Followers

Thursday, January 24, 2013

SEMBOYAN PERANG PERAK SUDAH BERMULA



Nampakya sudah ada beberapa program yang dirancangkan khusus dengan kehadiran PRU 13 dalam usaha kita cuba memberi maklumat yang sebenar dan menangkis segala Fitnah yang kini dilihat merata-rata dijaja pakartun roket. 

Perak juga tidak terkecuali, desas desus Parlimen yang akan dibubarkan pada 22hb Febuary ini nanti rupana bukan penyebab untuk semua menyusun pelbagai program, kalaulah benar meneka soal tarikh in maka nampaknya Rakyat Perak adakan program seawal selepas parlimen dibubarkan, bermaksud ke esokan hari sudah bermula dengan adanya HIMPUNAN BARISAN 1 MALAYSIA disini, uniknya disini kumpulan Bloggers di Perak di beri peranan penting untuk menjadikan himpunan kali dihadiri oleh pelbagai lapis umur, bangsa, agama dan sebagainya

Sudah tentu kita dapat saksikan bagaimana kebangkitan rakyat sebagai tanda menentang segala tomahan Fitnah oleh pembangkang, sorotan pelbagai Isu termasuk mempermainkan nama Allah dan fitnah bakal terjawab dengan kehadiran ramai kali ini

Rangkaian bloggers, Facebookers, twitterian dan yang tegar dalam cyber tentunya menjadikan peluang ini untuk bertaut bertemu sesama sendiri, dengan berharap semua yang aktif dalam dunia cyber menjadikan peluang ini bagi bertemu sesama sendiri yang sebelum ini hanya mengenal nama gelaran di Akaun FB. Jumpa dan bertukar pendapat serta strategi,  

Antara yang ditunggu dalam ceramah Dato' Fuad Hassan yang terkenal dengan kupasan isu serta ceramah disetiap kali beliau diundang dalam sesi soal jawab dan ceramah, beliau juga ditunggu oleh kebanyakan bloggers-bloggers Perak dan pelayar tegar maya yang mahu mendengar isu terbaru ataupun kupasan beliau terhadap isu tersebut


Upacara penutup majlis dengan kata dua serta ucapan Dato Seri Zambry bin Hj Abd Kadir sememangnya dinantikan oleh kebanyakan yang hadir, beliau yang nampaknya kali ini paling banyak diburukan dan difitnahkan, malah Nizar pun nampaknya semakin kuat meroyan, dan tak henti-henti mencaci dan menghina terutama dalam Twitternya, apa sahaja dalam kerajaan yang sekarang ini menjadi pilihan rakyat menjadi sasarannya mencaci terus mencaci, 

Kehadiran Menteri Besar Perak kali ini akan lebih panas memandangkan dalam tempoh berkempen, tentunya kita akan mendengar pelbagai pembongkaran yang rakyat dahagakan. bagi teman dan rakan PCT akan bersama dengan rakan-rakan bloggers yang lain akan bergabung menjayakan, JOM JOIN... kita jmpa disana nanti, KASI GEGAR SAMA DEMA!!!

Boleh singgah dan like di sini (KLIK),
Sumber : Sekupangdua


Wednesday, January 9, 2013

LAPORAN POLIS TERHADAP ANCAMAN KESELAMATAN BLOGGER PISAU OLEH NGA


lapor di Balai IPK Ipoh
Satu laporan POLIS di IPK Ipoh kira- kira jam 4.30 petang terhadap posting di facebook Adun Pantai Remis Nga yang menggunakan bahasa Cina seolah-olah ditujukan kepada samseng Cina yang disedari oleh pelapornya Sdr  Amir Izwan Abdul Razak dan Sdr Salim yang juga merupakan pengguna Facebook yang menyedari posting dalam FB pemimin Dap ini  pada 9hb Januari, jam 11.00 pagi tadi 

