Followers

Thursday, November 29, 2012

PAS tiada modal nak berdebat bila Ahli UMNO tertumpu ke PWTC

Bermula semalam, ruang debat maya antara ahli PAS dengan Ahli UMNO menjadi hambar apabila seluruh tumpuan hanya ke arah Perhimpunan Agung Umno 2012 di PWTC. Kesan yang sangat ketara dapat dilihat hasil daripada Perhimpunan Agung UMNO ini ialah suara debat ahli PAS yang semakin tersekat-sekat.

Kini kita dapat lihat suara para penyokong Parti PAS, PKR dan DAP semakin lemah disebabkan penipuan mereka kian terbongkar dengan kebenaran yang selama ini disembunyikan. Pelbagai isu basi yang mereka cuba bangkitkan semula untuk membangkitkan kemarahan rakyat sedangkan UMNO baru sahaja menerima amanat dari pemimpin tertinggi dan para perwakilan untuk membuktikan apa yang dilakukan selama ini hanya bagi kepentingan rakyat semata-mata.

Didalam Perhimpunan agung kali ini, pelbagai senjata dibekalkan untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 akan datang nanti. Dipihak pembangkang kelihatannya semakin terdesak dengan mendoakan kehancuran UMNO sedang mereka melihat sendiri penyatuan ahli dalam menghadapi pilihanraya akan datang.

Rakyat mengharapkan agar Barisan Nasional memegang semula tampuk pemerintahan di negeri-negeri yang tewas ke tangan pembangkang. Kini jelaslah bahawa Barisan Nasional Khususnya UMNO sahaja yang layak menerajui pentadbiran seluruh Malaysia.

0 comments:

Post a Comment