Followers

Thursday, January 3, 2013

NGEH CUBA TUTUP MULUT BLOGGERS DENGAN SAMAN?

ISU 10,526 EKAR BELUM TERJAWAB
Nampaknya seperti yang dijangka SAMAN akan menjadi senjata kepada Ngeh untuk menutup pembongkaran oleh blogger Pisau.net dari dia menjawab terus kepada rakyat berkenaan isu Tanah yang seluas Putrajaya yang telah diusahakan oleh PAS Mukim Chiku, Gua Musang, Kelantan kepada sebuah syarikat Upaya Padu Plantation dimana tertera nama Ngeh dan Nga sebagai penama empunya Syarikat tersebut

Ngeh kini cuba Menyaman Blogger Pisau.net yang memaklumkan kepada rakyat di Maya, Eksekutif Yayasan Bina UpayaSdr Mohd Jeffrey Amin yang mendedahkan kepada SPRM dengan bukti salinan dokumen dan Berita Harian yang membuat liputan, menurut ngeh, dia akan menghantar notis bagi mereka meminta maaf dalam tempoh tujuh hari sebelum disusuli saman jika engkar.

Beberapa blog juga telah mula mempertikaikan sikap beliau terutama DAP serta PAS yang nampaknya tidak lagi seperti yang mereka katakan sebelum ini tentang Kebebasan Bersuara, malah ia dilihat cara bagaimana untuk menakutkan serta menghalang dari pembongkaran didalam satu-satu isu yang dikesan ada penyelewengan serta berprofil tinggi atau dalam ertikata lain siapa sahaja yang cuba untuk mendedahkan kepincangan atau penyelewengan akan berhadapan dengan tindakan Makamah? 

Penjelasan belum lagi kita dengar sebaliknya rakyat di tunjuk betapa besarnya kuasa seseorang yang nampaknya boleh menutup apa sahaja dengan kuasa dan keupayaan wang ringgit. Kenapa tiada ruang untuk penjelasan jika tidak bersalah dalam satu-satu isu, nampaknya segala tindakan yang cuba membongkar dan menentang penyelewengan bakal berhadapan dengan tindakan SAMAN semenjak taktik pakatan rakyat nampaknya boleh mengerunkan pendedah kebenaran.

Nampaknya Pihak SPRM juga kena memain peranan disetiap laporan yang dibuat terutamanya oleh rakyat, kerana mereka tampil bagi menuntut kebenaran, kenapa pula mereka pula kena berhadapan dengan saman? Apakah dengan tindakan peguam dengan ayat SAMAN membolehkan sesiapa sahaja tidak akan berani membuka mulut mendedahkan kisah yang sebenar, malah dilihat bakal mengundang bertahun-tahun boleh didelaykan dalam kes tersebut.

Nyata beginilah sebenarnya Sifat pemimpin Pembangkang yang bolehkan tidak akan merasa takut kalau bersalah? kita fikir-fikirkan bagaimana bila dia sendiri menghina umat Islam sesuka hati yang kononnya sebagai KEBEBASAN BERSUARA. PAS sepatutnya menjawab kalau sebagai seorang ISLAM.




0 comments:

Post a Comment