Menurut kedua-dua pelapor tersebut beliau mendapatkan khidmat seorang rakan untuk mengetahui apakah sebenarnya yang dimaksudkan bila ayat tersebut didakwa tidak boleh dialih bahasa (Transfer) dengan Alat terjemahan di internet yang sedia ada, melihat pada kesulitan untuk menterjemahkan dan memahami ayat yang terkandung dalam catatan FB Ngah tersebut beliau merasakan sebagai ayat-ayat   yang digunakan boleh mengancam serta membahayakan blogger Pisau.net

Beliau juga merasakan ayat berkenaan menjadikan blogger pisau.net sebagai buruan yang boleh membahayakan keselamatan beliau serta keluarganya, merasakan kesedaran ini beliau membuat Laporan Polis agar kenyataan yang berbaur ancaman yang dinyatakan oleh YB Nga dilaman FB nya disiasat oleh pihak POLIS.








Thursday, January 3, 2013

NGEH CUBA TUTUP MULUT BLOGGERS DENGAN SAMAN?

ISU 10,526 EKAR BELUM TERJAWAB
Nampaknya seperti yang dijangka SAMAN akan menjadi senjata kepada Ngeh untuk menutup pembongkaran oleh blogger Pisau.net dari dia menjawab terus kepada rakyat berkenaan isu Tanah yang seluas Putrajaya yang telah diusahakan oleh PAS Mukim Chiku, Gua Musang, Kelantan kepada sebuah syarikat Upaya Padu Plantation dimana tertera nama Ngeh dan Nga sebagai penama empunya Syarikat tersebut

Ngeh kini cuba Menyaman Blogger Pisau.net yang memaklumkan kepada rakyat di Maya, Eksekutif Yayasan Bina UpayaSdr Mohd Jeffrey Amin yang mendedahkan kepada SPRM dengan bukti salinan dokumen dan Berita Harian yang membuat liputan, menurut ngeh, dia akan menghantar notis bagi mereka meminta maaf dalam tempoh tujuh hari sebelum disusuli saman jika engkar.

Beberapa blog juga telah mula mempertikaikan sikap beliau terutama DAP serta PAS yang nampaknya tidak lagi seperti yang mereka katakan sebelum ini tentang Kebebasan Bersuara, malah ia dilihat cara bagaimana untuk menakutkan serta menghalang dari pembongkaran didalam satu-satu isu yang dikesan ada penyelewengan serta berprofil tinggi atau dalam ertikata lain siapa sahaja yang cuba untuk mendedahkan kepincangan atau penyelewengan akan berhadapan dengan tindakan Makamah? 

Penjelasan belum lagi kita dengar sebaliknya rakyat di tunjuk betapa besarnya kuasa seseorang yang nampaknya boleh menutup apa sahaja dengan kuasa dan keupayaan wang ringgit. Kenapa tiada ruang untuk penjelasan jika tidak bersalah dalam satu-satu isu, nampaknya segala tindakan yang cuba membongkar dan menentang penyelewengan bakal berhadapan dengan tindakan SAMAN semenjak taktik pakatan rakyat nampaknya boleh mengerunkan pendedah kebenaran.

Nampaknya Pihak SPRM juga kena memain peranan disetiap laporan yang dibuat terutamanya oleh rakyat, kerana mereka tampil bagi menuntut kebenaran, kenapa pula mereka pula kena berhadapan dengan saman? Apakah dengan tindakan peguam dengan ayat SAMAN membolehkan sesiapa sahaja tidak akan berani membuka mulut mendedahkan kisah yang sebenar, malah dilihat bakal mengundang bertahun-tahun boleh didelaykan dalam kes tersebut.

Nyata beginilah sebenarnya Sifat pemimpin Pembangkang yang bolehkan tidak akan merasa takut kalau bersalah? kita fikir-fikirkan bagaimana bila dia sendiri menghina umat Islam sesuka hati yang kononnya sebagai KEBEBASAN BERSUARA. PAS sepatutnya menjawab kalau sebagai seorang ISLAM.




