Followers

Thursday, December 20, 2012

ISTIHAR HARTA TERBAIK PENYELESAIAN KES TUKAR UNTUK MB

Istihar Harta untuk buktikan pada RAKYAT!
Sidang Dewan Undangan Negeri kelmarin (Selasa) bukan saja kecoh soal Nga Kor Ming yang dikatakan berbohong dalam penjelasannya dala isu beliau dengan seorang bloggers, Rupanya lagi panas diluar dewan juga dengan kaitan beliau dan Ngeh koo ham bila beberapa NGO yang melaporkan kepada SPRM tentang pendedahan tawaran 4210.4 hektar di Relai, Gua Musang, Kelantan kepada  Pengerusi dan Setiausaha DAP Perak sebagai balasan Menteri Besar Perak untuk PAS sekalipun PAS sendiri menjadi parti yang paling corot di PRU 12.

Dalam pendedahan Blog Pisau.net juga membongkar bila kenapa Koo Ham dan Kor Ming sebagai exco kanan dibuat untuk mengawal sepenuhnya Menteri Besar boneka yang hanya boleh bertahan selama 11 bulan sahaja.
Bertambah kecoh bila pertikaman lidah dalam sidang tadi bila Yb Dato Hamidah Osman pertikaikan isu tersebut dan Nga yang menafikan kononnya tak seinci pun dia memiliki seperti yang didakwa oleh blogger Pisau. bertambah panas bila isu ini disiarkan dalam Berita di beberapa rangkaian TV. Bukti dokumen yang berkaitan juga di siar bagi membuktikan kebenaran seperti yang didakwa, pelbagai pandangan serta kecaman terhadap kedua-duanya yang terlibat supaya membuktikan mereka tidak bersalah

Rakyat dan pemimpin dengan pelbagai pandangan, yang menarik perhatian bila ramai yang Mahu Nga dan Ngeh membuktikan dan mengistiharkan Harta adalah jalan terbaik bagi merungkaikan isu ini kepada rakyat. Jika benar tiada kerja menyamun harta seperti ini maka tak perlu takut untuk membuktikan sekalipun dengan Istiharkan harta mereka yang ada, kenapa perlu takut?

Sebaliknya kes begini cukup menarik dengan beberapa kesimpulan dan tanda tanya, 

1. Tarikh pada kejadian memang sama dengan tarikh insiden mencari MENTERI BESAR BONEKA
2. Kalau dilihat kawasan tawaran Di Relai, Gua Musang yang kita tahu tidak merugikan sangat pada PAS kerana maklum kita tahu PAS memang tidak ada pengaruh atau menakluki kawasan Tengku Razali dan kubu kuat BN. PAS juga tidak akan rugi apa-apa di kubu kuat BN
3. Bagaimana PAS boleh menjadi Menteri Besar sedangkan Parti PAS adalah yang paling tercorot 
4. Menteri Besar Boneka memang terbukti diapit oleh Nga dan Ngeh dimana sahaja termasuk dalam sidang Dun sekali pun
5. Banyak persoalan atau pertanyaan termasuk dalam sidang dun sekali pun Nga dan Ngeh yang lebih bercakap dan menjawab walaupun soalan ditujukan kepada Nizar Jamaludin
6. Kalau benar lah  benar kejadian seperti yang didakwa, maka terjawab lah persoalan kenapa satu ketika dahulu bila UMNO dan PAS yang cuba bergabung membentuk Kerajaan Negeri Perak ini gagal sekalipun dilihat Rakyat serta Umat Islam terutama bangsa  Melayu menaruh harapan melihat penyatuan dalam membentuk kerajaan campuran yang pertama kali dalam sejarah politik di Malaysia 
7. Maka tidak hairanlah kita kebelakangan ini PAS seperti menjadi hamba perintah DAP bila kadang kala PAS diheret oleh DAP seperti BERSIH dan beberapa siri demonstrasi haram sedangkan kita cukup faham PAS sebelum ini bukanlah bersikap agresif sehinggalah diheret oleh arahan orang lain

Banyak lagi teka teki yang belum terjawab dan dilihat tepat pada waktunya disetiap kejadian jika kita menyorot semua pelbagai persoalan sebelum ini, walau bagaimana pun kita juga perlu sedar sekalipun jika diistihar harta atas nga dan ngeh tidak bermakna semuanya seperti yang tercatat boleh membuktikan kerana mereka berdua ini bukan calang orang tetapi sebagai Pemimpin dan PEGUAM tentunya lebih bijak bagaimana  menyimpan harta seperti cerita P. Ramlee dengan 40 Penyamun yang menyimpan harta didalam gua..... 

Istihar dan selidik nilai harta dan keluarga dan terdekat juga kena di siasat kalau la macam cerita 40 penyamun yang sorokan dalam gua yang didalam hutan, mungkin tidak pada dia tapi pada yang lain, almaklumlah seorang peguam tentunya bijak.

0 comments:

Post a Comment