Followers

Wednesday, November 28, 2012

PEMUDA TAMBUN TIDAK GENTAR! PAKATAN BAKAL TUMBANG!

Pemuda bahagian Tambun hari ini melahirkan keyakinan menumbangkan Pakatan Rakyat di PRU 13 ini nanti. ' sekalipun Timbalan Presiden UMNO berkata Gendang prrang sudah dipalu, semboyan telah dibunyikan, kami bagaimana telah pun sudah lama bersedia dan bermula. Kami yakin kemenangan Insyallah milik kita' kata Sdr mazlan Abd Rahman Ketua Pemuda UMNO Tambun

Hampir Dua tahun kami telah memulakan kerja dan bersedia untuk pilihanraya kali ini, kami tak menunggu bila pilihanraya makin hampir baru nak mulakan kerja. Memenuhi tanggung jawab mesti bermula dari kita diberi keyakinan, kita diberi mandat maka bermulalah kerja tersebut bila diamanahkan

Bila ditanya adakah Tambun akan terus diterajui UMNO / BN. dengan yakin beliau tegaskan bahawa Insyallah setelah mendapat respon pengundi kami cukup yakin akan menang dalam PRU 13 ini diTambun. Tentang propaganda pihak pembangkang memang dari dulu bercakap yakin menang sebaliknya gagal bila pengundi menolak pakatan Rakyat yang lansung tidak berbuat apa selain menyebar fitnah dan bercakap besar dan berharap pengundi terpedaya dengan segala omong kosong yang hanya suka memutar belitkan fakta serta menghasut pemikiran rakyat supaya menidakan Kerajaan BN yang telah terbukti membawa negara bertambah maju dan aman

Saudara Mazlan juga merupakan diantara ketua pemuda yang begitu aktif di Tambun, mudah didekati dan mudah ramah bila bertemu dengan siapa sahaja. Tambun juga merupakab kubu kuat bagi UMNO dan BN yang gagal ditawan dari dahulu lagi. Bagi pembangkang pula sudah ada kedengaran perbalahan dua pihak antara PKR dan PAS untuk kerusi Hulu kinta dan Manjoi. Nampaknya demi kuasa istilah kawan sudah dilupakan. Yang pastinya Pakatan Rakyat pasti tak senang duduk dan TIDAK SELAMAT.

0 comments:

Post a Comment