Sunday, December 23, 2012

DATO HAMIDAH OSMAN DIUGUT KERAN PENDEDAHAN, AKAN TERUS MEMBONGKAR!!!





Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Hamidah berjanji akan terus mendedahkan penyelewengan parti-parti pembangkang di negeri ini sekalipun beliau berdepan dengan pelbagai risiko yang mengancam keselamatan diri dan keluarganya.
Hamidah berkata, sudah tiba masanya beliau mendedahkan penyelewengan yang dibuat pembangkang supaya rakyat tidak terus terpedaya dengan imej pembangkang yang kononnya suci, sifar rasuah, sifar kroni dan baik-baik belaka.
tidak gentar, dedah tetap dedah!!!!! 

Beliau juga berkata, ugutan yang dibuat Adun Pantai Remis Nga Kor Ming terhadapnya rentetan pendedahan mengenai isu tanah dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Perak kelmarin tidak sama sekali mematahkan semangatnya untuk terus membongkar penyelewengan pihak pembangkang.

``Saya tidak akan patah semangat untuk terus membuat pembongkaran ini kerana rakyat perlu tahu apa yang mereka lakukan selama ini. ``Ini kerana pembangkang meletakkan diri mereka seolah-olah begitu suci, baik tetapi hakikat sebenarnya mereka itu lebih teruk daripada apa yang mereka gambarkan kepada BN,’’ katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis terhadap Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming di Balai Polis Kampung Rapat, Ipoh pagi tadi.

Menurut Hamidah, beliau melihat Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham semakin tertekan apabila pendedahan berhubung isu Upaya Padu Plantation Sdn Bhd yang melibatkan kawasan tanah seluas 10,526 ekar di Relai Mukim Chiku, Gua Musang, Kelantan. 


``Malah maklum balas yang saya terima dikalangan Adun mereka menyuarakan sendiri kepada saya ketidak puashati mereka terhadap apa yang berlaku,’’ ujarnya.

Hamidah juga menjelaskan dia membuat laporan polis hari ini adalah untuk mendapatkan perlindungan bagi menjaga keselamatan diri dan keluarganya apabila diugut sebegitu rupa.


``Mungkin kerana tertekan mereka ini akan melakukan sesuatu terhadap saya dan juga keluarga saya maka saya membuat laporan polis untuk mendapatkan perlindungan polis,’’ katanya.
Dato’ Hamidah Osman membuat laporan polis terhadap Adun Pantai Remis, Nga Ko Ming kerana membuat satu ugutan yang disifatkan sebagai mengancam diri dan keluarganya.


Menurut Hamidah, pada 20 Disember jam 3.30 petang semasa dia berada di Dewan Makan Dewan Undangan Negeri, Nga Kor Ming telah datang kemejanya lalu menuding jari dengan berkata ``You dedah (revealed) you watch out I will go after you’’.
Beliau menganggap kata-kata Nga Kor Ming itubentuk ugutan dan percaya Adun Pantai Remis itu akan membuat sesuatu yang buruk terhadap dirinya dan juga keluarganya.

Semasa sidang Dewan kelmarin, Adun Slim, Dato’ Ahmad Khushairi Abdul Talib dan Dato’ Hamidah membuat pendedahan berdasarkan carian dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Upaya Padu Plantation Sdn Bhd dimiliki hampir 100 peratus oleh Ngeh Koo Ham.


Hamidah ketika mencelah perbahasan Khusairi mendedahkan daripada dokumen yang diperolehi Upaya Padu yang mempunyai tanah 10,526 ekardimiliki oleh Efektif Kirana Sdn Bhd dan Ngeh Koo Ham.


Efektif Kirana memegang saham 51 peratus bernilai RM16 juta dan Ngeh Ko Ham 40 peratus bernilai RM15 juta.

