Pengorbanan yang dilakukan oleh YB Senator Dato' Seri Sharizat hari ini tidak mungkin boleh atau akan dilakukan oleh mana mana pemimpin pembangang! Sila lihat seperti contoh-contoh dibawah ini:
Pemimpin 1:
Setelah meliwat, beberapa kenalan serta kakitangan lelakinya, namun beliau tidak pernah merasa aib malah masih mencuba menegakkan benang yang basah walaupun spermanya dijumpai dalam rektrum salah seorang mangsanya.
Pemimpin 2:
Masih bermati-matian mempertahankan Pemimpin no 2 nya (penyokong tegar pada Pemimpin 1), walaupun pemimpin no 2 itu telah ditangkap khalwat di bilik sebuah Hotel.
3. Pemimpin 3:
Parti pemimpin ini masih meletakkan beliau sebagai ADUN, walaupun beliau pernah ditangkap dalam bilik VVIP 1 gerabak keretapi KTM bersama isteri orang. Yang menangkap mereka ialah Pembantu Pemimpin 2, dan dalam keadaan isteri orang itu memakai tuala merah dan Pemimpin 3 hanya berseluar dalam.
4. Pemimpin 4:
Masih dikekalkan sebagai exco Kerajaan sebuah Negeri, walaupun beliau pernah bersekedudukkan dengan teman lelakinya yang telah mendedahkan gambar bogel pemimpin ini.
5. Pemimpin 5:
Masih dikekalkan Ahli MAjlis Tertinggi sebuah parti, walaupun ditangkap khalwat bersama isteri orang jam 2 pagi dalam sebuah bilik hotel.
6. Pemimpin 6:
Individu yang serupa dengan Pemimpin 1, walaupun sudah kantoi dengan pendedahan video lucahnya dengan pelacur China, masih tak tahu malu dan masih mengekalkan kerusinya sebagai seorang ketua kepada satu pihak didalam dewan yang mulia di negara ini.
7. Pemimpin 7:
Individu yang sama dengan Pemimpin 2, kantoi juga kerana nak pergi menunaikan Haji dengn duit hasil suapan berjumlah RM650 000 dari sebuah syarikat, setelah meluluskan hampir 3000 hektar konsesi balak dan konsesi pasang billboard. Pemimpin ini juga tanpa segan silu mengakui bahawa beliau sudah 20 tahun ke Mekah dan tak pernah pakai duit dia , walau 5 sen.
8. Pemimpin 8:
Individu yang sama dengan pemimpin 2 dan pemimpin 7, telah melantik menantu nya sebagai CEO sebuah syarikat milik kerajaan negeri yang di terajui oleh beliau, sehingga rugi berjuta ringgit. Namun pemimpin ini, tidak pernah rasa bersalah.
0 comments:
Post a Comment