Followers

Saturday, December 1, 2012

UCAPAN PENUTUP DS NAJIB MENUTUP P.A.U 2012


Sedang berlansung ketika ini bila DS Presiden UMNO sedang berucap penutup Perhimpunan Agung UMNO 2012, Ds Najib memulakan dengan penghargaan terhadap pemimpin dahulu yang memberikan laluan dan kepercayaan terhadapnya untuk memimpin serta memberi pandangan demi menyambung perjuangan UMNO terutamanya Tun Mahathir dan Pak Lah

Perhimpunan kali ini nampaknya lebih luar Biasa. ini memberikan tanda UMNO sudah cukup bersedia untuk pru 13. Selain itu juga Ds Presiden mengingatkan pada semua ahli bahawa beliau tak risau dengan kekuatan UMNO bagi menghadapiPRU 13. Apa yang ditekankan bahawa UMNO juga bertegas dan menolak golongan pemimpin sabotaj parti.

Antara yang paling terbaik contoh mereka yang berpaling tadah adalah Bekas pemimpin yange satu ketika dahulu juga menjadi menteri dan kini beralih dan mengkhianati Parti dan orang melayu. DS Juga mengingatkan bukan kah dia juga menjadi penyokong LGBT yang memang bukan sifat orang islam dan melayu

Seduah tiba masanya kita perlu kukuhkan UMNO sebagai satu institusi supaya kita punya satu kekuatan... kekuatan ilmu dan minda pada UMNO. Ds juga setuju satu institusi terutama pemuda dan puteri diberi keutamaan bagi golongan ini untuk mereka membina minda , ilmu dan perjuangan dalam UMNO dan perlu disegerakan

Bagi wanita juga beliau bersetuju supaya mereka yang diberikan pinjaman Amanah ikhtiar sebelum ini dari 50 ribu ke 100 ribu. kerajaan akan mencari jalan untuk mereka yang di istihar bengkerap bukan kerana salah guna bantuan sebaliknya terinaya kerana gara-gara hanya menjadi saksi kepada rakan yang meminjam

DS najib juga mengucapkan terima kasih kepada pejuang maya. secara bergurau dia juga mendapat feedback yang baik sekalipun bukan lah macam seorang artis seperti Lisa Suraini. Beliau juga mengucapkan terima kasih terrhadap pejuang cyber dan berharap mereka terus akan menentang fitnah dan pembohongan

demi islam melayu anak isteri kita demia kedaulatan dan kesucian islam kerana umno memperjuangkan islam. bersatu sesama ahli UMNO dan jangan bersengketaan sesama kita
katakan kepada jiwa dan hati kita akan mempertahankan islam hanya kerana UMNO sahaja yang menjaga perjuangan islam
beliau juga mengingkat bahawa jangan sesekali kita membuat kesilapan, satu undi untuk PKR bakal merosakan dan menghancurkan Bangsa, satu undi untuk PAS maka rosaklah Akidah kita dan satu undi untuk DAP maka bakal membangsatkan bangsa dan memusnahkan kan negara...

Ds Najib juga minta semua perwakilan bangun dan mengengamkan tangan kanan dan penuh yakin dan
percaya meletakan didada kita dan diikuti oleh semua hadiran yang bangun termasuk diluar dewan..,

SATU HATI DAN NIAT KITA,
KATAKAN TUAN-TUAN,
KATAKAN DARI HATI DAN JIWA KITA
DEMI ISLAM,
DEMI MELAYU,
DEMI MALAYSIA
DEMI NEGERI YANG BERTUAH INI
DEMI ANAK CUCU KITA
KITA MESTI SEDIA SETIA PADA PERJUANGAN UMNO
DEMI KEDAULATAN DAN KESUCIAN AGAMA ISLAM
KERANA UMNO YANG MEMPERTAHANKAN ISLAM
KITA MESTI TAAT PADA PEMIMPIN UMNO
DEMI KEMENAGAN PARTI
KERANA UMNO PEMBELA RAKYAT

KITA MESTI BERSATU SESAMA AHLI UMNO
JANGAN BERSENGKETA
KERANA PERPADUANLAH TIANG SERI KEPADA KEJAYAAN KITA
YAKIN DAN PERCAYALAH
HANYA UMNO YANG MAMPU MEMPERTAHANKAN KESUCIAN AGAMA ISLAM
PERCAYA DAN YAKINLAH...
HANYA UMNO SAHAJA YANG MAMPU MEMBELA UNTUNG NASIB BANGSA MELAYU DAN KAUM KAUM LAIN

KATAKAN DALAM JIWA KITA...
HIDUP DAN MATI KU HANYALAH UNTUK ISLAM
WAJIB MEMPERTAHANKAN UMNO...
KERANA UMNO MEMPERTAHANKAN ISLAM...

Ds Najib juga mengingatkan semua ahli...
Satu undi untuk PKR, maksudnya datu undi untuk kerosakan akidah dan kehancuran sosial

Satu undi untuk PAS bererti satu undi untuk perpecahan Umat islam

Satu Undi untuk DAP maksudnya satu undi untuk penindasan bangsa yang tercinta

Yakin dan percayalah...

Satu undi untuk UMNO dan Barisan Nasional... bermaksud satu undi untuk keselamatan Akidah umat islam

Satu undi untuk BN bermaksud satu undi untuk perpaduan dan kekuatan umah

Satu undi untuk BN, maksudnya satu undi untuk pembelaan bangsa Malaysia

DS Najib juga meminta semua perwakilan menadah tangan dan berdoa kepada pertolongan dari Allah...

Ya Allah... Kuatkanlah UMNO
Ya Allah Kuatkan Barisan
Ya Allah Kuatkan kami ya Allah
Tolonglah kami untuk memelihara Agama Islam
Tolonglah kami untuk membela bangsa Melayu dan bangsa lain
Tolonglah kami untuk berlaku adil pada semua
Peliharalah kami dari fitnah manusia
Peliharalah kami daripada kerosakan bangsa
Pelihara kah kami dari kehancuran negara
Berilah kami kemenangan kepada UMNO dan Barisan Nasional
Berilah kemenangan kepada kami demi Agama Islam bangsa dan negara
Ya Allah kabulkanlah doa dan permintaan kami, amin... ya rabulaalamin...


0 comments:

Post a Comment