Dalam Efektif Kirana pula Ngeh Koo Ham memegang saham 99%, oleh itu syarikat Upayapadu Sdn. Bhd. sebenarnya kepunyaan Ngeh Koo Ham. 
 SUMBER @ Blog Anak Jati Malaya (KLIK) 

Saturday, December 22, 2012

YOEP MENGGANAS MALAM NI?

Perak yang diwakili pemain Piala Presiden dan skuad Belia Bawah 19 tahun mahu menamatkan musim 2012 dengan menjulang Piala Emas Raja-Raja. Hasrat itu disuarakan jurulatih Seladang, Abu Bakar Fadzim yang juga pengendali skuad Piala Presiden itu ketika mengulas mengenai final dengan Kedah yang akan diadakan di Stadium Perak, Sabtu ini.

"Pemain saya mahu mengulangi kejayaan merangkul Piala Presiden musim ini dalam final yang akan diadakan di Ipoh.
Ditambah dengan kejayaan Persatuan Bola Sepak Melayu Perak (PBMP) mendapatkan hak menjadi tuan rumah bagi perlawanan akhir itu, saya yakin ia akan meningkatkan lagi semangat pemain," katanya semalam.
Jurulatih itu yakin anak buahnya berada di atas landasan tepat untuk turun membut perhitungan dengan Kedah, naib juara 2009.
"Semangat pemain tinggi pada masa ini. Mereka bertekad membawa pulang piala bagi menjulang nama negeri selepas Perak tenggelam selama 22 tahun," katanya.

Malah semangat pasukan semakin meningkat dengan kehadiran semula kapten, Mohd Nasir Basharuddin yang pulih daripada kecederaan.
"Nasir sudah sembuh dan kehadirannya akan memantapkan lagi benteng Perak." Namun Bakar tidak mahu anak buahnya bersikap terlalu yakin walaupun Perak pernah menundukkan Kedah, 2-1 dalam perlawanan pemanas badan.
"Itu perlawanan persahabatan. Ia tidak boleh dijadikan ukuran dan sandaran. Kedah juga buah calang-calang pasukan.
"Saya jangka pertarungan sengit dan menarik Sabtu ini. Justeru pemain Perak perlu menggunakan kelebihan bermain di tempat sendiri," katanya.
Kerajaan negeri Perak akan menambah hadiah sebanyak RM40,000 jika Perak berjaya muncul juara kejohanan bola sepak Piala Emas Raja-Raja edisi 2012 berdepan Kedah pada 22 Disember ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin memberitahu, Menteri Besar, Datuk Sri Dr. Zambry Abd. Kadir bersetuju menambah jumlah wang hadiah jika Perak berjaya menjulang piala tersebut.
Difahamkan juara Piala Emas Raja-Raja akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM40,000 daripada Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBMM).

Oleh itu, skuad bimbingan Abu Bakar Fadzim akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM80,000 jika mereka berjaya membawa pulang Piala Emas Raja-Raja.

Perak layak ke perlawanan akhir setelah membelasah Selangor 6-1 dalam separuh akhir kedua di Ipoh kelmarin untuk agregat 7-1 .
Pada separuh akhir pertama di Shah Alam, minggu lalu, Perak yang dibarisi pemain-pemain Piala Presiden menang 1-0.
Kejayaan Perak layak ke perlawanan akhir merupakan peluang untuk mereka mengulangi kejayaan 22 tahun lalu.
Kali terakhir Perak layak ke perlawanan akhir pada tahun 1990 dan muncul juara setelah mengalahkan Kelantan 3-0.
Kita menambah wang hadiah itu bagi merangsang para pemain supaya bekerja keras untuk mengejar kejuaraan yang dinantikan sejak 22 tahun lalu," jelas Zainol.

