmu abstrak atau ghaib ini memang agak sukar sebab kita tidak dapat gambarkan dalam kepala kita. Terdapat beberapa website di internet yang agak menarik yang munfkin dapat membantu anda memahami tentang elektron, foton, dan gelombang mikro seperti www.howstuffworks.com, www.colorado.edu/physics, dan sebagaimya.

Kesimpulan

Al-Quran menjelaskan beberapa hukum dan teori yang hebat pada surah Az-Zaariyat ayat 1-11. Allah SWT menjelaskan beberapa hukum dan teori yang amat penting, amat berguna dan juga amat besar kesannya kepada manusia.

Pada ayat pertama (51:1), Allah menjelaskan tentang satu kuasa ghaib yang terbang dan menaburkan satu kuasa atau tenaga ghaib yang lain. Apabila dikaji dari segi ICT dan Sains, ianya mungkin merujuk kepada pergerakkan elektron yang melompat keluar dari orbit tenaganya dan melepas satu tenaga iaitu tenaga foton yang bertabur sebanyak-banyaknya dan yang terbang selaju-lajunya.
Insyaallah pada siri berikutnya kita akan melihat bagaimana Al-Quran menjelaskan tenaga ini boleh dimuatkan dengan data (51:2), dan seterusnya ianya boleh dipancarkan dengan mudah (51:3), dan kemudian data-data boleh dikumpul dan disebar dengan menggunakan program (51:4).

Wallahu A'lam

Ayat Quran Vs Teori Barat

Bagaimana Matahari Terbit Dari Barat?
Oleh: Khalid Yong, khalidyong@gmail.com

Sehingga ke hari ini maseh belum ada manusia yang dapat menjelaskan teori atau fenomena “Bagaimana Matahari Terbit dari Barat”. Fenomena ini diterima oleh saintis Barat dan mereka telah mengeluarkan pelbagai teori. Malah tidak kurang juga dengan saintis-saintis, ilmuan dan pemikir Islam yang memberi pandangan dan komen. Tidak semua teori dari Barat adalah betul, maka marilah kita sama-sama kembali kepada Al-Quran dan mengkaji bagaimana agaknya penjelasan Al-Quran.

Untuk kebaikan bersama, baik kita “melihat” sepintas lalu akan teori-teori Barat ini sebelum kita mengkaji ayat Al-Quran agar kita dapat membuat penelitian dan perbandingan.

Barat mengemukakan 3 teori iaitu:

1) Teori-1: “retrograde motion” iaitu relatif peredaran bumi dengan planet lain seperti planet Marikh.

2) Teori-2: perlanggaran bumi dengan komet atau planet lain yang amat dahsyat sehingga menyebabkan bumi bertukar pusingan, dan

3) Teori-3: sebab keadaan bumi yang semakin hampir dengan matahari!
Ke tiga-tiga teori ini boleh dimuat turun dari kebanyakkan sesawang Internet (seperti www.Islamhadhari.net “Saintis Barat akui matahari akan terbit dari barat” pada Ogos 18, 2008). Di bawah ini adalah sedikit ringkasan dari petikan artikel di atas.

Fenomena ini terdapat di dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda (yang bermaksud).
“Tiga perkara, apabila zahir kesemuanya, tidak akan memberi manfaat iman seseorang itu. Sama ada yang tidak pernah beriman sebelum itu atau imannya tidak memberi kebaikan terhadap dirinya. (Iaitu) ketika matahari terbit dari arah barat, Dajjal dan Daabatul Ardh (sejenis makhluk dari dalam bumi).” (Riwayat Muslim)

Ayat Al-Quran

Sekarang mari kita mengkaji teori Al-Quran “bagaimana matahari terbit dari barat”. Saya memilih dan mengkaji 7 ayat (mungkin ada banyak lagi ayat-ayat lain) yang saya fikirkan bagaimana Al-Quran menjelaskan tentang fenomena ini iaitu satu ayat pada surah Al-Qamar (54:1) (bermaksud) “Saat (hari Kiamat) semakin dekat, bulan pun merekah/terbelah” dan 6 ayat pada surah Al-Hijr (15:72-77) (bermaksud) (15:72) “Demi umur engkau, sesungguhnya mereka dalam keadaan mabuk dan kebingungan. (73) Lalu mereka disambar bunyi teriakan yang keras ketika matahari terbit. (74) Lalu Kami jadikan (negeri) mereka yang diatas jadi ke bawah (tertonggeng), dan Kami turunkan ke atas mereka hujan batu dari tanah yang keras. (75) Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi tanda-tanda agi orang-orang yang memerhati (mengkaji). (76) Dan sesungguhnya (negeri) itu maseh benar-benar terletak pada jalan yang maseh tetap (tidak musnah dan maseh dilalui orang. (77) Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi tanda bagi orang-orang yang beriman )” .

