Followers

Sunday, July 1, 2012

Dato Hamidah Hero Umat Islam

Demonstrasi yang dianjurkan oleh beberapa Ngo bersama penduduk tempatan bagi menghalang kerakusan pemimpin munafik dan kafir dari parti pembangkang berjalan dengan lancar dan mendapat pujian daripada umat islam seluruh negara. Beberapa blogger yang hadir di kawasan sekolah agama rakyat dapat melihat sendiri bagaimana bersemangatnya mereka yang hadir mempertahankan pusat pendidikan ilmu islam daripada dirobohkan. Dato Hamidah Osman selaku wakil rakyat kawasan itu adalah sumber inspirasi kepada umat islam kerana berani mempertahankan sekolah agama yang bakal melahirjan insan kamil di jawasan tersebut.

Isu pembinaan sekolah tersebut telah dijadikan sebagai isu politik oleh pihak pembangkang dalam menambat hati pengundi cina. Namun Dato Hamidah tetap bertegas mahu meneruskan pembinaan sekolah tersebut walaupun diugut dan di hina didalam blog penyokong pembangkang.

Demonstrasi pagi tadi sudah cukup membuktikan bahawa masih ramai lagi umat islam di parlimen gopeng yang sensitif akan isu isu agama.

1 comments:

  1. SYABAS & TAHNIAH SEMUA..DEMI ISLAM & MELAYU KITA MELAWAN.

    ReplyDelete