Hasrat kerajaan negeri menambah wang hadiah itu telah diumumkan kepada semua pemain dan pegawai pasukan Perak selepas perlawanan separuh akhir kedua kelmarin.
TC: Errrrr, jangan lupa jugak ye Kerajaan Negeri bagi insentif promosi buat bloggers2 Perak ye bosssss.. Ngeeee..
KEJOR YOP KEJOR

taipingcentral.blogspot.com

Friday, December 21, 2012

10, 265 EKAR NIE SAPA PUNYA? ITU SAJA.......



Selesai sudah Sidang Dewan Undangan Negeri Perak bagi 2012, Kali ini nampaknya Dewan begitu kecoh kerana pembentangan Badget 2013, sebaliknya panas dengan pelbagai Isu seperti pembohongan Nga didalam dewan bila dia menyatakan Blogger Sekupangdua yang kononnya telah memohon maaf, mengaku fitnah dan dihukum. 

Bagi mencari penyelesaian dan menjawab persoalan, Dato Hamdi yang bertanggung jawab  dalam  penerangan mengambil keputusan mengadakan PC (Press Conference) bersama blogger dan peguamnya tampil menjelaskan sebenarnya

Isu tak habis disitu , sebaik pembohongan tersebut didengar Bloggers Sekupang tampil menafi dan membuat kenyataan akhbar dimana segala pembohingan Nga bila dia menjelaskan dalam sidang, selepas itu pula muncul lagi satu Isu yang ada kaitan Dua kembar diktator DAP soal habuan Nizar menjawat Menteri Besar selama 11 bulan yang disyaki ada kaitan dengan pertukaran 10, 265 ekar  tanah di mukim chiku, gua musang sidedahkan oleh bloggers Pisau.net

Sidang kali ini juga dilihat peranan media masa begitu penting sebagai medium utama untuk golongan remaja keatas, kali ini nampaknya peranan pejuang maya cukup berkesan menangkis tomahan dan Fitnah terutama dari pembangkang.

Bagi rakan pakatan juga nampaknya makin longgar, dengan kejadian seperti yang didedahkan sedikit sebanyak membuat kemarahan penyokong terutama PAS yang dilihat menjadi mangsa Pencacai kepada yang selama hari ini dianggap paling jujur dalam pakatan, pendedahan juga dilihat bagaimana sebenarnya PAS sebagai boneka dan ikut telunjuk jari kepada DAP!

SIAM DOLL selepas CHINA DOLLS?



PANAS! lagi pendedahan dan sambungan episod baru Made in Thailand? Agak hangat video ini mula mendapat perhatian ramai bila tersiar Video diatas di laman youtube, memang nampaknya kali ini kamera dan bilik juga jelas berbeza seperti mana yang suatu ketika dahulu paling hangat diperkatakan tersiar dilaman youtube  

Menurut klip tersebut Berbeza dari segi pelakonnya, kali ini bukan seorang yang jadi pasangan aksi hebat ini sebaliknya satu lawan dua, dan tertera juga kali ini bukan sebelumnya bika China doll, kali ini dikatakan Made in Siam pula dan berlaku di Thailand.

Apa-apa pun ada angin-angin sebelum ini ada lagi video yang bakal disiarkan nampaknya terjawab! kita tunggu sahaja hari nya nanti, apa pula kata penyokong Aljub yang menafikan video sebelum ini. Pelik juga bila gambar Altantuya yang cukup jelas diedit  disuruh percaya,bsebaliknya cukup jelas aksi ranjang dakam bentuk video dikatakan pembohongan, memang begitulah kalau berfikir guna lutut, bukan Akal di otak

