Followers

Thursday, January 24, 2013

SEMBOYAN PERANG PERAK SUDAH BERMULA



Nampakya sudah ada beberapa program yang dirancangkan khusus dengan kehadiran PRU 13 dalam usaha kita cuba memberi maklumat yang sebenar dan menangkis segala Fitnah yang kini dilihat merata-rata dijaja pakartun roket. 

Perak juga tidak terkecuali, desas desus Parlimen yang akan dibubarkan pada 22hb Febuary ini nanti rupana bukan penyebab untuk semua menyusun pelbagai program, kalaulah benar meneka soal tarikh in maka nampaknya Rakyat Perak adakan program seawal selepas parlimen dibubarkan, bermaksud ke esokan hari sudah bermula dengan adanya HIMPUNAN BARISAN 1 MALAYSIA disini, uniknya disini kumpulan Bloggers di Perak di beri peranan penting untuk menjadikan himpunan kali dihadiri oleh pelbagai lapis umur, bangsa, agama dan sebagainya

Sudah tentu kita dapat saksikan bagaimana kebangkitan rakyat sebagai tanda menentang segala tomahan Fitnah oleh pembangkang, sorotan pelbagai Isu termasuk mempermainkan nama Allah dan fitnah bakal terjawab dengan kehadiran ramai kali ini

Rangkaian bloggers, Facebookers, twitterian dan yang tegar dalam cyber tentunya menjadikan peluang ini untuk bertaut bertemu sesama sendiri, dengan berharap semua yang aktif dalam dunia cyber menjadikan peluang ini bagi bertemu sesama sendiri yang sebelum ini hanya mengenal nama gelaran di Akaun FB. Jumpa dan bertukar pendapat serta strategi,  

Antara yang ditunggu dalam ceramah Dato' Fuad Hassan yang terkenal dengan kupasan isu serta ceramah disetiap kali beliau diundang dalam sesi soal jawab dan ceramah, beliau juga ditunggu oleh kebanyakan bloggers-bloggers Perak dan pelayar tegar maya yang mahu mendengar isu terbaru ataupun kupasan beliau terhadap isu tersebut


Upacara penutup majlis dengan kata dua serta ucapan Dato Seri Zambry bin Hj Abd Kadir sememangnya dinantikan oleh kebanyakan yang hadir, beliau yang nampaknya kali ini paling banyak diburukan dan difitnahkan, malah Nizar pun nampaknya semakin kuat meroyan, dan tak henti-henti mencaci dan menghina terutama dalam Twitternya, apa sahaja dalam kerajaan yang sekarang ini menjadi pilihan rakyat menjadi sasarannya mencaci terus mencaci, 

Kehadiran Menteri Besar Perak kali ini akan lebih panas memandangkan dalam tempoh berkempen, tentunya kita akan mendengar pelbagai pembongkaran yang rakyat dahagakan. bagi teman dan rakan PCT akan bersama dengan rakan-rakan bloggers yang lain akan bergabung menjayakan, JOM JOIN... kita jmpa disana nanti, KASI GEGAR SAMA DEMA!!!

Boleh singgah dan like di sini (KLIK),
Sumber : Sekupangdua


0 comments:

Post a Comment