Followers

Saturday, March 17, 2012

Keffiyah Yahudi ~ Usaha puak Zionis Israel untuk menyaingi Keffiyah Arafat

Simbolisma pemakaian Keffiyah Allahyarham Yasser Arafat oleh warga dunia Barat begitu menyakitkan hati para pemuka Yahudi rejim haram Zionis Israel dan kaum kerabat Yahudi di Amerika Syarikat sehingga memaksa mereka untuk merekacipta Keffiyah simbolisma mereka pulak!

Begitu hebat sekali peranan yang dimainkan oleh lambang identiti perjuangan Arab Palestin sehingga pemakaian kain Keffiyah Arafat menusuk jiwa dan minda para penyokong Zionis Israel didalam kehidupan seharian mereka baik di tanah jajahan rejim haram Israel dibumi Palestin mahupun di Amerika.

Berhati hatilah wahai umat Islam dari tersalah beli corak kain kaffiyeh Zionis Israel dengan lambang dan corak bintang segi enam Yahudi @ Star of David seperti didalam gambar sebelah.

Para pembenci perjuangan orang orang Arab Palestin dari kalangan Yahudi Israel dan Amerika Syarikat kini melancarkan perang saraf terhadap lambang kain kaffiyyah Arafat dengan mempromosikan lambang Yahudi ini pulak melalui media massa mereka dan ratusan laman web anti Islam turut mempropagandakan kempen anti lambang intifada Palestin ini.

Sesungguhnya manusia didalam kehidupan dunia ini terbahagi kepada pelbagai macam ragam dan cara masing masing untuk mengisytiharkan jatidiri dan lambang masyarakat sendiri melalui cara pemakaian pakaian pakaian dan assessori tertentu pada diri dan kehidupan mereka.

Allahyarham Presiden Yasser Arafat sentiasa memakai kain kaffiyyah Palestin pada diri beliau biar kemana sahaja demi menunjukkan identiti orang orang Arab Palestin walau ditindas dan dikepong oleh rejim haram Zionis Israel.

Sepanjang sejarah perjuangan Yasser Arafat, Allahyarham tidak pernah ketinggalan untuk memakai kain kaffiyeh lambang masyarakat Arab Palestin sehingga kain kaffiyeh ini diberikan jolokan 'Arafat Keffiyeh' oleh seantero dunia.

Ianya menjadi satu simbol perjuangan. Lambang Arab Palestin. Bilamana seseorang itu melilitkan kain keffiyeh Arafat ini, maka secara tak langsung, ianya menunjukkan bahawa sipemakai mempunyai semangat juang dan revolusi didalam diri nya.

Laman web pemantau dunia Islam di Australia @ Australian Islamist Monitor menerbitkan artikel ini didalam usaha mereka untuk mempengaruhi orang orang bukan Islam sedunia dari menyokong perjuangan warga Arab Palestin tanpa sedar dengan menggayakan fesyen skaf keffiyeh Arafat dengan mempromosikan pemakaian skaf lambang Yahudi.

Simbol memakai kain keffiyeh Arafat dikatakan menunjuk kepada semangat juang seseorang.

Simbolisma Keffiyeh Arafat adalah sesuatu jihad budaya yang serta merta akan memberikan impak kepada sifat dan jiwa pemakainya. Bilamana seorang wartawan penyiaran memakai kain skaf keffiyeh Arafat semasa bertugas menyampaikan berita depan kamera televisyen, puak puak anti Islam terus mengeluarkan kenyataan berikut ' its chic to support Muslim terror' menghentamnya didalam artikel tulisan seorang bernama Cassandra dilaman anti Islam berkenaan.



Maggie Alderson
'Promoting Jihad Chic' dituduhnya. Wartawan fesyen Maggie Alderson (kiri) turut terkena tempias kemarahan puak puak penentang perjuangan Arab Palestin bilamana kenyataannya bahawa kain skaf keffiyeh Arab adalah suatu kemestian untuk dimiliki penggemar dan penggaya fesyen semasa di dunia Barat.


Begitulah hebatnya penentangan puak puak kaffir Laknatullah dunia ini terhadap apa sahaja lambang dan simbol orang orang Islam sejak keruntuhan sistem Khilafah di Turki.


Mereka tidak senang melihat apa apa sahaja simbolisma Muslim diperagakan oleh sesiapa sahaja. Mereka memerangi kita melalui penerapan nilai nilai liberalisma mereka dan menyuntik secara halus penerimaan lambang lambang mereka melalui apa sahaja bidang dan ruang yang dapat mempengaruhi kita.



Pembenci Islam tak sanggup melihat
kain keffiyeh Arafat dipakai begini
Masyarakat kita diMalaysia ini begitu mudah menjadi mangsa 'brainwash' Yahudi ini. Mereka yang menguasai media massa menyuntik jarum jarum halus mereka kedalam jiwa yang alpa dengan cara menerapkan nilai nilai anti Islam mereka melalui kaedah 'ikutilah trend terkini' seseorang artis dan selebriti dunia hedonisma mereka.


Tuan puan boleh melihat perkara ini berlaku melalui fesyen fesyen dan cara seseorang artis baik di barat ataupun timur di ikuti secara membabi buta oleh golongan remaja mahupun dewasa yang kononnya tidak mahu ketinggalan dari trend semasa. Kira 'hip' lah gitu bilamana seseorang menggayakan cara artis dan selebriti pujaannya didalam kehidupan sehariannya.


Perkara ini begitu jelas didalam dunia kehidupan kita sekarang. Setiap aksesori dan lambang baik melalui pemakaian tertentu atau sikap dan cara seseorang itu menjadi ikutan para peminatnya.


Mendiang Michael Jackson dengan 'glove berlabuci'nya. Mendiang Mahatma Gandhi dengan kacamata bulatnya. Juara AF Mawi dengan gaya rambut pendeknya pun menjadi ikutan sesetengah orang sehingga gaya begitu dinamakan 'stail Mawi'.


Begitulah besarnya kuasa pengaruh seseorang yang boleh merubah dan memberi kesan kepada kehidupan sesuatu kaum atau masyarakat.


0 comments:

Post a Comment