PAS CHIKU,GUA MUSANG KECEWA TANAH DISERAH KE UPAYAPADU PLANTATION



Terjahan YB Dato Hamidah Osman ( Sg Rapat) nampaknya tidak selesai didalam dewan sahaja, Ngeh nampaknya tidak kelihatan dibangku Dun Setiawan selama dua hari menjadi tanda tanya kemana beliau menghilang? Nampaknya Ngah berseorangan menjawab segala persoalan terutama bila dewan serta rakyat yang mengikuti perkembangan seolah pembohongan dihalalkan menjadikan rakyat tertipu dengan tidak mengambil kira perasaan pengundi apa tah lagi bila tanah tersebut rupanya diusahakan oleh PAS sendiri

Ngeh juga pertikaikan bagaimana  rashia begini boleh bocor dan tentunya terasa tidak senang kenapa rakan Pakatan boleh berlaku begitu dengan terdedahnya isu Tanah yang selama ini tidak siapa yang ketahui termasuk PAS Perak serta rakan parti yang lain dalam pakatan


Terkini Pendedahan dalam satu laman blog (KLIK) ternyata PAS Chiku Gua Musang Ustaz Zulkifli dan Ketua Pemuda PAS Dun Paloh ustaz Ridzuan Ali begitu kecewa dan marah kearana tanah yang dimaksudkan telah diusahakan sejak 1990 lagi oleh penyokong PAS Mukim Relai diserahkan  kepada Upayapadu Plantation apatah lagi begitu kecewa bila mengetahui pemilik Upayapadu Plantation rupanya dimiliki orang luar  bila siri pembongkaran semasa Sidang Dun Perak yang berakhir hari ini (jumaat)

PAS Perak pula nampaknya kelu membisu, tak tahulah kenapa berdiam diri, pelbagai sebab terfikir bila nampaknya Diam seolah jalan yang paling selamat. Nyata kita selama ini diperkatakan oleh rakyat yang DAP sebagai Boss besar kepada PAS, Kemungkinan secara logik juga ada bila PAS adalah parti yang tercorot dalam memenangi kerusi Dun di PRU 12  sebaliknya menjawat jawatan tertinggi sebagai Menteri Besar. 

Bukan setakat itu sahaja, sebelum ini juga kita cukup sedar DAP terutamannya memang berhasrat menakluk negeri yang dimenangi contohnya seperti Pulau Pinang.  Berlainan Pula di Perak, Jawatan Nombor satu dalam negeri Perak cukup Mudah diberikan kepada PAS, lagi pelik bila tidak kah DAP mengambil keputusan begini tanpa mengira pendapat  ahli DAP yang lain? Bukan setakat itu sahaja  rakyat terutama ahli parti sendiri jadi binggung bial DAP sekian lama mahu menakluk Perak sebaliknya bila berpeluang mereka serahkan kepada PAS sebagai Menteri Besar! DELIMA dalam pertanyaan serah secara PERCUMA sahaja ker? 


Sidang hari ini juga bertambah panas  YB Dato Hamidah meminta Ngah dan Ngeh membuat pengakuan adakah mereka membeli Syarikat yang diberi tanah oleh Kelantan seluas 10,526  ektar? minta mengaku mereka yang punya syarikat tersebut sekalipun cuba ditepis persoalan demi persoalan yang dibangkitkan  oleh Sidang, Hamidah juga mendesak supaya Nga dan Ngeh nyatakan berapa nilai syarikat tersebut yang dibeli kerana nilai tanah tersebut boleh mencecah puluhan juta ringgit.?

Yb Dato  Sungai Rapat juga mendedahkan dengan  bukti dokumen mereka juga mendapat pinjaman bank 6.2 juta walau bagaimanapun mahukan 30 juta, Hamidah juga telah mendapatkan salinan pendaftaraan SSM syarikat tersebut cukup jelas tertera nama nga dan ngeh sekalipun pada mulanya tidak mengaku bila ditanya sebelum ini. 