Mengikut kajian saya, Al-Quran menjelaskan matahari akan terbit dari barat apabila bumi sudah “tertonggeng” iaitu kutub utara menjadi kutub selatan dan kutub selatan menjadi kutub utara. “Proses tertonggeng” ini berlaku apabila bulan merekah dan memancarkan tenaga elektrik ke arah bumi, menyebabkan daya magnet bumi bertindakbalas dan berpusing secara perlahan-lahan. Tenaga elektro-magnet ini juga akan menyebabkan otak manusia menjadi bingung dan keliru. Selain dari tenaga elektro-magnet, rekahan bulan juga akan memuntahkan batu-batu keras serta mengeluarkan tenaga bunyi, yang kemudian sampai kebumi. Sebab itu manusia di bumi akan mendengar bunyi yang kuat, dan kemudian manusia akan dihujani oleh batu-batan.

Apabila bumi sudah tertonggeng, maka manusia dibumi akan dapat melihat matahari terbit dari barat.


Ayat Quran Vs Teori Barat

Kalau di kaji dengan teliti, teori yang dijelaskan Al-Quran ini agak berbeza dari teori-teori barat. Yang pertama, Al-Quran menjelaskan bulan yang menyebabkan bumi bertukar arah. Al-Quran menunjukkan perkaitan yang erat dan rapat antara bumi dan bulan. Tetapi teori barat tidak ‘nampak’ pun peranan bulan dalam proses kejadian ini.

Yang ke-duanya, ayat Al-Quran nampak lebih jelas dan mudah difahami, malah boleh dibuktikan melalui ujikaji makmal. Sedangkan teori barat tidak dapat diuji dalam makmal dan tidak menunjukkan keadaan matahari akan naik dari barat! Kalau berlaku perlanggaran yang teramat dahsyat (dengan komet yang besar), maka bumi akan hancur! Perlanggaran ‘kecil’ (seperti yang berlaku di Mexico) tidak akan dapat menukar putaran bumi. Lagi pun sekiranya komet melanggar bumi dari “arah yang salah” ianya mungkin akan menambah kelajuan pusingan yang ada sekarang misalkan dari 24 jam kepada 10 jam sahaja/hari. Sekiranya bumi berputar pada kelajuan ini, maka kelajuan objek yang berada pada permukaan equator (atau khatulistiwa) ialah kira-kira 4,000 km/sejam yang akan memusnahkan segala-galanya yang ada dipermukaan bumi seperti rumah, bangunan, tumbuhan, pohon kayu, dan manusia serta binatang-binatang akan berterbangan.

Lagi pun untuk membolehkan bumi perputar pada arah bertentangan, komet yang melanggar bumi mesti pergerak pada kelajuan lebih dari 2 kali kelajuan putaran bumi iaitu 3,300 km/jam (sekiranya saiz komet sama besar dengan saiz bumi), dan mesti melanggar bumi pada sudut dan lokasi yang tepat. Kalau ianya melanggar pada kutub utara, maka matahari tidak akan ‘terbit dari barat’.

Yang ke-tiga, ayat Al-Quran adalah lebih tepat sebab tidak berlaku kerosakkan yang besar kepada makhluk di bumi. Sekiranya berlaku kemusnahan yang besar (misalnya bumi hancur), maka ini bermakna sudah “betul-betul kiamat” dan bukannya lagi “hampir kiamat”. Di dalam hadith di atas menjelaskan selepas matahari naik dari barat maka segala amalan dan taubat tidak diterima lagi, dan dajal akan turun ke bumi (ini menunjukkan manusia maseh lagi hidup di bumi, dan berjalan seperti biasa).

Tambahan pula Al-Quran menyatakan (15:76) manusia akan melihat jalan-jalan tetap tegak, nampak seperti biasa tanpa sebarang kerosakan, dan maseh boleh dilalui.

Ke-empat, penjelasan Al-Quran lebih menyeluruh dan dari teori barat. Ahli sains telah mendapati bahawa terdapat ‘2’ jenis permukaan bulan iaitu permukaan yang cerah (yang sentiasa mengadap bumi), dan permukaan gelap (yang sentiasa membelakangi bumi). Ke dua-dua permukaan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza yang amat ketara seperti warna, daya graviti, kandungan bahan-bahan, ketumpatan dan kemampatan, keradioaktifan, dan sebagainya. Oleh itu apabila bulan merekah ia akan merubah polar graviti, mengeluarkan tenaga elektromagnetik yang boleh menyebabkan daya graviti dan magnet bumi bertindak balas.

Kesimpulan
Al-Quran adalah kalam Allah dan kitab yang mengandungi pelbagai ilmu yang maha hebat dan menjelaskan segala-galanya. Fenomena matahari terbit dari barat dijelaskan Al-Quran dengan terperinci, jelas, dan saintifik. Penjelasan Al-Quran nampak lebih logik dan mudah difahami berbanding dengan teori-teori lain seperti dari Barat.

Wallahualam...