Followers

Friday, July 13, 2012

Laporan Polis oleh Penduduk Kampong Rapat Membantah Perhimpunan OREN

Ipoh 13 julai 2012 Sekumpulan penduduk dari kampong melayu yang diketuai oleh Hj Alang Abd Rahman b. Ahmad Azri hadir beramai ramai ke Balai Polis Kg Rapat untuk membuat aduan untuk membantah perhimpunan Oren yang dianjurkan oleh Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang diadakan di kuala lumpur pada 14 julai 2012.

Menurut Hj Alang perhimpunan itu dikhuatiri boleh mengganggu kestabilan dan keselamatan negara. Dan katanya lagi perhimpunan itu juga akan memburukkan imej Felda sekiranya berlaku keganasan seperti didalam Bersih 3.0 yang lepas, serta akan memecah belahkan masyarakat khususnya peneroka Felda.

Hj Alang amat mengharapkan pihak polis dapat mengambil tindakan tegas terhadap pihak penganjur serta menyekat perhimpunan itu daripada diadakan.

0 comments:

Post a Comment