  

Thursday, December 20, 2012

ISTIHAR HARTA TERBAIK PENYELESAIAN KES TUKAR UNTUK MB

Istihar Harta untuk buktikan pada RAKYAT!
Sidang Dewan Undangan Negeri kelmarin (Selasa) bukan saja kecoh soal Nga Kor Ming yang dikatakan berbohong dalam penjelasannya dala isu beliau dengan seorang bloggers, Rupanya lagi panas diluar dewan juga dengan kaitan beliau dan Ngeh koo ham bila beberapa NGO yang melaporkan kepada SPRM tentang pendedahan tawaran 4210.4 hektar di Relai, Gua Musang, Kelantan kepada  Pengerusi dan Setiausaha DAP Perak sebagai balasan Menteri Besar Perak untuk PAS sekalipun PAS sendiri menjadi parti yang paling corot di PRU 12.

Dalam pendedahan Blog Pisau.net juga membongkar bila kenapa Koo Ham dan Kor Ming sebagai exco kanan dibuat untuk mengawal sepenuhnya Menteri Besar boneka yang hanya boleh bertahan selama 11 bulan sahaja.
Bertambah kecoh bila pertikaman lidah dalam sidang tadi bila Yb Dato Hamidah Osman pertikaikan isu tersebut dan Nga yang menafikan kononnya tak seinci pun dia memiliki seperti yang didakwa oleh blogger Pisau. bertambah panas bila isu ini disiarkan dalam Berita di beberapa rangkaian TV. Bukti dokumen yang berkaitan juga di siar bagi membuktikan kebenaran seperti yang didakwa, pelbagai pandangan serta kecaman terhadap kedua-duanya yang terlibat supaya membuktikan mereka tidak bersalah

Rakyat dan pemimpin dengan pelbagai pandangan, yang menarik perhatian bila ramai yang Mahu Nga dan Ngeh membuktikan dan mengistiharkan Harta adalah jalan terbaik bagi merungkaikan isu ini kepada rakyat. Jika benar tiada kerja menyamun harta seperti ini maka tak perlu takut untuk membuktikan sekalipun dengan Istiharkan harta mereka yang ada, kenapa perlu takut?

Sebaliknya kes begini cukup menarik dengan beberapa kesimpulan dan tanda tanya, 

1. Tarikh pada kejadian memang sama dengan tarikh insiden mencari MENTERI BESAR BONEKA
2. Kalau dilihat kawasan tawaran Di Relai, Gua Musang yang kita tahu tidak merugikan sangat pada PAS kerana maklum kita tahu PAS memang tidak ada pengaruh atau menakluki kawasan Tengku Razali dan kubu kuat BN. PAS juga tidak akan rugi apa-apa di kubu kuat BN
3. Bagaimana PAS boleh menjadi Menteri Besar sedangkan Parti PAS adalah yang paling tercorot 
4. Menteri Besar Boneka memang terbukti diapit oleh Nga dan Ngeh dimana sahaja termasuk dalam sidang Dun sekali pun
5. Banyak persoalan atau pertanyaan termasuk dalam sidang dun sekali pun Nga dan Ngeh yang lebih bercakap dan menjawab walaupun soalan ditujukan kepada Nizar Jamaludin
6. Kalau benar lah  benar kejadian seperti yang didakwa, maka terjawab lah persoalan kenapa satu ketika dahulu bila UMNO dan PAS yang cuba bergabung membentuk Kerajaan Negeri Perak ini gagal sekalipun dilihat Rakyat serta Umat Islam terutama bangsa  Melayu menaruh harapan melihat penyatuan dalam membentuk kerajaan campuran yang pertama kali dalam sejarah politik di Malaysia 
7. Maka tidak hairanlah kita kebelakangan ini PAS seperti menjadi hamba perintah DAP bila kadang kala PAS diheret oleh DAP seperti BERSIH dan beberapa siri demonstrasi haram sedangkan kita cukup faham PAS sebelum ini bukanlah bersikap agresif sehinggalah diheret oleh arahan orang lain

Banyak lagi teka teki yang belum terjawab dan dilihat tepat pada waktunya disetiap kejadian jika kita menyorot semua pelbagai persoalan sebelum ini, walau bagaimana pun kita juga perlu sedar sekalipun jika diistihar harta atas nga dan ngeh tidak bermakna semuanya seperti yang tercatat boleh membuktikan kerana mereka berdua ini bukan calang orang tetapi sebagai Pemimpin dan PEGUAM tentunya lebih bijak bagaimana  menyimpan harta seperti cerita P. Ramlee dengan 40 Penyamun yang menyimpan harta didalam gua..... 

Istihar dan selidik nilai harta dan keluarga dan terdekat juga kena di siasat kalau la macam cerita 40 penyamun yang sorokan dalam gua yang didalam hutan, mungkin tidak pada dia tapi pada yang lain, almaklumlah seorang peguam tentunya bijak.

Tuesday, December 18, 2012

NGA KO MING BERBOHONG DALAM SIDANG DEWAN DUN PERAK?

TEMAN TIDAK PERNAH MEMINTA MAAF PADA DIA
KECOH SIDANG DUN NEGERI PERAK!  Nga Kor Ming Berbohong dalam dewan? nampaknya kali ini beliau lebih hebat dan berani bila dalam dewan ketika mendengarkan keterangan beliau dengan mengatakan bahawa dalam isu beliau dan Sekupangdua dengan berbohong, menurut beliau dalam isu Saman tersebut bloggers sekupangdua telahpun meminta maaf kerana memfitnah, mengaku bersalah dan dihukum oleh makamah.

Terkini sebelum ini seperti biasa bila Konvensyen DAP yang berlansung di Ipoh, Nga dalam laman blognya, mengatakan bahawa Bloggers Sekupang telah meminta Maaf pada beliau, malah mengaku bersalah kerana memfitnah beliau dan mengatakan makamah mendapati bersalah. mukin k ita dapat meneka punca atau sebab setiap kali bakal ada program DAP beliau akan membuat kenyataan sebagai defand atau sediakan kenyataan yang boleh menjurus atau kepada safety untuk beliau menangkis persolan dari perwakilan dalam isu beliau. 

Hari ini jelas sekali lagi beliau dengan siri baru yang sama story line seperti babak sebelumnya, dalam kenyataan beliau bahawa sekupang sudah mengaku bersalah, memfitnah beliau dan kononnya arahan makamah didapati bersalah dalam kes tersebut.

Akhirnya terjawab bila sekitar 3.30 petang tadi dengan kemunculan tanpa diduga oleh Ngah Sekupang hadir memberi keterangan dan menyangkal Kenyataan Nga menjadikan kesimpulan NGAH Berbohong dalam dewan, Sekupangdua hadir dan menjelas dan menafikan seperti mana yang ngah nyatakan dalam dewan beberapa jam sebelum kehadiran Bloggers sekupang dua. Sekupang dalam sidang akhbar di sini mengulangi kenyataan dimana Beliau tidak pernah meminta maaf pada ngah, mengaku bersalah memfitnah ngah, dihukum oleh makamah malah tidak pernah dibicara serta dihukum oleh makamah, 

Ini bermakna bloggers sekupang dua membongkar sekali lagi pembohongan bersiri oleh Nga, tapi kali ini lebih berani berbohong dalam sidang Dewan yang mulia ini, malah Sekupang dalam PC beliau sebentar tadi menyarankan Nga Dihadapkan ke Jawatan kuasa Hak dan kebebasan di bawah Artikel 35 dimana termaktub seorang Ahli Dewan Undangan mestilah bercakap benar.

Rakyat sudah tentu tidak dapat menerima jika beliau sanggup berbohong dalam Dewan yang mulia membahaskan untuk rakyat yang sepatutnya, sebaliknya kalau beliau berbohong apatah lagi dengan rakyat, kalau di Sidang Dun pun boleh bohong inikan rakyat!